Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Khamis, 28 April 2011

Kad Hari Guru Terlampau..


Hai, topik hari ini tentang kad Hari Guru. Walaupun belum lagi masuk bulan Mei, minggu ini ED dah terima 2 kad Hari Guru. Bukan nak menunjuk tapi ada cerita menarik untuk ED kongsi bersama anda. Hari Selasa, ED ada terima sekeping kad daripada anak murid ED. Terima kasih cikgu ucapkan. Semalam, ED dapat lagi sekeping kad daripada murid yang ED tak ajar pun. Jom kita lihat perbezaan kad yang ED terima kelmarin dengan kad yang ED dapat semalam. ED rasa cerita ni sesuai dimasukkan dalam segmen Zest dan Zrett!! hehe..

Kad yang Zest!

Kad yang ED terima pada hari Selasa adalah pemberian yang ikhlas daripada seorang murid. Murid tersebut adalah anak murid kelas ED. Jom lihat kad pertama yang ED dapat tahun ini..



ED dapat lihat keikhlasan murid ini berdasarkan kadnya yang simple dan.. lihat lagi gambar di bawah.



Bila ED buka kad tersebut, kad tersebut tiada tulisan apa-apapun. Kosong dan hanya ada ucapan yang dicetak sedia ada sahaja. Murid ini juga tidak menulis namanya dalam kad tersebut. Ini menandakan dia tidak meminta apa-apapun setelah memberikan kad tersebut. Sejuk hati tengok murid yang macam ni.

Kad yang Zrett!!

Kad yang ED terima semalam memang Zrett!! (tak oke!!). Kad di bawah ini pemberian murid yang ED tak pernah ajar langsung. Masa dia beri semalam, ED memang pelik. ED kata kadnya Zrett bukan kerana keadaan kadnya yang dibuat sendiri dengan menggunakan kertas lukisan tetapi... (lihat gambarnya dulu..)


Klik 2x untuk besarkan gambar

Kawasan yang ED petakkan tu, itulah yang Zrett! Murid ini tidak ikhlas memberikan kad kepada ED. Ini kerana ada udang di sebalik mee hailam. Murid ini ada agenda yang tersendiri. Jom kita zoom kawasan yang ED petakkan melalui gambar di bawah..


Bagi anda yang tidak jelas, ED dah sediakan sarikatanya di bawah:

Cikgu, saya takde duit. Cikgu bagi duit RM1.50. Terima kasih.

Terkejut betul bila ED baca kad murid semalam. Dia ibarat mahu mengumpan guru untuk mendapatkan duit. Apa perasaan anda bila dapat kad sebegini rupa? ED memang tak habis fikir dengan kelicikan murid seperti ini. Jom lihat apa yang terkandung dalam kad murid ini..



Sarikata:

Selamat Hari Guru
Kita orang India, Melayu, Cina ialah 1 Malaysia
Kita 1 Malaysia

Cikgu yang baik

Pandai betul murid ini berkata-kata.. Di sebelah kad tersebut pula..


Dia memberi penegasan supaya ED memberikan duit RM1.50  kepadanya. Lihatlah gambar di atas, dia menulis kembali ayat yang sama seperti di muka hadapan kadnya. Nampak sangat murid ini tidak ikhlas dan tidak mempunyai nilai moral yang baik. Melampau!

Macam-macam hal budak-budak sekarang ni? Selepas dapat kad semalam, ED abaikan saja kad tersebut. Pengajaran hari ini, memberilah tanpa minta untuk diberi. Udada Ubabye!
 

ED: Guru tidak meminta apa-apa daripada muridnya kecuali melihat muridnya berjaya.

Isnin, 25 April 2011

Pengalaman Menjadi Pelakon Tambahan

Peristiwa di Perhentian Bas Tanjung Malim

Hai, cerita hari ini mengenai perjalanan pulang ED dari Hotel Midah ke Johor Bahru. Selesai berkursus, ED tidak terus pulang ke Johor Bahru, sebaliknya ED meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim, Perak. Tujuannya, ED mahu berjumpa adik ED yang belajar di UPSI. Alang-alang dah sampai jauh, baik ED jenguk adik sebentar. 

Selepas jumpa adik, ED pun bawa adik keluar makan di pekan. Habis makan, ED kena hantar adik ke kampus UPSI semula. Dalam perjalanan ke kampus UPSI, ED ternampak ada sesi penggambaran drama di Perhentian Bas Tanjung Malim. ED pun tak mahu melepaskan peluang untuk mengetahui penggambaran drama apa yang sedang dilakukan dan siapa pelakon yang terlibat. Eksklusif untuk anda, jom lihat penggambaran drama yang dapat ED saksikan.

