Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Sabtu, 25 Mei 2013

(Samarinda TV3) Eira Syazira kembali lagi dalam drama Ramadan Yang Hilang

Hai, sukanya ED bila dapat tahu Eira Syazira akan berlakon dalam drama Ramadan Yang Hilang, akan datang dalam slot Samarinda TV3. Sebelum ini, pelakon air mata ini pernah berlakon dalam drama Syurgamu Ramadan dalam slot yang sama.

 Eira Syazira sebagai Zafira

Adakah watak Zafira lakonan Eira Syazira dalam Ramadan Yang Hilang akan buat kita tersentuh atau sebaliknya? Nantikannya, pada bulan Ramadan nanti di TV3. Udada Ubabye!!



ED: Eira Syazira sinonim dengan drama Ramadan..

(Eksklusif!) Saya berjaya kerana dorongan umie saya yang banyak bersusah payah - Afiq Muiz

Hai, kemelut keluarga yang berlaku kepada Afiq Muiz dan ibunya masih belum selesai. ED tak nak membela siapa2 dalam kes ni, cuma ED nak imbas kembali temubual ED bersama Afiq Muiz tahun lepas. Afiq Muiz yang ED kenal sebelum ini ialah seorang pelakon yang ramah dan sangat menghormati ibunya.

Afiq Muiz. 9 gambarnya, klik sini.

Tahun lepas, ED pernah bertanyakan soalan tentang siapakah yang mendorong kerjayanya sehingga sekarang? Jawabnya, dorongan umie saya yang banyak bersusah payah. Ini buktinya..

 Lihat jawapan nombor 3 Afiq Muiz ..
Artikel tahun lepas, klik sini.

Daripada jawapan Afiq Muiz, nampak benar bahawa ibunya sangat bererti dalam hidupnya. Bila timbul isu yang hangat sekarang ni, ED betul2 terkejut kerana hubungan ibu dan anak ini sebelum ini memang baik dan rapat. Mungkinkah ada pihak ketiga yang cuba mengeruhkan keadaan? Mungkinkah ada unsur2 sihir? Yang itu, ED tak tahu. Sama-sama kita doakan kemelut antara Afiq Muiz dan ibunya selesai. Udada Ubabye!!

Catatan Eksklusif di blog EDtv!


ED: berat mata melihat, berat lagi bahu mereka yg memikul..

(Indonesia) Fatin Shidqia kesukaan Fahrin Ahmad juara X-Factor Indonesia!

Hai, blog EDtv ingin mengucapkan tahniah kepada Fatin Shidqia Lubis kerana menjadi juara program X-Factor Indonesia semalam. Gadis bertudung yang berumur 16 tahun ini berjaya mengalahkan puluhan ribu peserta yang datang ujibakat pada rahun lepas.

 Fatin Shidqia juara X-Factor Indonesia merupakan peserta kegemaran Fahrin Ahmad..
Sumber gambar Fatin: Facebook Fatin Shidqia Lubis

Antara persembahan Fatin kesukaan ED.. 

Sedikit cerita, pelakon Fahrin Ahmad menyukai peserta ini. ED ada terbaca status Fahrin tentang Fatin Shidqia di Facebooknya. Tak tahu la, Fahrin tengok rancangan ni kat mana? Untuk pengetahuan anda, di Indonesia kini sama seperti di Malaysia iaitu ramai selebriti yang berhijab dan peserta program realiti juga ramai yang berhijab. Tahun lepas, kumpulan perempuan bertudung telah memenangi rancangan realiti pencari kumpulan girl band (ala2 Kpop). Udada Ubabye!!

Segmen Indonesia..



ED: Fatin Shidqia memang mempunyai X-Factor!

Jumaat, 24 Mei 2013

(Mi Casa) Pertama kali masuk ke rumah baharu

Hai, selepas dapat kunci semalam, ED terus menuju ke rumah ED. Alhamdulillah, pertama kali ED masuk ke rumah baharu. Sebelum ini, masuk ke rumah contoh sahaja. ED nak kongsi gambar2 di dalam rumah ED yang masih kosong lagi.

 Rumah ED dah berwiring.. Tinggal masuk meter elektrik sahaja.

Assalammualaikum.. Ini ruang tamu dan ruang meja makan.

Bahagian pintu masuk dan tingkap depan. Kena fikir langsir apa nak pakai nanti..

Bahagian dapur yang kecil. Rancangan ED, nak pasang kabinet kat sini. Kalau mampu la..

 Halaman belakang dapur. Mula2 ED ingat nak tutup jadikan dapur, tetapi rasa sayang pulak. ED nak jadikan tempat jemur baju atau tempat membakar sate atau otak2. Hehe..

Ada 4 bilik, ini bilik di belakang.

Bilik utama.

 Tandas. Sekarang ni semua pattern jamban duduk. Huhu..

Halaman depan rumah. Dekat kawasan berumput ni, ED nak tanam pokok daun pandan, serai dan pokok cili padi la. Di depan rumah pulak, ED nak tanam pokok mangga. Oke tak?

