Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Isnin, 28 Februari 2011

Terjah facebook murid-murid.. Pendedahan eksklusif!


Hai, hari ini ED nak bercerita pasal kisah sosial murid-murid sekarang. Majoriti murid2 sekolah rendah ada akaun facebook. Maklum, dunia semakin maju dan teknologi semakin membangun.. Agak2 anda, apa yang murid2 ni buat dengan facebook erk? Melalui pemerhatian ED, murid2 sama sahaja seperti orang dewasa apabila menggunakan facebook.


Tajuk: 5 Persamaan penggunaan facebook antara murid2 sekolah rendah dan orang dewasa

  1. Update gambar2 terbaru
  2. Update status terbaru.. apa yang terjadi hari ini?
  3. Share video dan muzik kegemaran
  4. facebook sebagai bahan komunikasi
  5. menjadikan facebook sebagai diari mereka.. 

Ada segelintir murid-murid juga yang salah menggunakan facebook. Ini antara gambar yang sempat ED tangkap. Eksklusif untuk pengajaran bersama..

Gambar 1: Ada segelintir murid yang suka letak video dan gambar yang tak sesuai dibincangkan dikalangan umur mereka. Maklumlah, main facebook tanpa pemerhatian ibu bapa, suka2 hati je letak video dan gambar ikut selera mereka. Ibu bapa, sila ambil perhatian ye...


Gambar 2: Jom lihat salah satu perbincangan murid-murid sekolah ED di facebook.. Budak-budak sekarang semakin cepat matang.. So, guru2 dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu mengatasi gejala negatif ini..


Murid2 semakin berleluasa menunjukkan kebiadapan di facebook. Bahasa yang digunakan menunjukkan betapa rendahnya budi bahasa mereka. Bukankah budi bahasa budaya kita?

Diharap catatan hari ini dapat membuka mata dan minda semua. Kepada ibu bapa, jangan terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak, nanti buruk padahnya. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. Udada Ubabye!!



ED: berbudi bahasalah ketika menggunakan facebook..

Ahad, 27 Februari 2011

Pelat pun jadi penyanyi..


Hai, kenal Adzrin Azhar tak? ED nak cerita pasal dia hari ini. ED baru dengar lagu dia "Pujaan Malaya" semalam kat Hot fm. Bila dengar lagunya, ED terkejut dengar dia sebut S dalam lagunya. Bunyinya jadi "Sh".. Untuk bagi anda faham, dia sebut gelisah dalam lagunya "gelishah".. Haa.. tu yang ED maksudkan. ED bukan nak kutuk dia tapi nak bagi tahu pasal orang pelat pun boleh menjadi penyanyi. Di zaman sekarang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

ED baca cerita pasal dia, lagu dia mendapat tempat di hati pendengar walaupun dia pelat S. Pengajaran hari ini, kita jangan patah semangat dengan kekurangan diri. Ini kerana sudah menjadi lumrah hidup manusia, ada kelebihan dan ada kekurangan. Jom dengar dan lihat video klip dia "Pujaan Malaya"... Dengar betul2 ye..



Bagaimana? Best tak lagu dia? ED rasa oke la.. Ada yang ED musykil pasal Adzrin ni. Sebenarnya dia pernah jadi penyanyi semasa umur dia 16 tahun. Kepada yang lupa, dia pernah berduet dengan Fazley menerusi lagu "Tapi Dia". Jom dengar suara dan lagu dia masa dulu.

Klik link dibawah:

ED rasa, dulu dia nyanyi oke je. Takde yang janggal pun. Tapi bila sekarang dia menyanyi, ketara sangat pelat S dia. Dalam Melodi, dia kata dia memang sebut S macam tu. Tapi dulu tak timbul pun isu tu? ED nak ZZ pasal Adzrin Azhar hari ini. Jom..


5 yang Zest tentang Adzrin Azhar!
  1. ED masih suka lagu "Tapi Dia" nyanyian dia dan Fazley. Best la..
  2. Adzrin mempunyai semangat yang tinggi.
  3. Dia seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa.
  4. Berkeyakinan tinggi dalam bidang nyanyian walaupun pelat S. 
  5. Artis pertama kot yang memperjuangkan muzik zaman dolu-dolu.. Dengarlah lagu Pujaan Malaya, macam lagu Saloma kan?

