label

AKAN DATANG

1 2 3 4 5 6TERUSKAN BERSAMA BLOG EDtv

ANDA PENGUNJUNG KE

Sabtu, 9 Julai 2011

Drama Kasih Alia, akan datang Ramadan ini di TV3..

Hai, suasana bulan Ramadan semakin dirasai. Ramai orang yang dah sibuk mencari bekalan kurma, tempah kuih raya dan merancang tema langsir untuk raya tahun ini. Eksklusif untuk hari ini, ED nak lancarkan slot khas sempena Ramadan di blog EDtv. Slot tersebut diberi nama EDtv Ramadan. Jom kita lihat pelancaran logo EDtv Ramadan. Semua tepuk tangan.... hehehe..

lima..
empat..
tiga..
dua..
satu...

 
Logo EDtv Ramadan..

Semua topik dan drama2 yang berkaitan dengan bulan Ramadan akan ED catatkan dalam slot ini. Sebagai mukaddimah slot ini, ED nak kongsi dengan anda tentang sebuah drama Ramadan yang akan muncul di TV3. Anda dah tahu drama apa? Kalau tak tahu, sila tengok gambar ini..

Shaarnaz Ahmad dan Irma Hasmie

Kasih Alia akan datang pada bulan Ramadan ini di TV3. Drama ini dibintangi oleh Irma Hasmie dan Sharnaaz Ahmad sebagai teraju utama. Wah, tak silap ini drama pertama Irma setelah dia berhijrah memakai jilbab. Mesti ramai yang dah rindu dengan Irma kan? Sama-sama kita tunggu kemunculan drama Kasih Alia pada bulan hadapan.

Sheila Rusly dan Yatt Haryati turut membintangi drama Kasih Alia. Ini gambar pelakon2 Kasih Alia selepas selesai shooting..

Okelah, nak tahu apa saja cerita2 menarik di bulan Ramadan nanti, teruskan bersama blog EDtv. Sampai di sini dahulu untuk kali ini. Udada Ubabye!!

ED: sesiapa yang belum ganti puasa, masih ada masa lagi untuk ganti. hehehe..

1 ulasan:

  1. cantik tngok irma hasmie bertudung :)
    lepas ni harap, ramai la ikut jejak langkah dia :)
    SEBAGAI RENUNGAN

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...