Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Ahad, 27 Mac 2011

Penampilan terakhir Fara Fauzana dan Wahid dalam Melodi hari ini

 Tajuk: Legasi Pengacara Melodi

Hai, hari ini adalah hari terakhir bagi Fara Fauzana dan Wahid mengacarakan rancangan hiburan berinformasi "Melodi". Semua sudah maklum bahawa minggu hadapan rancangan Melodi bakal diterajui oleh Zizan dan Dira Abu Zahar. Selamat tinggal Fara dan Wahid, selamat bertugas untuk Zizan dan Dira. 

Rancangan Melodi memang terkenal dengan pengacaranya yang berpengaruh. Setiap pengacaranya mesti ada identiti atau slogan yang mudah untuk diingat. Jom kita lihat dan imbas balik nostalgia pengacara Melodi bersama identitinya..

Fauziah Ahmad Daud

Raja Azura

Aznil Hj. Nawawi
Fara Fauzana dan Wahid
 Dira dan Zizan pengacara baru Melodi April ini. 

Apa pula identiti Zizan dan Dira minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan. Sebelum ini ED banyak terbaca tentang blog-blog yang mempertikaikan kebolehan Dira Abu Zahar sebagai pengganti Fara Fauzana. Boleh ke Dira mengacara? Apa pengalaman dia? Pendapat ED, jangan menilai orang daripada luaran. Beri peluang kepada dia dan baru kita nilai bakat dia. Kesian Dira, belum mengacara lagi dah dipertikaikan. TV3 tahu apa yang mereka lakukan.

 Dira Abu Zahar
Zizan pula, tak perlu kita mempertikaikan bakat dia. Zizan memang berbakat dalam menjadi pengacara.
 Zizan yang semakin bersinar

Okelah, semoga rancangan Melodi terus sukses. Siapapun pengacaranya, Melodi memang rancangan hiburan berinformasi nombor satu di Malaysia. Udada Ubabye!

ED: Tingkatkan prestasi, hapuskan kontroversi..

Jumaat, 25 Mac 2011

Pen Penipu..


Assalammualaikum. ED ingin berkongsi cerita dengan anda mengenai pen baru ED. Pada pagi tadi, semasa ED nak tulis nama pada buku kedatangan di pejabat, ED bawa la pen baru tu. Bila buka je pen tu, ED dah tertipu.. Kalau pen tak keluar dakwat, itu biasa.. tapi kejadian hari ini luar biasa.. Nak tau kenapa luar biasa? Jom lihat gambar di bawah, selepas itu anda akan tahu..

 Inilah pen baru ED. Ini pen murah sahaja.

Semasa beli, ED tak buka pun penutupnya. Main beli je sebab nak cepat. Memang salah ED pun..

Selepas ED buka penutupnya, ED terkejut sebab kalau mata pen tu tak keluar dakwat dah jadi perkara biasa
tapi mata pennya pun takde... Alamak, ED dah terkena ni!

Pelik memang pelik. Batang dakwatnya ada, tapi matanya je tak ada. Ini namanya pen penipu ni. 

Pengajaran hari ini, sebelum membeli barang, mesti periksa dulu. Macam-macam hal pelik yang boleh terjadi di sekeliling kita kan? Kalau ada benda2 pelik atau kismis (kisah-kisah misteri), ED akan berkongsi dengan anda lagi ye. Udada Ubabye!


ED: Pen tersebut telah selamat ED buang ke dalam bakul sampah.

Selasa, 22 Mac 2011

Kisah Benar: Murid yang rasa nak mati bila disuruh senyap..


Hai, ED nak berkongsi cerita semasa di sekolah hari ini. ED kena relief kelas 4 "tuuut.." (rahsia untuk kebaikan bersama) sebelum waktu balik. ED pertama kali relief kelas murid darjah 4 tahun ini. Sebelum ini, ED tak pernah ajar mereka. Selepas murid-murid mengucapkan salam kepada ED, ED menyuruh mereka duduk dengan senyap. Selepas itu, ED menegaskan kepada mereka:

"Kalau saya ada dengar satu suara daripada murid kelas ni, satu kelas akan balik lewat. Saya tak nak dengar satu suara manusia pun. Kalau awak semua mahu bercakap, guna bahasa isyarat badan atau bercakap melalui tulisan di atas kertas."

ED ada kerja waktu tu dan mereka pun ada kerja rumah, jadi ED mahu mereka buat kerja rumah dengan senyap. So, sama-sama boleh buat kerja dengan aman dan harmoni. Tiba-tiba ada seorang murid lelaki datang berjumpa ED dan menyerahkan sekeping kertas. Terkejut ED baca kertas tu.. Jom lihat isi kertas tu..



Siapa yang tidak jelas, ED ada sediakan sari katanya di bawah:

Tuuut... susahnya dengan cikgu ni, boleh mati kita!
Mampos pun boleh..
Macam tak boleh nafas, tau tak?
Bunyi nafas pun tak boleh ke?
Aku nak terkencing ni....