3 yang Zrett tentang Adzrin Azhar!
  1. Ada segelintir pihak yang mempertikaikan sebutan S nya. Ada yang mendakwa dia sengaja menyebut S sebegitu untuk meraih populariti.
  2. Dia kurang mendapat publisiti di media massa.
  3. Lagu Pujaan Malaya hanya dimainkan di stesen radio tertentu sahaja.

Okelah, tahniah untuk Adzrin Azhar kerana menyerikan lagi dunia muzik tanah air kita dengan konsep lagu yang berbeza. Akhir kata, selamat berhujung minggu dan Udada Ubabye!!


ED: lain penyanyi, lain gaya nyanyiannya..



Sabtu, 26 Februari 2011

Carta 10 babak terbaik Hantu Kak Limah balik Rumah


Hai, hari ini ED nak cerita pasal fenomena filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. ED baru tengok filem ni menerusi DVD. Walaupun ED ketinggalan zaman, ED nak cerita juga pasal filem ni. Tahniah Mamat Khalid, cerita Hantu Kak Limah memang kelakar nian. Ketawa terbahak-bahak ED tonton filem ni.

Usop atau nama sebenarnya Shy8

Dimana-mana sahaja ED dengar budak-budak meniru percakapan dan gaya watak-watak dalam filem ini. Paling banyak memberi pengaruh, mestilah si Usop Penari Kebudayaan tu.. Tahniah.. tahniah.. watak anda memang menjadi. Sampai sekarang, dialog-dialog dalam filem tu menjadi ikutan ramai. ED nak senaraikan carta 10 babak paling menarik yang ED suka menerusi filem ini. Jom bergelak ketawa sambil mengimbas kembali kenangan menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah ni..


Carta Top 10 Babak Terbaik 
Hantu Kak Limah Balik Rumah


Nombor 10: Babak Usop mengimbas kembali peristiwa kakinya lumpuh


Nombor 9: Babak cer cito oleh Hussein dan Abu. Ramai orang tiru dialog ni..



Nombor 8: Babak romantik Hussein dan Che Nen. ED suka lagu ni..



Nombor 7: Babak Usop kentut. Hehehe...



Nombor 6: Babak Usop boleh berlari ketika jumpa hantu Kak Limah. Tak logik tapi kelakar.. di luar jangkaan penonton!



Nombor 5: Babak Abu dan Usop menari lagu Soley-Soley. Best!!



Nombor 4: Babak Pak Abu nyanyi lagu orang putih. Hahahaha....



Nombor 3: Babak Abu pakai skirt tudung saji. Hahahaha...



Nombor 2: Babak Kak Limah nyanyi lagu enjit-enjit semut. Merdu suara dia. Hahaha...



Nombor 1: Babak Usop beri cadangan bakar rumah Kak Limah. Paling lawak la.. Hahaha.. Tahniah Usop! Dia paling menyerlah dalam filem ini.



Semoga terhibur dengan catatan hari ini. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah memang fenomena. Siapa2 yang tengah stress, mungkin boleh cuba tonton filem ini. Mesti terhibur! Okelah, udada ubabye!!


ED: Apa kata lepas ni buat filem khas untuk Usop sahaja? Hahahaha....

Jumaat, 25 Februari 2011

Tiz Zaqyah kini penyanyi..

Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah

Hai, Nur Kasih The Movie akan tayang 19 Mei ini. Wah, mesti fenomena ni.. ED ramalkan ramai orang akan ke pawagam tengok filem Nur Kasih. Tahniah la, drama Nur Kasih memang pecah rekod dua tahun lepas sebab telah mencatatkan jumlah penonton tertinggi dalam slot Zehra. Setakat ni, takde drama slot Zehra lain yang dapat mengatasi rating drama Nur Kasih.

Sebut pasal filem Nur Kasih, Tiz Zaqyah kini penyanyi tau. Jangan tak tahu yang dia bakal menyanyikan lagu soundtrack Nur Kasih bersama Yassin. Tak sangka suara dia lain bila menyanyi. Macam suara Waheeda pun ada juga (Macam la..) Sedap juga suara dia. Lepas ni Tiz Zaqyah boleh buat mini album pulak. Jom dengar suara Tiz Zaqyah.



