Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Khamis, 30 Disember 2010

Menarik 2011: Eira Syazira pembuka tirai di TV3

Hai, lagi 2 hari saja untuk kita melangkah ke tahun 2011. Nak kongsi cerita pasal awal 2011 ni. Kenal Eira Syazira tak? ED mula minat dia setelah tengok drama Cinta Balqis tahun ini di TV3. Mula-mula ED tak ambil tahupun pasal dia, tapi setelah tengok lakonan dia dalam Cinta Balqis, hati ini dah minat dengan lakonan dia. Bila dia menitiskan airmata, sedihnya lakonan dia dapat dirasakan. Cewahh..


Inilah dia Eira Syazira dalam Cinta Balqis

Eira Syazira ni bakal membuka tirai TV3 dengan lakonannya. 1 Januari 2011, 10mlm, saksikan Eira Syazira dalam Cerekarama yang bertajuk "Lepaskan Aku Pergi". Lepas tu, 7 Januari pula, saksikan drama Zehra terbaru "Ustaz Amirul", ada Eira Syazira jugak.. Bulan depannya pula, jumpa lagi dengan Eira Syazira dalam slot Lagenda "Kemboja Putih", 7 Februari 2011. Banyakkan wajah Eira Syazira di TV3? Tahniah Eira!

3 pujian ED kepada Eira Syazira:
1. Tahniah, drama Cinta Balqis mencatat jumlah penonton yang tinggi.
2. Tahniah lagi untuk drama "Syurgamu Ramadhan" yang mencatatkan jumlah penonton yang tinggi.
3. Lagi2 tahniah atas filem Ngangkung yang mencatat kutipan RM8juta.

Jom layan lagu Eira Syazira.. Dia yang nyanyi tau sempena drama Cinta Balqis.


Akhir kata, selamat maju jaya untuk Eira Syazira.Esok, ED akan senaraikan carta Top 10 drama TV3 pilihan ED. Agak2 drama Cinta Balqis nombor berapa erk?

Udada Ubabye!

ED: Semoga Eira Syazira menang pelakon drama wanita terbaik Anugerah Bintang Popular tahun depan.

Rabu, 29 Disember 2010

Menarik 2011: 100 Lagu bakal disingkirkan

Hai, dengar radio Era tak? Mari dekat, mari dekat... ED tertarik sangat dengan iklan Era yang kreatif pasal 100 lagu yang bakal disingkirkan pada 1 Januari 2011. Sebelum lagu2 tu disingkirkan, ianya akan didengarkan buat kali terakhir pada 31 Disember ini bermula 3.00 petang. Betul, 100 lagu yang akan disingkirkan akan dimainkan buat kali terakhir di radio Era. Lagu siapa la yang bakal tersingkir nanti? Jom dengar Era 30 Disember 2010 bermula pukul 3.00 petang. ED memang suka dengar Era kerana Era hanya memainkan lagu hits yang terkini. Iklan pun kurang, so bila drive dengar Era, rasa best je..



5 sebab ED suka Era:
1. Banyak lagu, dj kurang membebel..
2. Kurang iklan
3. Lagu2 yg pendengar suka je dimainkan, lagu yg syok sendiri Era akan buang..
4. Ada Dj yang kreatif seperti Pak Nil.
5. Era kini memainkan lagu2 pop Asia terbaik.


Sekian dulu untuk kali ini. 31 Disember ini, EDtv akan menyenaraikan 10 carta drama TV3 yg ED suka.. Eksklusif untuk pembaca EDtv.


Udada Ubabye!!


ED: lagu siapa la akan disingkirkan? Sama2 dengar Era!

Selasa, 28 Disember 2010

Tiramisu Isu Tiramisu

Hai, semalam tgk kat facebook TV3 pasal iklan drama Akasia "Tiramisu". Iklan tu cakap drama Akasia dalam waktu siaran baru pada pukul 7 malam. Terkejut ED tgk iklan tu.. Jom tengok iklan tu dalam pautan ni..

http://www.facebook.com/ohmedianetwork?v=app_4949752878#!/video/video.php?v=10150359762080137


Gara2 iklan ni, ED terlepas setengah babak awal cerita ni sebab ED buka tv pada pukul 7 malam.. Rupa2nya drama tu masih start pukul 6.30 ptg lagi. Patutlah buka tv pukul 7 malam nampak iklan.. Kepada TV3, jangan wat macam ni lagi ye.


