Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Khamis, 30 Jun 2011

Polis kena tangkap!


Hai, ingat lagi tak kisah budak yang cakap bapak saya bukan balai polis! ? Hari ini ada sambungan tentang kisah budak tersebut. Semalam budak tersebut tidak datang ke sekolah. Aman kelas kalau budak tu tak datang sebab dia murid paling nakal dalam kelas ED.

Budak tersebut (maaf, nama dirahsiakan)

Hari ini dia datang seperti biasa. Tadi dalam kelas, ramai kawan2 dia cakap, dia tak datang semalam sebab takut kena cek gigi. Kelakar juga dengarnya sebab budak tersebut Halimah versi murid lelaki (lihat video di akhir cerita). Jadi, ED pun panggillah dia untuk mengetahui alasan dia tidak hadir semalam. Nak tahu apa alasan dia? Jom baca dialog di bawah!

ED: Betul ke awak tak datang semalam sebab takut nak cek gigi? (sambil tersenyum)
Murid: Tak betul cikgu....
ED: Habis tu, kenapa tak datang semalam?

Selepas mendengar alasan dia, ED tak boleh tahan.. ED terus ketawa dan menyuruh budak tu kembali ke tempatnya. Hahahaha... Jom la tengok alasan budak tersebut:

Murid: Semalam saya ikut pakcik saya. Pakcik saya tangkap polis cikgu.... Itu sebab saya tak datang semalam.

Hahaha.. Nampak sangat tipunya. Dia teman pakcik dia pergi tangkap polis. Hebatnya zaman sekarang, polis kena tangkap dengan orang ramai pulak erk!! Hahaha.. Sebenarnya, ED tahu maksud budak tu cuma dia tak tahu nak sebut dengan tatabahasa yang betul. Ayat dia betul2 buat ED ceria hari ini. 

Kalau dikaji, budak ni tak sudah2 kisahnya dengan polis. Dulu dia diejek balai polis oleh kawan-kawannya. Sekarang, kisah pakcik dia tangkap polis. Esok lusa entah apa lagi kaitannya dengan polis. Okelah, Udada Sijundai! Ops, silap... Udada Ubabye!! hehe..


Inilah Halimah yang ED maksudkan tadi. Mari berhibur dengan lagu ini! Hehe..

ED: Itulah pentingnya belajar tatabahasa dalam Bahasa Melayu. hahaha...

Ahad, 26 Jun 2011

Kawan makan kawan dalam Drama Annissa TV3.


Hai, hari ini ED nak cerita tentang drama Samarinda yang hangat ditayangkan di TV3, Annissa. ED suka tengok drama ni sebab adegan dalam drama ini sukar untuk dijangka. ED memang suka tengok drama yang banyak unsur2 kejutan macam drama ini. Yang paling penting, mesej dalam drama ini mengajar penonton agar tidak mempercayai kawan 100%. Isu kawan makan kawan diketengahkan dalam drama ini.

 
Annissa, 10.30 malam Selasa hingga Khamis di TV3

Bagi yang tidak tahu, biar ED ceritakan secara ringkas ye. Makna Annissa ialah gabungan nama empat orang sahabat karib dalam sebuah syarikat tekstil iaitu Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sheila (Farahdhiya) dan Sarah (Aida Aris). Banyak konflik yang berlaku kepada Anna apabila dia menyangka Sarah yang telah merampas suaminya padahal Balkis (kawan rapat Anna) yang bermadu dengannya. Selepas itu, Sheila pula menipu Anna dan tergamak menyelewengkan duit syarikat. Sarah yang paling baik dalam drama ini kerana dia tidak ingin berkongsi kedukaannya bersama kawan2. Jom tengok trailer drama ini.


Seperti biasa, ED nak ZZ tentang drama Annissa. Jom!

5 yang Zest!
  1. Gabungan pelakon cantik Fiza, Rozita, Farahdiya dan Aida Aris merupakan daya penarik kepada drama ini.
  2. Banyak konflik dan unsur2 kejutan dalam drama ini.
  3. ED suka opening dan closing drama ini. Kreatif dan lain daripada yang lain.
  4. Drama ini mengajar penonton erti persahabatan yang sejati.
  5. Geram juga bila tengok kawan makan kawan dalam drama ini. Huhu...

