label

AKAN DATANG

1 2 3 4 5 6TERUSKAN BERSAMA BLOG EDtv

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 20 Disember 2011

Menarik 2012: Drama Akasia Seindah Sakura lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad

Hai, hari ini ED nak kongsi lagi sebuah drama Akasia TV3 baharu yang akan ditayangkan pada tahun 2012. Bagi peminat Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad, saksikan gandingan mantap mereka dalam drama Seindah Sakura. 

Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad dalam Seindah Sakura TV3

Sedikit maklumat tentang Seindah Sakura, penggambaran drama ini akan dilakukan di Paris, Perancis pada Februari tahun hadapan (sumber: Kosmo Online). Wah, patutlah Media Prima melaburkan hampir RM250 juta untuk program2 TV menarik pada tahun hadapan. Sebelum ini, drama Akasia "Atas Nama Cinta" membuat penggambarannya di New Zealand, drama ini pulak penggambarannya dilakukan di Paris. Semestinya penggambaran tersebut memerlukan kos yang tinggi.

 Gandingan serasi, Fasha dan Fahrin dalam Seindah Sakura tahun hadapan

Mungkin drama Seindah Sakura akan ditayangkan selepas drama Atas Nama Cinta. Yang pasti, mesti drama ini akan menjadi daya tarikan penonton kerana penggambarannya yang cantik di kota cinta, Paris. Okelah, setakat ini sahaja catatan untuk hari ini. Nak tulis panjang2 pun, masih terlalu lama drama ini akan ditayangkan di TV3. Udada Ubabye!!

Fasha Sandha di Paris
Sumber gambar: Facebook Fasha Sandha


ED: Bestnya dapat pergi luar negara! ED tak pernah lagi..

4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...