label

ANDA PENGUNJUNG KE

Isnin, 25 April 2011

Pengalaman Menjadi Pelakon Tambahan

Peristiwa di Perhentian Bas Tanjung Malim

Hai, cerita hari ini mengenai perjalanan pulang ED dari Hotel Midah ke Johor Bahru. Selesai berkursus, ED tidak terus pulang ke Johor Bahru, sebaliknya ED meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim, Perak. Tujuannya, ED mahu berjumpa adik ED yang belajar di UPSI. Alang-alang dah sampai jauh, baik ED jenguk adik sebentar. 

Selepas jumpa adik, ED pun bawa adik keluar makan di pekan. Habis makan, ED kena hantar adik ke kampus UPSI semula. Dalam perjalanan ke kampus UPSI, ED ternampak ada sesi penggambaran drama di Perhentian Bas Tanjung Malim. ED pun tak mahu melepaskan peluang untuk mengetahui penggambaran drama apa yang sedang dilakukan dan siapa pelakon yang terlibat. Eksklusif untuk anda, jom lihat penggambaran drama yang dapat ED saksikan.

Inilah penggambaran drama yang ED cerita tadi. Cerita apa ni?


ED cuba mendekati mereka untuk mengetahui lebih lanjut.. Siapa pelakon yang berambut panjang tu?

Ooh.. ED dah tahu siapa pelakon itu. Dia adalah Eira Syazira. Seronoknya dapat jumpa dia.. Perempuan yang ED bulatkan dan berbaju merah itu ialah Aminah Rhapor sebagai pengarahnya.


Pertama kali ED dapat tengok sesi penggambaran drama secara dekat. 

Tahukah anda? ED dan 2 orang adik ED telah menjadi pelakon tambahan drama tersebut. Percayalah, kerana ianya benar. Semasa ED datang mendekati sesi penggambaran tersebut, ED dan 2 orang adik ED telah diminta oleh seorang krew drama tersebut untuk menjadi watak tambahan. Kerja ED senang sahaja. ED diminta berlari dengan muka yang  terkejut apabila melihat lakonan Eira Syazira pengsan di tengah jalan. Lupa, ada la dalam 12 orang lagi yang menjadi watak tambahan. Krew tersebut main cekup je manusia2 yang dia nampak.

Pengalaman yang tak boleh dilupakan, walaupun menjadi watak tambahan. ED dan orang2 yang terlibat sebagai watak tambahan telah ditegur oleh pengarah. Tak silap, ada la 4 kali ulang shooting babak berlari dengan muka yang terkejut setelah melihat lakonan Eira Syazira pengsan. Ini kerana ada diantara kami yang tergelak dan senyum apabila berlari. Yang tak tahan, Eira Syazira akhirnya pun bersuara dan menegur kami.. Lihat gambar di bawah:

Eira Syazira menegur kami. hehehe.. (dialog seperti situasi sebenar, bukan rekaan)


 Zack Si Capik pun ada masa tu..

Akhirnya, ED dan watak2 tambahan yang lain berjaya juga menyelesaikan babak yang diarahkan. Susah rupanya jadi pelakon ni. ED diberi pemanis RM20 untuk babak berlari dan buat muka terkejut. Tak perlu bercakap apa2 pun. Sebelum beredar, ED difahamkan ini bukan penggambaran drama tapi telemovie (macam cerekarama tv3). Ini pengalaman yang tak akan ED lupakan. Jangan lupa saksikan telemovie "Dewi Cintaku" akan datang di TV2. ED tak tahu bila tayangnya, sama2 tengok iklannya di TV2 ye. Udada Ubabye!

ED: Babak ED sekejap je.. tak tahulah bagaimana rupanya? hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...