2 yang Zrett!!
  1. Asyik gambar tempat yang sama je diselitkan menjadi perantara babak. Ada perasan tak? Ala, gambar pemandangan KL tu..
  2. Kerana bayak iklan, kadang2 drama Annissa over run iaitu habis lambat. Pernah ED perasan, drama ini habis selepas pukul 11.00 malam (kira2 2-3 minit lambat).

Kerana drama ini, lagu Trio 3 Suara (Ning, Jac dan Sheila) semakin dikenali dan diminati ramai. Lagu closing drama ini Beribu Sesalan memang sesuai dengan drama ini. Akhir kata, berhati-hati dalam berkawan. Sahabat sejati tidak terletak pada paras rupa atau hartanya, tetapi ada pada hatinya. Okelah, terimalah video klip Beribu Sesalan dan Udada Ubabye!!


ED: Selamat menonton!

Sabtu, 25 Jun 2011

Murid tahun 1 kena tumbuk didada!


Hai, cerita ini berlaku semalam di sekolah. Semalam, kelas terakhir ED sebelum balik ialah waktu Moral tahun 1. Bila cakap bab murid tahun 1, ada saja gelagatnya. Maklum, namanya pun budak2 lagi. Budak tahun 1 ni memang gemar berlari. Tak kira la nak masuk kelas ke, nak pergi rehat ke, nak pergi tandas ke? Kesimpulannya, ke mana2 saja murid tahun 1 suka berlari.


Lagi satu gelagat murid tahun 1 ni, mereka paling pantang jika berjalan dalam barisan, ada murid yang cuba memotong. Mulalah adegan tumbuk menumbuk dan marah memarahi berlaku. Semalam, ada murid lelaki darjah 1 yang ditumbuk di dada akibat mungkin dia mahu memotong barisan kawannya. Masa tu bukan waktu ED, jadi ED tahu berita tersebut melalui kawan2nya semasa waktu Moral.

Antara murid-murid Moral ED tahun ini
Bila kawan-kawan si mangsa memberitahu ED tentang kejadian tersebut, ED secara automatik tergelak. Hahaha.. Nak tahu kenapa? Jom baca dialog di bawah!

Murid: Cikgu, J (bukan nama sebenar) tak ada dalam kelas. Tadi dia kena tumbuk dekat badan (sambil menunjukkan jari ke bahagian dada).
ED: Siapa tumbuk dia?
Murid: R (bukan nama sebenar)
ED: Mana J sekarang?

Jawapan murid yang ni menyebabkan ED tergelak.. ED tak sengaja nak gelak tapi... jom baca dialog terakhir murid2 ni!

Murid: J ada dalam bilik kaunseling cikgu. Dia tengah berehat sebab dia sakit hati!
Murid-murid lain menyampuk: Betul cikgu, J sakit hati sebab kena tumbuk dekat badan tadi...

Hahaha.. sebenarnya maksud mereka ialah sakit dada, tapi mungkin mereka tak tahu nak sebut. Murid yang bernama J tersebut tidaklah parah mana pun, sebab ED kenal dia siapa. Si J ni memang suka berlakon. ED tak yakin yang si J ni betul2 sakit. 

 Sekadar lawak rekaan..
 
Okelah, ED akhiri catatan hari ini dengan sebuah video klip yang bertajuk Hati Yang Kau Sakiti. Lagu ini ditujukan untuk anda2 yg tengah sakit hati. Hehehe... Udada Ubabye!!


ED: Sakit hati kan bila ada orang yang tidak menghormati kita?

Jumaat, 24 Jun 2011

Mati-mati ingatkan lagu Zizan Raja Lawak!

 Zizan Raja Lawak
Hai, semalam ED ada dengar satu lagu sedih ni. Adik ED kata lagu tu Zizan Raja Lawak yang nyanyi. Bagi ED, lagu tu memang best dan mendayu2. Tapi betul ke Zizan Raja Lawak punya lagu tu? Hari ini, ED nak kan kepastian sama ada betul atau tidak, Zizan Raja Lawak yang nyanyi lagu tu. Bila taip tajuk lagu tu dekat youtube, memang nama penyanyinya Zizan. Mmm, betul kot Zizan yang nyanyi. Tapi bila ED tekan play, rupa-rupanya Zizan lain yang nyanyi. Jom kita lihat video klip tersebut. Lagu dia memang best. Dengar sampai habis eh!