Video ni diletak kat youtube mungkin untuk strategi pemasaran. Bila tengok video ni, penonton akan ternanti-nanti kehadiran filem ini. Semoga Filem Nur Kasih dapat mengalahkan Filem Ngangkung. Udada Ubabye!


ED: Cayalah Tiz Zaqyah! Semoga menang dalam ABPBH nanti..

Shahir menghidap kanser hati

Shahir AF8

Assalammualaikum. Topik hari ini pasal Shahir AF8. Katanya dia hilang lagi? Dah kali kedua dia menghilang. Apa sebenarnya yang terjadi pada Shahir? Sebelum ni, ada desas-desus yang mengatakan Shahir menghilang sebab ada masalah disiplin. Tapi berita itu tidak benar. Shahir menghilang sebab dia sakit. ED ada jawapan untuk kes Shahir menghilang buat kali kedua.

Shahir menghilang kali kedua juga disebabkan dia sedang sakit. ED dengar di radio Era petang tadi, Shahir menghidap kanser hati. Alhamdulillah, kanser hati yang dideritai masih di tahap tidak kritikal. Dia kini sedang dirawat di hospital. ED doakan semoga dia cepat sembuh. Okelah ED nak ZZ pasal Shahir hari ini.


5 yang Zest tentang Shahir!

  1. Orangnya tidak sombong.
  2. Lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan nyanyian Shahir memang best!
  3. Murah senyuman.
  4. Walaupun sakit sebelum ini, Shahir tetap muncul di Anugerah Juara Lagu demi peminatnya..
  5. Shahir sentiasa tenang berhadapan dengan wartawan walaupun dilanda pelbagai kontroversi.

4 yang Zrett tentang Shahir!
  1. Ramai orang berprasangka buruk tentang Shahir sebab kereta mewah yang dipandunya.
  2. Ada segelintir masyarakat yang kurang senang dengan perwatakan Shahir sekarang. Sebelum ini dia bekas ahli kumpulan nasyid.
  3. Gambar dia dan Rozita Che Wan telah menyebabkan dia dibenci oleh segelintir orang.
  4. Kesian dia, asyik difitnah sahaja.. Biasalah dunia artis.. 
Gambar Shahir dan Rozita Che Wan

Dunia artis ni memang begitu. Ada yang suka dan ada yang benci. ED rasa semua orang yang bukan artis pun mengalami nasib seperti Shahir. Ada yang suka kita dan ada yang benci kita. Yang penting kita tidak menyusahkan orang, udah ler... Udada Ubabye!!


ED: berdoa untuk kesejahteraan orang lain, besar pahalanya...

Khamis, 24 Februari 2011

Drama Hani berakhir, Drama Asmara 2 menjelma Mac ini..

Hai, drama Asmara 2 bakal kembali merungkai persoalan. Tahun lepas, drama Asmara telah meninggalkan persoalan yang dahsyat kepada penonton setianya. Apakah yang terjadi kepada Zalia apabila Asmara berkahwin dengan Melati? Adakah Asmara akan berpoligami atau salah seorang daripada isterinya bakal diceraikan? Drama hebat yang mesti ditonton ni..


Saksikan drama Asmara 2 yang akan menemui anda mulai 8 Mac ini, 9.00 malam di saluran inspirasi hidupku TV3. Sorry TV3, ED dah bocorkan rahsia pulak tarikh siaran Asmara 2 ni. Eksklusif ni.. (kat tv3 iklan Asmara 2, asyik akan datang je..) So, jom ikuti kesudahan cerita ni ye..

Kalau Asmara 2 tayang 8 Mac, ini bermakna drama Hani akan menutup tirainya pada 1 Mac 2011. Ya, minggu depan adalah episod akhir drama Hani. Adakah  Hani akan buta selama-lamanya? Bagaimana kisah cintanya bersama Irfan? Sama-sama kita saksikan..

Jangan lupa saksikan drama Hani episod akhir

Okelah, sampai di sini sahaja. Selamat menonton Asmara 2. ED akhiri dengan sedutan drama Asmara tahun lepas. Udada Ubabye!!