Inilah penggambaran drama yang ED cerita tadi. Cerita apa ni?


ED cuba mendekati mereka untuk mengetahui lebih lanjut.. Siapa pelakon yang berambut panjang tu?

Ooh.. ED dah tahu siapa pelakon itu. Dia adalah Eira Syazira. Seronoknya dapat jumpa dia.. Perempuan yang ED bulatkan dan berbaju merah itu ialah Aminah Rhapor sebagai pengarahnya.


Pertama kali ED dapat tengok sesi penggambaran drama secara dekat. 

Tahukah anda? ED dan 2 orang adik ED telah menjadi pelakon tambahan drama tersebut. Percayalah, kerana ianya benar. Semasa ED datang mendekati sesi penggambaran tersebut, ED dan 2 orang adik ED telah diminta oleh seorang krew drama tersebut untuk menjadi watak tambahan. Kerja ED senang sahaja. ED diminta berlari dengan muka yang  terkejut apabila melihat lakonan Eira Syazira pengsan di tengah jalan. Lupa, ada la dalam 12 orang lagi yang menjadi watak tambahan. Krew tersebut main cekup je manusia2 yang dia nampak.

Pengalaman yang tak boleh dilupakan, walaupun menjadi watak tambahan. ED dan orang2 yang terlibat sebagai watak tambahan telah ditegur oleh pengarah. Tak silap, ada la 4 kali ulang shooting babak berlari dengan muka yang terkejut setelah melihat lakonan Eira Syazira pengsan. Ini kerana ada diantara kami yang tergelak dan senyum apabila berlari. Yang tak tahan, Eira Syazira akhirnya pun bersuara dan menegur kami.. Lihat gambar di bawah:

Eira Syazira menegur kami. hehehe.. (dialog seperti situasi sebenar, bukan rekaan)


 Zack Si Capik pun ada masa tu..

Akhirnya, ED dan watak2 tambahan yang lain berjaya juga menyelesaikan babak yang diarahkan. Susah rupanya jadi pelakon ni. ED diberi pemanis RM20 untuk babak berlari dan buat muka terkejut. Tak perlu bercakap apa2 pun. Sebelum beredar, ED difahamkan ini bukan penggambaran drama tapi telemovie (macam cerekarama tv3). Ini pengalaman yang tak akan ED lupakan. Jangan lupa saksikan telemovie "Dewi Cintaku" akan datang di TV2. ED tak tahu bila tayangnya, sama2 tengok iklannya di TV2 ye. Udada Ubabye!

ED: Babak ED sekejap je.. tak tahulah bagaimana rupanya? hehehe..

Ahad, 24 April 2011

Detik 11.00 malam di Hotel Midah

 Hotel Midah, Kuala Lumpur
Hai, hari ini ED nak sambung lagi tentang pengalaman ED di Kuala Lumpur. Pada hari ketiga jam 10.30 malam, ED selesai bermesyuarat lalu ED terus bergegas ke kamar untuk menonton TV. Setelah 15 minit menonton TV di kamar, telefon bimbit ED berbunyi. Nombor yang tertera di skrin telefon, tidak ED ketahui. Apabila ED jawab panggilan tersebut, kedengaran suara seorang perempuan cina. Haa.. penasaran kan? Jom kita lihat perbualan perempuan cina tersebut bersama ED.

Perempuan Cina : Hello, ini Encik Zahidi?
ED  : Ya..
Perempuan Cina  : Tahniah, u ada menang 1 pertandingan..
ED  : Jangan tipu le.. (Setelah ED dengar suara tersebut betul2, ED tahu itu suara Lai (ahli kumpulan mesyuarat ED) sebab dia cakap dengan suara tergelak-gelak..)
ED  : Lai, ada apa?
Perempuan Cina  : Hahaha.. u tahu meh? U nak ikut kami pergi I-City tak?
ED  : (tanpa berfikir panjang.. Ed terus setuju..) Ok..
Perempuan Cina  : Kalau macam itu, kita jumpa kat parking 10 minit dari sekarang..