Tajuk lagu tersebut ialah masa lalu. ED rasa, mesti lagu ni akan popular satu masa nanti. Lebih2 lagi ada nama Zizan. Hahaha... Kalau anda buka lagu ini di Youtube, bacalah di ruangan komen. Ramai orang yang tertipu dengan lagu ini. ED pun tertipu. Mati-mati ingatkan Zizan Raja Lawak yang nyanyi. Rupa-rupanya, Zizan adalah nama kumpulan baru dari Indonesia.

 Kumpulan Zizan dari Indonesia

Okelah, kepada peminat rancangan Maharaja Lawak, saksikan kemuncaknya pada malam ini ye.. Udada Ubabye!

ED: Semoga sukses untuk kumpulan Zizan!

Khamis, 23 Jun 2011

Kuih yang menggunakan santan atau kelapa?


Hai, hari ini ED nak kongsi kisah di sekolah. Sebelum rehat pagi tadi, ED ingin menguji minda murid-murid kelas hujung tentang kuih-muih yang menggunakan santan atau kelapa. Murid yang dapat jawab, ED benarkan mereka rehat tepat pada waktunya. Kepada murid yang gagal untuk menjawab, ED keluarkan rehat lambat sikit la (dalam seminit dua je..). Jom tengok gelagat murid2 menjawab soalan ED!

ED: Oke, ada 2 minit lagi sebelum awak semua pergi rehat. Baiklah, semua boleh berdiri di belakang kerusi dan bersedia untuk jawab soalan saya tadi.

Murid-muridpun berdiri di belakang kerusi dan bersedia.

ED: Saya akan tanya seorang demi seorang. Sebutkan 1 jenis kuih yang menggunakan santan atau kelapa?
Murid A: Kuih lapis!
ED: Baiklah awak boleh rehat sekarang. Awak pula?
Murid B: Kuih Koci!
Murid C: Kuih pau kelapa!
Murid D: Kuih pulut serunding!
Murid E: Kuih seri muka!

Murid tak jawab pun kuih ni. Kuih Puteri Ayu juga menggunakan kelapa. ED suka kuih ni. hehe..

Oke, ED cepatkan cerita eh. Akhirnya tinggal 4 orang yang gagal menjawab soalan ED. ED tak berniat untuk menahan mereka untuk rehat lambat, jadi ED longgarkan soalan. Jom tengok kesudahan cerita ini..

ED: Baiklah, sekarang sebutkan masakan yang menggunakan santan?
Murid gagal jawab 1: Kari ayam!
ED: Oke, saya terima jawapan tu. Awak boleh rehat sekarang!
Murid gagal jawab 2: Kari ikan!
ED: Oke, awak boleh rehat sekarang..
Murid gagal jawab 3: Kari daging!
ED: Awak boleh rehat sekarang. Ha, tinggal awak seorang je lagi.. Apa jawapan awak? Kari apa yang awak nak jawab?

Hahaha... ED tak tahu kenapa ED tergelak mendengar jawapan murid yang terakhir tu. Jawapannya tidak la pelik pun. Mungkin dia dah terdesak, tu yang dia bagi jawapan macam tu? Okelah, jom kita lihat jawapan murid terakhir tu. Dengan bersungguh-sungguh, murid itu menjawab:

Murid gagal jawab terakhir: Kari ikan sardin cikgu!

 Sardin Cap Ayam merupakan sardin yang digemari ramai. Masak kari pin sodap!!

Sambil menahan gelak, ED menyuruh murid tersebut keluar berehat. Apa-apapun tahniah untuk mereka kerana berjaya mengingat balik makanan2 yang menggunakan santan. Bila ED teringat balik mimik muka dan gaya percakapan murid terkhir tersebut, ED tersenyum sendiri. Hehehe.. Kari ikan sardin. ED memang tak jangka keluar jawapan tu. Udada Ubabye!!


ED: Lapar pulak bila dengar murid sebut pasal kuih muih tadi.. hehe..



Isnin, 20 Jun 2011

Minyak Shell yang menjimatkan!


Hai, nampak tak logo di atas? Mulai hari ini, ED nak letak slot BiBe (Bijak Belanja) dalam blog EDtv. Tujuannya, ED nak kongsi pengalaman ED berjimat dalam berbelanja. Berjimat-cermatkan amalan mulia. Hehehe.. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca blog ini sampai ke penghujungnya.