Ini pendapat ED je, ED rasa TV3 tak payah & jangan sesekali nak ubah siaran slot Akasia tu sebab slot tu dah ada identitinya. Bila sebut Akasia, org semua akan ingat drama 6.30 ptg, isnin hingga khamis di TV3. ED rasa banyak kontranya bila slot Akasia ditukar siarannya..

 
iklan dalam poster ni, baru betul..


3 Alasan  Slot Akasia TIDAK BOLEH ditukar waktu siarannya ke pukul 7.00 malam:
  1. Waktu Maghrib, waktu menuju kejayaan. (faham2 sendiri ye..)
  2. Susah nak beradaptasi dgn keadaan tu.
  3. 6.30 petang memang waktu yg sesuai. Ada masa utk tgk tv, solat & rehat..
Okela, bercakap pasal Tiramisu ni, ED nak share cerita tentang kek tiramisu. Jom kita tengok segmen ni:


Sembang-Sumbang
(Bersembang & Menyumbang Cerita...)
Tajuk: Kek Tiramisu

gambar hiasan sahaja..


1. Ada kawan ED yg berbangsa cina bagitahu, berhati-hati ketika mahu membeli kek tiramisu di kedai kek kerana ada sesetengah kedai kek yg kek tiramisunya TIDAK HALAL (ada campuran alkohol). Contohnya di kedai kek Lav.. "tuuuutttt...." (yang warna ungu tu).


2. Ada kawan ED yang lain cakap, kek tiramisu boleh membangkitkan perasaan kasih sayang antara pasangan (bercouple @ suami isteri). Faham2 sendiri ye.. Nama kek pun ada "miss u".


Okelah, itu je isu untuk hari ini.
Udada Ubabye!


ED: Jom layan Slot Akasia "Tiramisu" di TV3.



Isnin, 27 Disember 2010

Refleksi Roadshow AJL25 di Pusat Bandar Pasir Gudang

Hai semua, semalam ED ditemani kawan sekerja iaitu Hafiz & Syida, telah pergi ke Roadshow AJL25 yg pertama di Pusat Bandar Pasir Gudang. Terima kasih kepada Hafiz sebagai driver & Syida sebagai penaja VIVA untuk bergerak ke sana. Alhamdulillah, ada lagi kawan yg minat hiburan macam ED.



Okelah, nak cite ringkas je ni. Suasana kat sana, ya ampun.. banyak sgt org, bermacam2 bau badan yg ada, bermacam2 nama anak yg hilang (ada jugak)  & bermacam2 lagu yg dipersembahkan oleh artis yg dtg (yang tu best). Macam-macam.... Jom kita tgk siapa je artis yg dtg..

               Inilah artis-artis yang datang di Pasir Gudang


Haa.. itulah artis yang sempat kami lihat. Semoga AJL terus sukses.. Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu ke 25 dengan tema "pemetaan muzik" pada 9 Januari 2011, 9 mlm d saluran kegemaran ED, TV3...

5 yang Zest!
1. Pengacaranya best dan kelakar (faizal ismail & faiz)
2. Semua artis sporting (suka baling2 hadiah kat penonton)
3. Tomok nyanyi lagu "Sejarah Mungkin Berulang"... (teringat memori 1999)
4. Faizal Tahir walaupun popular tapi tak sombong (peramah sgt)
5. Paling Best, semasa Black dan Faizal Ismail bertanding "key suara siapa lebih tinggi?" (mestilah Black menang.)
   
5 yang Zrett!!
1. Tak sempat jumpa Adira.
2. Shahir tak datang.
3. Penonton yg ramai menyebabkan bermacam2 bau..
4. Rimas dengan 3 kes anak yg kehilangan ibu bapa di sana (FBI & Faiz umumkan semasa acara berlangsung)
5. Tak dapat bergambar dgn artis pun...

Hmmm... Blog EDtv memang ringkas je.. Jumpa lagi..

Udada Ubabye!


ED: sentiasa bersemangat kalau bab2 AJL ni....


Ahad, 26 Disember 2010

6ixth Sense ikat kontrak dengan TV3 ke?

5 hari lagi untuk kita melangkah ke tahun 2011. Untuk paparan hari ini, ED nak kongsi cerita tentang 6ixth sense. Kalau kita tgk TV3 tahun ni, ED rasa dah 5 drama yang menggunakan lagu kumpulan ni. Hai, dah macam ikat kontrak dengan TV3 kan? Kenapa guna lagu 6ixth Sense? ED takde jawapan yang eksplisit.. Mungkin lagunya sedap dan meruntun jiwa kot.. Okela, jom kita imbas drama2 TV3 yang menggunakan lagu 6ixth Sense untuk tahun 2010.