Adoi.. 2 orang murid darjah 4 mengumpat ED di atas kertas. Yang ED pelik, mereka rasa nak mati bila ED suruh senyap. Macam-macam gelagat murid bila disuruh senyap. Ada yang susah nak bernafas dan ada juga yang nak terkencing. Sebenarnya ED nak tergelak, tapi ED tahan je.

Akhir cerita, ED panggil 2 orang murid yang menulis di atas kertas tu dan bertanya apa masalah mereka. Seorang murid ED suruh pergi ke tandas untuk menyelesaikan masalah dia yang nak terkencing. Selepas murid tersebut kembali ke kelas, ED menasihati mereka bahawa jangan berfikiran negatif. Selama ini, tiada murid yang mati bila guru menyuruh murid-murid senyap. Udada Ubabye! 


ED: kadang-kadang lebih baik senyap daripada berkata-kata

Isnin, 21 Mac 2011

Gambar-gambar sekitar Jelajah ABPBH Pasir Gudang, Johor


Hai, semalam ED telah pergi ke Kompleks Pasir Gudang untuk menyaksikan Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH). Banyaknya artis yang datang, yang tiada dalam iklan pun ada. Gerek la... Walaupun penat berdiri semalam, ED puas hati dan terhibur sangat-sangat dengan persembahan artis yang datang. Berbaloi la.. 

 
Fasha Sandha dan ED
 
Semalam juga pengalaman pertama ED dapat melihat Fasha Sandha secara dekat.. Cantiknya dia bagai anak patung.. ED ikhlas puji dia. Mesti anda dah tak sabar nak tengok gambar-gambar artis yang ED sempat tangkap semalam kan? Sabar dulu, sebab anda mesti tengok corat-coret Jelajah ABPBH semalam dalam segmen ZZ.


10 yang Zest tentang 
Jelajah ABPBH Pasir Gudang! 
Eksklusif...
  1. Semua artis yang datang sangat menghiburkan dan mesra peminat.
  2. Fasha Sandha sangat bersopan santun dengan peminatnya.. ED tak tipu..
  3. Black memang memberikan persembahan memukau dengan vokal dan gelagatnya.
  4. Fizz Fairuz dan Sharnaaz Ahmad kelakar dan menghiburkan.
  5. Babak lakonan Fizz Fairuz, Sharnaaz dan Fasha Sandha bersama peminat sangat menghiburkan.. 
  6. Paling kelakar tengok lawak Didie Alias, selamba dan gila2..
  7. Anuar Zain memang mesra penonton, sangat peramah dan dia memberikan kerjasama apabila peminat mahu menangkap gambarnya.
  8. Nabil menghabiskan RM150 untuk diberikan kepada 3 orang penonton yang dapat menjawab soalannya dengan tepat. Pemurah si Nabil ni..
  9. Johan dan Zizan memang lawak, semua tergelak dengan kerenah mereka.
  10. Rupa2nya Nurul Elfira Loy pandai menari, dia menari bersama rakan-rakannya semalam. Cayalah...

2 yang Zrett!
  1. ED tak dapat bergambar dengan Fasha Sandha. Ramai sangat yang berebut-rebut nak bergambar dengan Fasha Sandha.
  2. ED tak seronok la bila tengok ada segelintir ibu bapa yang membawa baby ke sana, kesian tengok anak-anak kecil kepanasan dan tidak sesuai sebab bising.

ED suka bila semua artis memuji dan teruja melihat warga Johor yang datang untuk menyaksikan mereka. Menurut artis-artis yang datang, Johor merupakan negeri yang penontonnya paling banyak kalau ada apa2 program sebegini. Akhir kata, jom lihat hasil tangkapan gambar ED semalam dan Udada Ubabye!!!

Zizan 

Fizz Fairuz dan Sharnaaz Ahmad

 Faizal Ismail dan Leya Hot fm

 Nurul Elfira Loy yang pandai menari

Fasha Sandha yang cun

 Along, Leya, Chad dan FBI sebagai pengacara

Leya, Aliyah dan Chad (DJ Hot fm yang baru)

Altimet dan kumpulan Mirwana

Babak Silent Acting Fasha Sandha bersama penonton. Best sangat!


Black yang sanggup memberikan kemejanya kepada peminat

Liyana Jasmay dan Aaron Aziz bersama peminat

Ada Lisa Surihani juga...

Anuar Zain yang sangat ramah

Didie Alias yang kelakar bersama Black dan Black 2. Hahaha.. Babak yang paling lawak.

Ni pertandingan menari antara Didie, Black dan Elfira..

Didie Alias memenangi pertandingan tarian bersama pasangannya Black 2.
Black 2 ni merupakan penonton yang paling popular dan
paling suka disakat oleh artis2.
Sempoi giler...

Johan, Zizan, Along dan Nabil yang menghiburkan.. Memang Raja Lawak Sejati..
Okelah, itu sahaja.. Udada Ubabye!!


ED: Jangan lupa ABPBH 3 April nanti di TV3..

Ahad, 20 Mac 2011

Udin yang boleh buat anda ketawa..