Sesiapa yang dapat masuk rumah baharu, pasti akan merasakan apa yang ED rasa semalam (kecuali orang kaya la..). Gembira tapi berkira2. Berkira2 berapa duit akan keluar untuk melengkapkan keperluan rumah ni. Hehe.. Langkah pertama ED selepas ni nak pasang grill rumah, selesaikan urusan elektrik dan air dulu. Apa2, nanti ED update lagi ye... Udada Ubabye!!

Segmen Mi Casa (Rumah Saya)



ED: Semoga urusan rumah berjalan lancar..

(Sekolah) Hadiah murid 12 batang pen merah

Hai, selamat pagi! Aktiviti ED pagi2 sekali hari ini ialah membuka hadiah Hari Guru yang ED dapat minggu lepas. Baru berkesempatan nak buka hadiah hari ini. ED nak kongsi satu cerita ni.. Hadiah murid yang paling unik ED dapat tahun ini ialah hadiah 12 batang pen merah termasuk satu nota daripada seorang murid Moral ED. Nota apakah? Lihat ni..

 Hadiah murid 12 batang pen merah

Nota ringkas dalam pembalut hadiah.. Makna isinya, murid ini tidak bersetuju dengan ED yang sebelum ini mencadangkan murid2 memberikan hadiah hari guru pen daripada bunga atau pasu perhiasan yang menyukarkan guru2 untuk menyimpannya. Murid tersebut memberi hujah bahawa pen merah jika habis dakwat akan dibuang. Dia risau hadiahnya tidak dapat dijadikan kenangan kot. Tapi, dia bagi ED pen jugak kan??? hehe..

Pengajaran daripada cerita ini, murid ingin guru2nya sentiasa mengingati mereka. Sebab itu mereka suka beri hadiah bunga atau pasu2 atau perhiasan sebab benda tu tahan lama dan lebih memberikan kenangan jika disimpan. ED rasa ramai cikgu bersetuju dengan ED tentang hadiah murid kepada guru ni. Jika nak beri hadiah Hari Guru, lebih baik beri pen sebab murah dan senang didapati. Cikgu2 tak nak membebankan murid. Itulah niat murni seorang guru. Tetapi jika nak bagi apa sekalipun, cikgu2 akan terima dengan senyuman. Udada Ubabye!!

Cerita ED di sekolah..



ED: hadiah termanis buat cikgu jika anak muridnya berjaya..

Khamis, 23 Mei 2013

(Filem) Filem Pecah adaptasi novel Fixi!

Hai, blog EDtv melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menyiarkan info2 tentang filem pulak. Suka tak? Filem pertama pilihan blog EDtv ialah filem Pecah. Jom lihat infonya di bawah ini..

 Trailer filem Pecah

Info:


Filem adaptasi novel terlaris di pasaran Buku Fixi bertajuk “Pecah” kini bakal ‘Kasi Pecah’ panggung. Filem arahan Asrulhisham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black ini bakal bersaing dengan filem terkenal antarabangsa yang turut ditayangkan pada minggu yang sama. Grand Brilliance begitu yakin pasti ramai peminat-peminat di luar sana akan memilih filem Pecah berbanding filem antarabangsa tersebut terutamanya dari kalangan pembaca buku Fixi.
 
Antara barisan pelakon yang membintangi filem  Pecah adalah Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular, ABP 2011), Sofi Jikan (Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular, ABP 2013), Tony Eusoff, Ako Mustapha dan Izreen Azminda. Filem terbitan Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance ini akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 13 Jun 2013 ini.   

Segala informasi dan gambar filem Pecah boleh didapati di laman Facebook Page Filem Pecah dan OST Turun Dari Langit (Project Pistol) di laman Youtube Grand Brilliance yang kini juga bakal memasuki carta-carta radio tempatan.  Ikuti juga perkembangan filem ini melalui akaun Twitter @PecahTheMovie untuk memenangi beberapa hadiah misteri. 

Grand Brilliance juga bakal mengegarkan industri perfileman tanahair dengan beberapa buah filem terbaik mereka seperti Kil (30 Mei 2013), KL Zombi, Pencinta, Pengapit, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2, Anak Jantan, Sejoli dan Gila Baby. Filem 7.7.77 (arahan Raja Mukhriz) dan Showdown (arahan Khai M. Bahar) pula bakal menjalankan penggambaran. 


Bagaimana? Menarik bukan? Nantikan filem Pecah mulai 13 Jun ini di pawagam berhampiran. Terima kasih kepada pihak filem Pecah yang sudi berkongsi info ini di blog EDtv. ED akhiri dengan OST filem Pecah. Udada Ubabye!! 

 Projek Pistol


ED:  Filem adaptasi novel terlaris Fixi, lain daripada yang lain..

(Mi Casa) Dah dapat kunci rumah

Alhamdulillah, ED dah dapat kunci rumah! Petang tadi, ED pergi ke tempat pemaju untuk mengambil kunci.

 ED dapat 3 set kunci.

 Eksklusifnya tempat pemaju ni. Di sinilah tempat ED mengambil kunci tadi..

Selepas dapat kunci, ED pun terus pergi ke rumah baharu untuk meninjau keadaannya. Cerita tentang tinjauan ED di rumah baharu akan ED sambung update esok ye.. Selain dapat kunci, mulai hari ini gaji ED telahpun ditolak dengan pinjaman perumahan. Udada Ubabye!!

Segmen Mi Casa!


ED: Gembira..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...