label

ANDA PENGUNJUNG KE

MACAM SITI SALEHA JE..

Ahad, 13 November 2011

Tiz Zaqyah sindir Rock Kiah Propa Galaksi TV9

Hai, anda tengok rancangan Galaksi siaran Jumaat lepas tak? Segmen Rock Kiah Propa pada hari tersebut telah menyentuh tentang cerita seorang artis wanita berkulit putih tidak menyokong salah seorang pemenang Anugerah Skrin 2011. Artis berkulit putih tersebut tidak menepuk tangan dan membuat muka tidak puas hati setelah pengumuman pemenang dibacakan. Kata Rock Kiah Propa lagi, wajah artis berkulit putih tersebut sempat dirakam dan keluar di kaca TV sewaktu dia membuat muka tidak puas hati. Betul ke Rock Kiah Propa ni? ED tak perasan pun dalam Anugerah Skrin. Siapakah artis yang Rock Kiah Propa maksudkan? Jom lihat gambar di bawah..

 
Artis yang Rock Kiah Propa maksudkan ialah Tiz Zaqyah

Betul tekaan ED sebelum ini iaitu artis yang dimaksudkan ialah Tiz Zaqyah. Ini kerana Rock Kiah Propa ada memberikan hint yang artis wanita tu berjalan dengan kekasihnya pada malam tersebut. Pedas juga kata Rock Kiah Propa pada malam tersebut. Jom lihat balik kata-kata Rock Kiah Propa pada siaran Jumaat 11.11.11:
  • "..hati artis wanita berkulit putih tersebut tidak seputih kulitnya...."
  • "..kekasih dia tu panas baran..."
 Tiz Zaqyah dan Remy Ishak di Anugerah Skrin 2011
Kredit gambar: budiey

Kepada Rock Kiah Propa, kenapa nak libatkan orang lain dalam hal ini? Ada bukti kukuh ke untuk menghentam artis tersebut? Jom lihat kenyataan Tiz Zaqyah tentang perkara ini melalui halaman facebooknya semalam.

Status Tiz Zaqyah semalam

Tiz Zaqyah seakan-akan menyindir Rock Kiah Propa melalui status facebooknya kan? ED tak nak ulas panjang2, melalui status Tiz Zaqyah anda boleh nilai sendiri.

Pengajaran hari ini, fikir dahulu sebelum bercakap. Gara-gara mulut, kadang-kadang boleh mengundang persengketaan. Kepada Rock Kiah Propa, hati-hati ada yang memerhati. Udada Ubabye!!


ED: Percakapan menggambarkan hati budi seseorang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...