ED: Hani pergi, Asmara menanti..

Rabu, 23 Februari 2011

Sah, Zizan dan Dira pengacara baru Melodi bermula April ini..


Hai, hari ini ED dapat berita sah mengenai pengacara baru Melodi. Memang betul apa yang ED rasa dalam catatan blog ED sebelum ini. Zizan dan Dira Abu Zahar memang sah bakal menjadi pengacara baru Melodi. Mereka akan mula bertugas pada April ini. Sebelum ini, mereka dah muncul di Melodi bersama Fara Fauzana dan Wahid, tapi hanya sekadar pengacara jemputan. Tapi bulan April nanti, mereka akan benar2 menjadi pengacara Melodi. Tahniah diucapkan!

Ini sahaja yang ED nak taip untuk hari ini. Ada berita sensasi lagi, nanti ED taip lagi. Udada Ubabye!


ED: Sama-sama tunggu gandingan pengacara baru ini di Melodi (Rancangan Berita Hiburan Nombor 1 di Malaysia)

Isnin, 21 Februari 2011

Ziana Zain 2 semakin popular.. Jadi tetamu rancangan TV9.


Hai, tengok tak rancangan Apa Saja FBI siaran Jumaat lepas? ED sempat tengok 5 minit terakhir je.. Terkejutnya bila FBI menjemput Ziana Zain dan peminat fanatiknya Ziana Zain 2. Siapa Ziana Zain 2? Ala, peminat Ziana Zain yang mula popular tahun lepas melalui program Mentor 4. Kalau Ziana Zain buat persembahan, dia pun sibuk juga buat gaya persembahan Ziana kat tempat penonton. Lawak betul la mamat ni..

 Video yang menunjukkan dia betul2 minat Ziana Zain


Semalam ED tak melepaskan peluang untuk menonton siaran ulangan Apa Saja FBI jam 11.30 pagi di TV9. Topiknya pasal peminat fanatik. Barulah ED kenal pasal mamat yang suka meniru gaya Ziana Zain ni. Nama betul dia, Nik Aidi Azhar dan berasal dari Kelantan. Kata Nik, dia minat Ziana Zain sebab dia cantik dan seksi. Bila FBI tanya Nik, adakah awak juga seksi? ED memang tergelak besar mendengar jawapan dia. Nak tahu apa jawapan dia?

"Bila saya dah make up, saya pun nampak seksi macam Ziana Zain".

Adoii, tak tahan dengar jawapan dia. Apa2 la Nik Aidi Azhar, berani buat berani tanggung ye.. Hari ini ED nak ZZ pasal Ziana Zain 2 ni. Jom..


5 yang Zest tentang Ziana Zain 2!
  1. Dia peminat setia yang paling sopan, kata Ziana Zain dalam rancangan tu.
  2. Dia memang peminat setia Ziana Zain. Susah nak cari orang yang betul2 setia macam tu.
  3. Dia memang kelakar. Pernah menjadi pelakon tambahan dalam drama Duyung Aridinata sebagai Duyung 2 alam.
  4. Setiap kali dia datang rumah Ziana Zain, dia akan bawa keropok untuk keluarga Ziana.
  5. Suka mengambil berat pasal kehidupan Ziana Zain. Kau ada? hehehe...

5 yang Zrett tentang Ziana Zain 2!
  1. Cara berpakaian dia melanggar etika masyarakat tempatan.
  2. Make up over sangat la.
  3. Ada segelintir masyarakat yang sensitif dengan perwatakan dia.
  4. Terlalu berani menonjolkan diri dengan keadaan seperti itu.
  5. Bila dia menyanyi, besar suaranya. Hehe.. Jangan marah. Jom lihat dia menyanyi..
 Sedap tak suara dia?
Okelah, sampai di sini sahaja catatan ED untuk anda. Akhir kata, minat orang berpada-pada ye.. Jangan keterlaluan. Udada Ubabye!!


ED: Glamour Nik Aidi Azhar, dapat gelaran Ziana Zain 2.. Mahal tu gelaran dia..

Ahad, 20 Februari 2011

Faceblog untuk komuniti blogger..