Yeahh... detik 11.00 malam yang ED maksudkan di sini ialah detik permulaan perjalanan ED ke I-City Shah Alam bersama-sama kawan-kawan baru. Ini pengalaman pertama ED ke I-City. Perasaan teruja dan seronok bercampur menjadi satu sebab ini kan baru kali pertama ED nak jejak kaki ke sana. Okelah, ED tak nak biarkan anda mengadap blog ini lama2, nanti bosan pulak. ED akhiri dengan lampiran gambar-gambar ED di I-City. I-City memang cantik pemandangannya!


ED dah sampai di I-City. Cantik kan?


 
Bersama kawan baru: dari kiri Cikgu Engku, Cikgu Sharimah dan Cikgu Lai (yang call ajak ED tadi).

Di hadapan pintu masuk Snowalk


Sebab dah suntuk, kami tak sempat masuk ke dalam Snowalk (tempat bersalji) bergambar kat depan Snowalk pun jadi la..


 
Warna-warni pemandangan di taman I-City


ED suka gambar ni. Ada kabusnya, macam berada di kayangan. hehe..


Ini gambar asli, nampak tak biasan cahayanya? 


Terasa macam di Hong Kong.. haha..


ED tak kisah keluar dengan cikgu2 ni sebab mereka semua pangkat kakak2 dengan ED.


ED suka juga shot ni.. Hehe..


Pengalaman yang menarik di sini.
Akhir kata, Udada Ubabye!


ED: ada 1 lagi kisah menarik untuk dikongsi bersama. Jika anda baca, mesti anda susah nak percaya. Tunggu....

Sabtu, 23 April 2011

Pengalaman di Hotel Midah, Kuala Lumpur

Hai, seperti yang dah diberitahu semalam, topik hari ini tentang pengalaman ED semasa berada di Hotel Midah, Kuala Lumpur. ED berada di sana kerana menghadiri Mesyuarat Pembinaan Standard Prestasi KSSR Pendidikan Moral Tahun 2. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tanpa membuang masa, ED nak berkongsi cerita ED di sana dalam Segmen "Sembang-Sumbang". Dah lama tak bersembang-sumbang dengan anda.


Tajuk: 10 Cerita ED di Hotel Midah, Kuala Lumpur

  1. ED pertama kali memandu jauh ke Kuala Lumpur. Ini pengalaman pertama ED ke sana. Sesat juga masa sampai. Hehe..
  2. Hotel Midah, perkhidmatannya bertaraf 3 bintang. (Faham2 sendiri ye..)
  3. ED menginap di kamar bernombor 1217. Sejuk betul di dalam kamar walaupun penghawa dinginnya sudah ditutup. Misteri ni. hehe..
  4. Ramai yang merungut tentang makanan yang disediakan di sana.
  5. Seronok jumpa kawan baru yang peramah di sana.
  6. Dalam kamar hotel, ada TV tapi siaran TV3 tak dapat.. ED tak dapat tengok Episod Akhir Drama Gemilang. huhu..
  7. Malam hari ketiga, ada penggambaran drama dijalankan di lobby hotel. ED dapat jumpa seorang artis semasa berada di dalam lif. Tapi ED tak sempat ambil gambarnya. nak tahu siapa? Lihat gambarnya di bawah nanti..
  8. Tempat parking kereta di Hotel Midah kecil dan menguji minda bila kita mahu pandu naik ke tingkat atas. Kita mesti berhati-hati supaya kereta kita tidak luka dimakan tembok. Hahaha..
  9. Antara yang OK di Hotel Midah ialah teh tarik dan kuih-kuih tradisionalnya. Terbaik!!
  10. Pengalaman yang tak boleh dilupakan, ED sesat dan tembus kat kubur cina semasa perjalanan pergi ke Hotel Midah. Selamat lepas tu, ED jumpa jalan yang benar. Hahaha..
Itulah antara cerita ringkas tentang pengalaman ED di Hotel Midah. Sekarang jom lihat gambar-gambar yang sempat ED tangkap semasa di sana termasuk gambar artis yang ED cerita tadi.

 
Hotel Midah

ED sempat ambil gambar pelangi yang muncul di luar kamar


Katil ED


Ada TV di dalam kamar tapi tak dapat TV3.


Kawan baru di sana

Inilah artis yang ED jumpa di Hotel Midah. Ako Mustapha.

Okelah, sampai di sini dulu untuk kali ini. InsyaAllah, tajuk blog EDtv esok ialah "Detik 11.00 Malam". Ada apa dengan pukul 11.00 malam di Hotel Midah? Hehe.. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..... Udada Ubabye!


ED: Masih ada lagi cerita semasa ED di sana, nak tahu? Tunggu...