1. Drama Asmaradana (Lakonan Tiz Zaqyah & Shaheizy Sam)


2. Drama Chinta (Lakonan Fasha Sandha & Adi Putera)


3. Drama Asmara (Lakonan Shah Jaszley & Faezah Elai)



4. Drama Ayoub (Lakonan Iqram Dinzly & Fiza Elite)


5. Drama Hani (Lakonan Fathiah & Ryzal)


Sempena perlawanan bola sepak AFF Final malam ni, lagu 6ixth Sense juga menjadi lagu latar semasa iklan di radio Era. Harapan semoga team Malaysia menang. Malaysia Bolehhh...




ED:  Anyway, lagu 6ixth Sense memang best & drama2 yg menggunakan lagu 6ixth Sense pun best. Selamat maju jaya untuk 6ixth Sense..

Udada Ubabye!!

Sabtu, 25 Disember 2010

Refleksi Anugerah Skrin 2010

Hai, mengawali cerita blog ED yg pertama, ED nak wat refleksi tentang Anugerah Skrin 2010 yg berlangsung malam semalam di saluran kegemaran ED "TV3".. Secara ringkasnya, kita tgk dulu senarai pemenangnya eh. Tahniah diucapkan. 

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010:




  • Drama Terbaik - Antara Garisan 



  • Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)



  • Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)



  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)



  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)



  • Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)



  • Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih



  • Drama Komedi Terbaik - Simpang 3



  • Lakon TV Terbaik - Antara Garisan



  • Videografi Terbaik - Datang Bulan



  • Filem Terbaik: Muallaf



  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)



  • Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)



  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)



  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nor Fazura (Pisau Cukur)



  • Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)



  • Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)



  • Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi (Astro Prima)



  • Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)



  • Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian



  • Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24



  • Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV)



  • Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3



  • Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam 




  • Tahniah kepada shahrulezad yg menang kategori Drama Terbaik - Antara Garisan. ED memang minat dgn drama2 arahan dia. Pada yg lupa, try ingat balik drama seperti Cinderella, Cinta Balqis, Tari Tirana dan Syurgamu Ramadhan.. Sorry la, ED takde Astro, so takde la perumpamaan dalam siaran Astro. Sharifah Amani... Tahniah juga sbb menang ye. Minat lakonan Amani.. Bront Palarae menang juga, dia menang Pelakon Lelaki Terbaik Filem. Amani & Bront pernah berlakon dlm drama Cinderella arahan Shahrulezad di TV3.




    5 yang Zest!! (Best)
    1. ED puas hati dengan para pemenang.
    2. Best juga bila pemenang tak dapat bercakap di atas pentas. Jimat masa..
    3. Gandingan pengacara OK (Awal & Vee) daripada pengacara tahun lepas.
    4. Shahrulezad memang layak menang sebab drama dia semua best2..
    5. Persembahan Opening  yang best.


    5 yang Zrett!! (kurang best)
    1. Vee (pengacara) terkaku seketika bila mengacara sendirian. (dimaafkan)
    2. Iklan panjang sangat.. (sempat makan jap)
    3. Backdrop pentas yang macam tak glamour.
    4. Majoriti persembahan artis tak spektakular.
    5. Program over run gara2 persembahan akhir Faizal Tahir.. Selamat pengacara pandai cover di akhir acara.

    ED: haa.. lebih kurang macam ni la konsep blog EDtv. ED cuba cerita dengan ringkas sebab ada kerja lain juga yang nak dibuat.

    Udada Ubabye!!!





    Jumaat, 24 Disember 2010

    EDtv kini menjadi blog menjelang 2011

    Assalammualaikum...

    Menjelang 2011, EDtv kini menjadi blog.. Sebelum ni, EDtv cuma dapat disaksikan di facebook zahidi zakariya je. Terima kasih kepada kawan2 yang telah memberi dorongan dan tunjuk ajar sehingga blog EDtv ini terhasil..

    Tujuan blog ini dicipta adalah untuk merealisasikan impian ED untuk menjadi wartawan di alam fantasi. hehe.. Disini ED akan berkongsi cerita, idea, pendapat dan ada juga cerita dunia hiburan yg ED minat sahaja.. Ala-ala tv kot. haha.. Sebab tu namanya EDtv. Harapan, semoga blog ini dapat diterima oleh para pembaca..

    ED: proses menaiktaraf sedang dijalankan..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...