Edit




Hai, ED dah join faceblog. Apa itu faceblog? Faceblog macam facebook. Logo faceblog pun diinspirasikan melalui gabungan logo facebook dan blogger. Faceblog diwujudkan untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di Malaysia dan dunia. Melalui faceblog, kita dapat menjalinkan hubungan persahabatan yang lebih erat diantara para blogger. Jom kita meriahkan persada blogger dengan join faceblog.

Tak payah fikir panjang, klik link di bawah untuk join. Akhir kata, majulah blogger untuk negara! Udada Ubabye!!


Post













Sah, Fara Fauzana undur diri dari Melodi

 
Fara Fauzana

Hai, selamat berhujung minggu. Anda minat Fara Fauzana? Ya, dia dj Hot fm dan pengacara Melodi di TV3. Siapa yang minat Fara menjadi pengacara Melodi, bersiap2lah untuk kecewa kerana Fara Fauzana telah memutuskan untuk mengundurkan diri dalam program hiburan sensasi nombor 1 Malaysia itu. Alahai, Fafau! Kenapa mengundurkan diri? Walau apapun, kita mesti terima keputusan Fara kerana dia lebih tahu kenapa dia lakukan itu. Menurut Fara dalam blog Roti Kaya dia mengundurkan diri secara rela hati dan percaya pengacara yang bakal menggantikannya mampu buat yang lebih baik lagi.


Setakat ini, ED tak tahu bila Melodi akan memperkenalkan pengacara baru yang bakal menggantikan Fara. Ada desas-desus yang mengatakan bulan depan. Tapi dalam facebook Melodi, Zuan Vj (wartawan Melodi) menafikan khabar angin tersebut. Klik 2x pada gambar untuk membesarkan saiz gambar.


Kenyataan dari FB Melodi


Nantikan pengacara baru yang bakal menggantikan Fara dalam Melodi 2011. Kadang-kadang Melodi ni propa juga. Kalau Fara dah bagi tahu media yang dia dah mengundurkan diri, mesti la dalam masa terdekat ni juga Melodi akan bertukar pengacaranya. Kita layankan je..

ED nak ZZ pasal Fara Fauzana hari ini. Jom..

5 yang Zest tentang Fara Fauzana!
  1. Dj yang ceria. Banyak kali menang dj wanita popular ABPBH.
  2. Suara dia unik.
  3. Berjaya membantu menghidupkan rancangan Melodi dengan tagline nya  "Layan!!"
  4. Tak sombong dan komited pada kerja
  5. Tak pernah dengar gosip buruk pasal dia. Tahniah!!


3 yang Zrett tentang Fara Fauzana!
  1. Rancangan Alahai Fafau kurang mendapat sambutan penonton.
  2. Filem Jin Notti lakonan beliau juga kurang memberansangkan.
  3. Pernah digelar anak emas Media Prima kerana banyak sangat dia terlibat dalam rancangan TV Media Prima.

 Okelah, ED nak kongsi sikit pasal kemusykilan ED tentang awal tahun ini Melodi ada jemput Zizan dan Dira Abu Zahar sebagai pengacara jemputan Melodi. Dah dua kali mereka dijemput menjadi pengacara jemputan Melodi. Jangan2, mereka tak bakal pengacara baru Melodi? Sama-sama tunggu dan lihat. Udada Ubabye!!

Mungkinkah mereka bakal pengacara Melodi?

ED: kalau boleh, tukar Wahid sekali dalam rancangan Melodi. Dia tak sesuai la..

Sabtu, 19 Februari 2011

Kerana Spiderman, murid darjah 1 mengamuk di bilik guru..


Hai, hari ini ED nak berkongsi cerita pasal kejadian pagi tadi di sekolah. Untuk pengetahuan anda, hari ini di sekolah ED bersekolah seperti biasa. Sekolah ganti sebab masa tu cuti raya cina seminggu. Terus sahaja ke tajuk catatan hari ini, pagi tadi ada seorang budak darjah 1 mengamuk di bilik guru. Buat bising je la budak tu.. Nak tahu kenapa? Budak tu mengamuk sebab mengantuk. Ni kes malas pergi sekolah, lepas tu mak dia paksa sekolah juga.. Cuba teka, sebab apa budak darjah 1 tu mengantuk? Budak tu mengantuk sebab malam tadi dia tengok Spiderman kat TV3. Tadi malam kan ada Spiderman dalam slot Mega Movie. Adoi... ED memang tak faham pasal kejadian hari ini. Ada juga kes macam tu?