Jumaat, 22 April 2011

Madah Hotel Midah..

Assalammualaikum. ED dah 4 hari tak update blog. Ini kerana ED ada mesyuarat di Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam dari 18 April hingga 21 April 2011. Lokasi mesyuarat di Hotel Midah, Jalan Kg. Attap Kuala Lumpur. 

 
Hotel Midah
 
Alhamdulillah, ED dah selamat berkursus. Buat pengetahuan anda, ED pertama kali memandu ke Kuala Lumpur. Ada beberapa cerita menarik yang ED ingin kongsi selama berada di Kuala Lumpur. Antaranya:
  1. Siapa artis yang ED jumpa di Hotel Midah?
  2. Detik 11.00 malam..
  3. Pengalaman yang tak boleh ED lupakan.. (Mesti baca!)

Nak tahu? Tunggu dan teruskan membaca blog EDtv ye.. Udada Ubabye!

ED: Semalam sampai JB pukul 8.30 malam. Masih penat lagi..

Ahad, 17 April 2011

Kisah Benar: Misteri Hotel Katerina Batu Pahat

Hotel Katerina Batu Pahat, Johor

Hai, cerita hari ini tentang Hotel Katerina Batu Pahat, Johor. Pada 28 hingga 31 Mac yang lalu, ED telah mengikuti Kursus KSSR Pendidikan Moral di sana. Semestinya ED menginap di kamar hotel tersebut. Kamar ED bernombor 515. Ada kisah misteri semasa ED berada di hotel tersebut. ED nak kongsi cerita bersama anda, jom...

 Di dalam kamar 515 Hotel Katerina

 Sedapnya tidur di katil ini.. Empuk!

 Paling penting TV, setiap bilik dilengkapi dengan TV.

Semasa ED berada di hotel tersebut, mata sebelah kanan ED sakit dan gatal. Pada hari pertama, ED rasa macam nak terkena tembel. Tapi selama 4 hari di sana, mata ED tidak membengkak cuma sakit dan gatal dikelopak sahaja. Rimas memang rimas dengar kursus dengan mata yang sebegitu rupa. Dugaan betul la.. Selamatlah mata ED nampak normal sahaja semasa berada di sana, cuma pada batin mata je yang sakit. ED memang tertekan memikirkan keadaan mata ED yang sakit. ED risau kalau ada apa2 serius berlaku pada mata ED.

Ini pelapik gelas. Tiba2 tangan terasa gatal nak ambil gambar ni. hehe..

Setelah tamat kursus dan apabila ED sampai di rumah, mata yang sakit kembali normal dengan tiba-tiba. Pelik kan? ED ingat baru je nak pergi klinik bila sampai di rumah. Persoalannya, kenapa boleh jadi macam tu? Misteri apakah ini? Adakah ini hanya kebetulan atau hotel tersebut memang berhantu? Wallahu alam.. Yang penting, ED bersyukur telah selamat berkursus di sana dan mata ED juga tiada apa-apa sehingga kini. Udada Ubabye!


ED: Ingat Hotel Katerina, mesti ingat kes video ahli politik "tuuuutt..."

Jumaat, 15 April 2011

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK SAT!



BEN: KAREKTOR KARTUN PALING DIMINATI DAN KENAPA?

ED minat karektor kartun Judy Abbot dalam siri Daddy Long Legs. Kartun ni tayang masa ED kecik-kecik dulu. Tak silap tayang tahun 1995 di TV2. ED minat dia sebab dia comel dan kisah hidup dia yang sedih. Cerita Daddy Long Legs mengisahkan Judy Abbot yang mencari ayah kandungnya yang dikatakan berkaki panjang. Sedih betul tengok jalan cerita kartun ni.


Judy Abbot dalam Daddy Long Legs



BEN: APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK DAN KENAPA?

ED tak suka dan tak minat langsung nak tengok kartun Naruto. Bagi peminat kartun Naruto, jangan marah ED. ED tak suka sebab ED tak tengok dari awal kartun tu dan ED memang tak minat langsung nak tengok kartun Naruto. Tak tahu kenapa?


Naruto

JIKA AKU SUPERHERO, AKU NAK JADI?

Captain Planet. Sebab ED nak selamatkan bumi dan membantu orang2 yang dalam kesusahan. Hehe..

Captain Planet


ED: Zaman kanak-kanak adalah zaman yang menyeronokkan..

Murid muntah pulak.. Apa semua ini?


