label

ANDA PENGUNJUNG KE

Sabtu, 30 Julai 2011

Kartun kambing biri-biri yang comel dan kelakar

Shaun The Sheep

Hai, anda tengok tak rancangan kartun di atas?  Tajuknya Shaun The Sheep. ED suka tengok kartun kambing biri-biri ni. Biarlah orang nak kata apa, yang penting rancangan kartun ni memang best. Kenapa ED suka kartun Shaun The Sheep, jom ikut ED. Kita Zest dan Zrett tentang kartun ini. Dah lama rasanya ED tak ZZ.



5 yang Zest tentang Shaun The Sheep!
  1. Comelnya semua watak kambing biri-biri dalam rancangan kartun tersebut.
  2. Jalan ceritanya kelakar dan menghiburkan. Hahaha..
  3. ED suka tengok pemandangan dalam rancangan kartun tu. Macam betul pulak suasananya.
  4. Setiap episod ada 3 cerita yang berbeza dan mengundang gelak ketawa.
  5. Watak anjing dalam kartun tu pun ED suka. Cute dan setia kepada tuannya... hehehe..


1 yang Zrett!
  1. Ada watak khinzir yang jahat dalam rancangan kartun ini. huhu..

Nak tahu tak bagaimana ED boleh suka dengan kartun ini? Kisahnya bermula pada tahun lepas. Apabila selesai peperiksaan akhir tahun, ED selalu membawa murid2 darjah 1 ke bilik media untuk menonton Kampus Astro. ED buka channel kartun untuk budak2 ni. Kebetulan, cerita kartun ni sedang disiarkan waktu tu. ED pun join budak2 ni tengok rancangan kartun ni. Pertama kali tengok, ED dah suka sebab watak kambing biri-birinya yang comel dan kelakar. Hahaha.. 

 Cuba perhatikan gambar ini, mesti anda dah tahu betapa bestnya rancangan kartun ini.

Nak tahu lagi tak? sedang ED asyik menonton kartun ni bersama anak murid, ED yang paling banyak ketawa. Dalam tak sedar, rupa2 nya murid2 ED hairan melihat ED yang paling banyak ketawa menonton kartun ini. Malunya, hahaha...

\
Shaun The Sheep mengisahkan tentang kambing biri-biri yang banyak kerenahnya.

ED akhiri dengan video klip salah satu babak yang mungkin boleh menyebabkan anda suka juga kepada kartun ini. Udada Ubabye!



ED: Shaun The Sheep pukul 8.30 pagi di TV3!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...