 Yang paling bengang, budak tu tak nak masuk kelas. Bila dipaksa masuk kelas, tu yang budak tu mengamuk.. Untuk mententeramkan budak tu, cikgu2 cuba letak budak tu kat bilik guru. Bila sampai di bilik guru, budak tu semakin mengganas dengan membaling-baling kusyen kerusi rotan yang ada di bilik guru. Melampau kan? Jom lihat gambar yang sempat ED tangkap untuk pengajaran kita bersama.


Budak ini telah membuat kecoh di bilik guru. Abis kusyen2 dibongkarnya.. Apa perasaan anda?


Tengok Spiderman sampai pukul 12 malam boleh. Masuk kelas tak nak pulak..


Sebab budak ni tak makan pujuk, dia diletakkan di luar bilik guru dan dia dibiarkan menenangkan fikirannya. Akhirnya, selepas 3 jam dia menenangkan fikiran di luar bilik guru, dia kembali pulih dan masuk ke kelas semula.

Pengajaran daripada kes hari ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka gembira untuk ke sekolah. Janganlah terlampau memanjakan dengan menuruti apa sahaja kemahuan anak. Nanti, buruk padahnya. Kepada murid-murid lain, tengok TV berpada-pada ye. Jangan sampai tak pergi sekolah. Dulu masa ED bersekolah, ED memang suka tengok TV, tapi ED tak pernah ponteng sekolah sebab TV. Okelah, udada ubabye!!


ED: Mungkin ada yang tanya, kenapa tak rotan budak tu? Excuse me, guru tak boleh merotan murid lagi di zaman kini.

Jumaat, 18 Februari 2011

Carta lagu-lagu patah hati terbaik yang sukar untuk dilupakan..


Hai, tadi balik sekolah ED dengar radio Era. Dengar pulak lagu Lestari - Mahligaimu Dari Airmata. Aduh.. sedihnya lagu ni. Tiba-tiba je ED nak wat carta lagi. Alhamdulillah, blog EDtv semakin mendapat perhatian daripada pembaca. Ada yang dah tahu identiti blog ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan. Berbalik kepada carta, hari ini ED nak buat carta Top 5 lagu-lagu patah hati yang popular tahun 90 an. ED nak mengimbas balik memori zaman ED bersekolah dulu. Siapa yang nak mengimbas nostalgia silam atau yang sedang patah hati, dengarlah lagu-lagu ini ye.
 
 Carta Top 5: Lagu-lagu Patah Hati 
yang Hits satu masa dulu

Nombor 5: Lestari - Mahligaimu Dari Airmata. Lagu yang menyentuh jiwa.


Nombor 4: Spoon - Rindu Serindu Rindunya. Sangat fenomena lagu ni masa ED bersekolah dulu.


Nombor 3: Safura dan Oney - Jangan Menangis Sayang. Dengar lagu ni jangan menangis tau!


Nombor 2: Azie - Pelamin Anganku Musnah. Sedih betul lirik dan melodi lagu ni.


Nombor 1 (JUARA): Ukays - Pahit Akan Manis Jua Akhirnya. Memang terbaik lagu ni. Dengar banyak kali tak akan jemu.



Macam mana? Sedih tak dengar lagu diatas? ED memang suka dengar lagu-lagu sedih ni. Hehe... Kepada anda yang sedang bersedih, jangan terlalu sedih sangat. Semua perkara sedih yang berlaku ada hikmahnya. Teruskan bersama EDtv untuk mengetahui carta-carta lagu yang terbaik, berita selebriti terkini, drama-drama pilihan ED dan bersembang secara maya. Hanya yang terbaik untuk pembacaan anda. Udada Ubabye!!