Hai, apalah nasib ED minggu ini, kelmarin murid tercirit dalam kelas. Semalam kes budak muntah pulak. Semalam, semasa ED mengajar kelas tambahan murid darjah 6, ada seorang murid lelaki muntah. Murid tersebut muntah sebab demam. Maaf, ED memang tak boleh tengok muntah orang, nanti ED pun rasa nak muntah (loya). Jadi, ED pun tamatkan kelas serta-merta sebab bukan ED je yang loya, ada segelintir murid juga yang rasa apa yang ED rasa.

Muntah, perkara yang kadang2 kita tak boleh kawal

Selepas murid tersebut muntah, kawan disebelahnya terus membawa dia ke tandas. Bagus murid2 sekolah ED. ED suka tengok murid2 yang suka tolong-menolong ni. Tak habis lagi, selepas itu, ada seorang lagi murid bangun dan meminta izin keluar mengambil mop untuk membersihkan muntah kawannya itu. Murid yang nak ambil mop tu nakal dalam kelas, tak sangka pulak dia macam tu. Itulah, kadang-kadang orang yang nakal ni masih ada sisi baiknya.

 Kejadian muntah berlaku di kelas yang bertanda petak

Sambung cite lagi, selepas budak yang ambil mop tu kembali ke  dalam kelas, dia pun pergi ke tempat yang ada muntah tu. Lepas tengok muntah tu, dia datang dekat ED dan bagitahu:

"Cikgu saya geli la..."

Huh.. ingatkan dia tak kisah tengok muntah sebab dia yang menawarkan diri untuk mengambil mop dan bersihkan muntah tu. Jangkaan ED meleset. Akhirnya, ED minta bantuan makcik yang sapu sampah kat sekolah untuk membersihkan muntah tersebut. Namun, ED puji juga la sikap berani murid tersebut untuk membantu kawannya walaupun membantu ambil mop sahaja. Hehehe.. Udada Ubabye!


ED: Tolong-menolong budaya kita..

Rabu, 13 April 2011

Murid tercirit dalam kelas..


Hai, hari ini di kelas 5 Delima (kelas ED) berbau busuk. Bukan bau misteri kelas darjah 6 seperti yang sebelum ini. Bau busuk itu datangnya dari seorang murid perempuan kelas ED. Murid tersebut telah tercirit di dalam kelas. Walaupun sudah membersihkan pakaiannya di tandas, namun masih ada lagi sisa-sisanya. Ramai murid-murid lain yang mengadu sesak nafas kesan daripada radiasi bom semulajadi manusia (faham2 sendiri ye..). ED hanya mendiamkan diri dan tidak mahu menjatuhkan air muka murid tersebut. ED pun mengajar la seperti biasa walaupun hidung ini tidak sanggup menerima bau tersebut. ED tidak menyalahkan murid tersebut sebab kalau cirit-birit, memang macam tu. Kadang-kadang di luar kawalan kita.


ED bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi ingin berkongsi kisah haru ED hari ini. Semasa kejadian tersebut, ED memang tabik la pada sikap setia kawan 2 orang kawan murid yang tercirit tadi. Dalam banyak2 aduan bau busuk, hanya 2 orang kawan baik dia sahaja yang senyap dan menjaga air muka kawannya itu. Walaupun mereka duduk berhampiran dengan murid yang berbau itu, tetapi mereka buat seperti biasa sahaja.


Paling mengharukan, selepas habis kelas, 2 orang murid tersebut datang berjumpa ED. Mereka meminta ED mengambil seluar spare dari pejabat untuk diberikan kepada kawannya. Alasan yang 2 murid tadi berikan, "cikgu, seluar "tuuuuttt..." terkena tahi kucing masa pj tadi, bolehkah kami ambilkan seluar spare untuk dia? ED pun terus ambilkan seluar tersebut dan memberikan kepada 2 orang murid tersebut. Di sekolah rendah memang ada simpan seluar spare kalau ada murid yang terberak dalam kelas. Selepas mereka pergi, ED betul2 terharu melihat semangat setia kawan antara mereka. Ini baru namanya sahabat sejati!

Sahabat sejati ialah manusia yang sanggup berkawan tak kira semasa suka ataupun duka. Sahabat sejati juga adalah rakan yang sanggup menutup keaiban rakannya itu. Akhir sekali, sahabat sejati akan terus bersahabat walau apa jua keadaan sekalipun. Udada Ubabye!

ED: Jadikan cerita ini pengajaran ye..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...