Udin
 
Hai, selamat berhujung minggu. Topik hari ini pasal Udin. Ya, tentang Udin. Siapa Udin? Udin adalah orang Indonesia yang popular ketika ini akibat videonya di Youtube. Dia ni kelakar sangat-sangat sampai orang mengecopnya gila. Tapi dia bukan gila, dia seorang yang selamba. 

Udin atau nama sebenarnya Sualudin, 26 tahun

Okelah, bagi anda yang belum mengenali Udin, jom lihat videonya. yang kelakar tu. Sila ikuti peraturan ini untuk melihat video Udin.

1. Duduk sopan dan tenangkan fikiran
2. Jangan berbual-bual semasa menonton video ini
3. Nak best lagi, tontonlah video ini secara beramai-ramai

Dah sedia, jom tonton Udin dengan lagunya Udin Sedunia..


Tak faham Udin nyanyi apa? ED ada sediakan sarikata video Udin di bawah:


Udin….
Anta, ana majnun
Inilah lagu tentang udin
Kata orang Udin nama kampungan
Jadi lagu enak juga didengar
Kalau ndak percaya coba dengar dengan seksama 
Udin yang pertama namanya Awaludin
Udin yang suka di kamar namanya Kamarudin
Udin yang hidup di jalanan namanya Jalaludin
Udin penggembala namanya Sapiudin. Embekkkkkkkkkkkkkk.
Udin…Udin namamu norak tapi terkenal
Udin udin walaupun norak banyak yang suka
Hahahaha.
Udin yang sering ke masjid namanya Alimudin
Udin yang rajin berdoa namanya Aminudin
Udin yang agak stres namanya Sarafudin
Yang tidak stres namanya Sadarudin
Udin Udin namamu norak tapi namamu terkenal
Udin Udin walaupun norak banyak yang suka
Udin yang penjual nasi namanya Nasiruddin
Udin yang suka ke WC namanya Tahirudin
Udin yang suka nelepon namanya Hafifudin
Udin yang teroris namanya Udin M Top
Udin .. Udin namamu norak tapi terkenal
Udin Udin walupun norak banyak yang suka
Udin yang terakhir namanya Akhiruddin.

Kelakar kan? Sekarang ni Udin dah jadi artis ekoran videonya yang kelakar dan popular tu. Sekarang ni video klip dia tengah dalam proses. Kalau sesiapa yang nak terkenal secara ekspres, buatlah video macam Udin. Ada berani? Hahaha... Udada Ubabye!!


ED: ketawa penawar duka

Sabtu, 19 Mac 2011

Ummi Nazeera Bintang Bersinar 2011

 Ummi Nazeera
 
Hai, topik hari ini tentang pelakon Ummi Nazeera. Dia layak digelar Bintang Bersinar 2011 kerana bakat lakonannya yang hebat. Dia juga heroin filem Hikayat Merong Mahawangsa yang semakin meningkat jumlah kutipannya di panggung wayang. Tahniah ED ucapkan untuk Ummi Nazeera. Tahu tak kenapa banyak2 pelakon wanita yang hebat di Malaysia, Ummi Nazeera terpilih menjadi heroin dalam filem berbajet besar ini? Ini kerana bakat Ummi Nazeera paling menyerlah semasa pemilihan watak Embok dalam filem tersebut. 


Sharifah Amani juga mengesahkan yang Ummi Nazeera seorang pelakon yang hebat dalam rancangan Galaksi TV9 sebelum ini. Bayangkan kalau Sharifah Amani yang hebat tu mengesahkan dan mengagumi Ummi Nazeera seorang pelakon yang hebat, maka Ummi Nazeera memang pelakon yang betul-betul hebat.

 Sharifah Amani mengagumi kehebatan lakonan Ummi Nazeera

Jom kita ZZ Ummi Nazeera..


5 yang Zest tentang Ummi Nazeera!
  1. Bakat lakonan dia memang terbaik, bagi je watak apa, mesti menjadi..
  2. Sebab dia hebat, dia terpilih menjadi heroin filem berbajet besar Hikayat Merong Mahawangsa.
  3. ED suka tengok watak Che Nen yang lemah lembut lakonan dia dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.
  4. Drama Nur Kasih, ramai penonton membenci wataknya yang antagonis, Sara (ini bermakna lakonannya menjadi).
  5. Walaupun dia kaya, dia tak sombong dan sangat profesional.
 Ummi Nazeera sebagai Sara dalam drama Nur Kasih

3 yang Zrett tentang Ummi Nazeera!
  1. Seksi.
  2. Pernah terlibat kontroversi sebab pergaduhannya dengan Remy Ishak (ED no komen).
  3. Dia mengambil masa yang lama untuk popular. Kesian dia..
Perpisahan Ummi dan Remy Ishak yang kontroversi satu masa dulu

Okelah, seorang lagi Bintang Bersinar 2011 telah ED coretkan di blog ini. Pengajaran daripada kisah Ummi Nazeera yang boleh kita ambil, jangan mudah berputus asa dan buatlah kerja sebaik mungkin. Udada Ubabye!


ED: biar hebat semulajadi dan jangan buat2 hebat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...