ED: suka duka silih berganti

Khamis, 17 Februari 2011

Carta Top 5 makanan popular kerajaan

Hai, topik hari ini pasal makanan popular kerajaan. Kalau anda bekerja di sektor kerajaan, mesti anda tahu makanan yang popular atau selalu dihidangkan semasa berkursus atau ada program-program tertentu. Bagi yang tak tahu, jom kita berkongsi cerita melalui Carta Top 5 Makanan Popular Kerajaan. Carta dibuat berdasarkan pengalaman ED.

Carta Top 5 Makanan Popular Kerajaan



Nombor 5: Kuih Seri Muka

 Kuih Seri Muka


Nombor 4: Kuih Apam

 Kuih Apam


Nombor 3: Kuih Donat (bukan Dunkin Donuts)

Kuih Donat

Nombor 2: Kuih Karipap Inti Keledek.

 Karipap

Nombor 1: Bihun goreng. Makanan ni sangat popular bila berkursus. Kadang-kadang ED dah boleh teka makan apa kalau kena pergi kursus. Air yang paling popular di sektor kerajaan ialah air Teh O.

  Bihun goreng

Air Teh O yang kaya antioksidan

Okelah, ED tak nak komen kenapa makanan tu selalu sangat disajikan dalam kursus-kursus atau program dalam sektor kerajaan. Yang penting, semua makanan di atas adalah makanan tradisional Malaysia yang sedap dimakan di waktu pagi. Okelah, semoga catatan ini memberikan anda idea untuk memilih menu bersarapan esok. Udada Ubabye!!


ED: rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..

Selasa, 15 Februari 2011

Carta TOP 7 lagu-lagu selawat yang lain daripada yang lain


Assalammualaikum. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul. Edisi Maulidur Rasul hari ini, ED nak berkongsi lagu-lagu selawat yang unik tapi best bila dengar. ED memang tabik hormat pada penggubah lagu selawat ni. Lirik masih selawat cuma rentak melodinya je yang lain. Nak dapat pahala? Jom lihat dan dengar carta Top 7 lagu-lagu selawat yang lain daripada yang lain. Betul, sebab banyak lagu selawat yang best, ED letak 7 lagu selawat yang unik. Penasaran? Jom kita lihat carta di bawah sekarang..

Carta Top 5: Lagu Selawat yang lain daripada yang lain
 
Nombor 7: Dato Siti Nurhaliza - Selawat. Sejuk kalbu dengar Siti berselawat..


Nombor 6: Hijjaz - Selawat Syifa (Lagu penutup drama Cucu Betong). Best!


Nombor 5: Opick - Shalawat Nabi. Mendayu-dayu lagu ni.



Nombor 4: Ungu - Selawat. Sekali dengar, nak dengar lagi.


Nombor 3: Maher Zain - Ya Nabi Salam Alaika. Aduh.. merdu betul suara Maher Zain ni.



Nombor 2: Wali - Mari Selawat. Cara gembira untuk kita berselawat. Best!!



Juara: Hadad Alwi dan Anti - Rindu Muhammadku. Memang lain daripada yang lain lagu ni. Sekali dengar, ED terus suka lagu ni. Cute sangat!!



Best tak lagu-lagu selawat di atas. Semua lagu selawat ni kesukaan ED. Cara mudah nak dapat pahala, jom berselawat. Udada Ubabye!


ED: Mari hayati sunnah Rasulullah SAW.

Isnin, 14 Februari 2011

Drama Begitukah Cinta mengupas isu-isu pelajar IPT


Hai, drama Akasia terbaru akan mula tayang di TV3 hari ini. Tajuknya "Begitukah Cinta". Tengok iklan macam cerita biasa tetapi best juga bila anda ikuti drama ini daripada awal. Kalau drama gemilang mengisahkan tentang dunia keguruan, drama Begitukah Cinta memaparkan kisah-kisah pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi). Alamak, mesti ED akan teringat zaman U balik bila tengok drama ini. Tak dinafikan, zaman U adalah zaman yang paling manis untuk dikenang. ED akan ulas sikit tentang drama ini. Jom kita ZZ drama Begitukah Cinta.


5 yang Zest tentang 
drama Begitukah Cinta!

 
Nazim Othman dan Ainul aishah
  1. Pelakon Nazim Othman dan Ainul Aishah jarang2 pegang watak utama. Ada kelainan sikit bila diorang jadi watak utama.
  2. Banyak isu-isu pelajar IPT yang cuba diketengahkan. Contohnya, pelajar jadi GRO untuk meneruskan pengajian. (memang realiti)
  3. Aida Khalida menjadi watak antagonis dalam drama ini. Wow, menarik tu!
  4. Drama ni keluaran produksi Suhan Movies milik Rosyam Noor. Selalunya drama2 Suhan Movie ni best2 macam Asmara.
  5. Plot (jalan cerita) yang ringkas dan menarik. Cuma 24 episod sahaja.

2 sahaja yang Zrett tentang 
drama Begitukah Cinta!
  1. Ala, tak sesuai la drama ni start pukul 7 malam. ED tak setuju..
  2. Percintaan orang kaya kepada orang miskin mungkin menyebabkan segelintir penonton jemu menonton. Ini kerana mungkin mereka dah selalu sangat tengok drama macam ni.

Apa-apapun drama ini penuh dengan mesej dan pengajaran buat kita semua. Okelah, sampai disini dahulu. Selamat menyambut Maulidur Rasul esok. Assalammualaikum dan udada ubabye!

ED: Jom tonton perarakan Malidur Rasul di kaca TV anda pagi esok..

Ahad, 13 Februari 2011

Cinta memang buta tapi hukum tetap hukum


Hai, esok umat Islam dilarang, ditegah dan diharamkan untuk menyambut Hari Valentines. Edisi Ahad hari ini, ED nak berkongsi pasal tajuk "Cinta memang buta tetapi hukum tetap hukum". Di Indonesia masih ada artis Islam yang berkahwin dengan pasangan yang berbeza agama. Inilah topik kita hari ini, cinta memang buta tetapi kita sebagai orang Islam mestilah akur dengan hukum hakam Allah. Tidak sah pernikahan seseorang Islam itu jika pasangannya tidak seagama. Siapakah artis Indonesia Islam yang telah berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama Kristian? Jadikan ini iktibar dan jangan contohi mereka. Jom kita lihat...

Tajuk: Perkahwinan beza agama di Indonesia


1. Jamal Mirdad (Islam) dan Lydia Kandou (Kristian). Mereka adalah ibu bapa kepada Nana dan Naysilla Mirdad Liontin. Nana dan Naysilla Mirdad memilih memeluk agama ibunya apabila dewasa. Tak best kan dengar berita macam ni?

 Lydia Kandou dan Jamal Mirdad
kredit gambar kapan lagi

Naysilla dan Nana Mirdad yang terkenal dengan drama Liontin. Mereka beragama Kristian.


2. Tamara Bleszynski (Islam) dan Mike Lewis (Kristian). Tamara terkenal dengan sinetron Hikmah dan watak Rerama dalam Cicak Man 2.

Mike Lewis dan Tamara Bleszynski
kredit gambar kapan lagi 

Tahun lepas, Tamara dikurniakan anak bersama Mike Lewis. Nanti anak Tamara agama apa erk? Entah la..


3. Nia Zulkarnain pelakon filem Isabella bersama Search (Islam) dan Ari Sihasale (Kristian). Ingat lagi tak heroin filem Isabella ni?

Nia Zulkarnaen dan Ari Sihasale.
kredit gambar kapan lagi

4. Marcell (Kristian) penyanyi Indonesia dan Rima Melati pelakon dari Singapura (Islam). Marcell popular dengan lagu duetnya bersama Shanti "Hanya Memuji".

Rima Melati bersama anak dari hasil perkahwinan yang pertama dan Marcell di majlis resepsi.

5. Deddy Corbuzier, ahli silap mata Indonesia (Kristian) dan Kalina (Islam).

Kalina dan Deddy Corbuzier bersama anak mereka.

Kalau anda tak kenal dengan artis2 di atas takpe, ED cuma nak berkongsi tentang perkahwinan beza agama yang ada di negara jiran kita. Kalau anda di luar sana yang mengimpikan berkahwin dengan Mat Salleh atau Minah Salleh, pastikan seagama, baru menikah. Udada Ubabye!


ED: yang tak baik jadikan sempadan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...