Membuka cerita pertama dalam slot BiBe, ED nak cerita tentang minyak petrol yang dapat menjimatkan wang anda. Minggu lepas, ED isi minyak kereta di Shell sebanyak RM20. Alangkah terkejutnya ED apabila minyak kereta ED tahan selama 6 hari. ED isi dari pagi hari Isnin dan mampu bertahan sampai hari Sabtu. ED hanya gunakan kereta Kelisa ED untuk ulang alik ke sekolah kira2 20km dari rumah.

Sebelum ini, ED isi minyak di Esso. Selalunya bila ED isi minyak RM20 pada hari Isnin, minyak kereta ED hanya mampu bertahan sehingga hari Khamis sahaja. Wow, betul2 jimat isi minyak di Shell. Selepas melalui pengalaman tersebut, sekarang ED mengisi minyak di Shell untuk lebih penjimatan. Ops, lupa nak bagi tahu.. ED isi minyak kereta dengan menggunakan petrol RON95 sahaja.


Okelah, kepada pengguna kenderaan yang belum mengisi minyak di Shell, jom kita gunakan minyak petrol Shell untuk lebih penjimatan. ED tidak dibayar untuk catatan ini. Niat ED untuk berkongsi perkara yang baik kepada anda semua. Jimat hari ini, senang di kemudian hari. Udada Ubabye!!

Kenapa Shell jimat? Tengok sendiri iklannya.. Memang betul apa yang diiklankan.


ED: Blog EDtv membantu anda membeli dengan lebih bijak. Hehehe..

Ahad, 19 Jun 2011

Teka-teki sempena Hari Bapa!


Hai, hari ini adalah Hari Bapa. ED ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di dunia. Sempena hari bapa yang jatuh pada hari ini, ED nak ajak anda bermain teka-teki. Kalau nak lebih seronok, anda kena jawab dahulu teka-teki ED di ruangan komen & pendapat, selepas itu baru cek jawapan di ruangan paling bawah sekali. Dah sedia? Mari kita mulakan..

 Tajuk teka-teki: Hadiah isteri untuk si bapa

Alkisah.. Si suami baru balik kerja. Setibanya di rumah, si isteri sudah menunggunya di ruang tamu. Anak mereka sudah tidur di dalam biliknya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Jom kita lihat perbualan si suami dan si isteri!

Isteri: Selamat Hari Bapa, abang!!
Suami: Terima kasih.. Maaf, abang balik lewat hari ini sebab banyak kerja di pejabat.
Isteri: Tak apa, saya faham.. Abang, saya ada hadiah untuk abang.. Jom ikut saya masuk ke bilik.
Suami: Hadiah? Terima kasih. Jom la kalau macam tu.. hehehe..

Si isteri membawa si suami masuk ke dalam bilik. Apabila tiba di dalam bilik, si isteri menutup lampu dan pintu bilik mereka. Selepas itu...

Suami: Aduh, sakitnya!
Isteri: Sabar bang, teruskan..
Suami: Yes! dah berjaya.... Sedapnya!!! Terima kasih sayang..

Okelah, teka-tekinya ialah agak2 anda hadiah apa yang si isteri beri kepada suaminya di dalam bilik? Lucah? Mana ada lucah! Blog EDtv suci dan bebas pornografi tau. ED ulang semula cara nak teka,  sila taip jawapan anda di ruang komen dan pendapat, selepas itu baru cek jawapan di bawah. ED nak tengok juga, apa yang bermain di kotak fikiran anda. Hehehe..

Dah teka dan taip jawapan anda di ruangan komen & pendapat? Okelah, jom kita lihat jawapannya sama-sama.. 

lima..
empat..
tiga..
dua..
satu..


Jawapannya ialah, si isteri menghadiahkan si suami buah durian kerana si suami memang hantu durian. Si isteri sengaja menutup lampu bilik kerana dia ingin memberi kejutan serta cabaran kepada suaminya supaya mengopek durian di dalam gelap. Selepas berjaya mengopek durian, barulah si suami merasa durian tersebut lalu berkata, "sedapnya...!". Hahahaha... jangan marah ye..

 Anda boleh hadiahkan bapa anda durian jika bapa anda suka makan durian..

Hahaha.. maafkan ED kalau anda sakit hati meneka teka-teki ini. Okelah, sesekali bergurau dengan anda, apa salahnya kan? Selamat bergembira di Hari Bapa. Semoga hubungan kekeluargaan anda semakin erat hendaknya. Lain kali kita main teka-teki lagi ye.. Udada Ubabye!!

ED: Selamat Hari Bapa!

Konsert Lafazkan dengan Stail Cornetto di Plaza Angsana.

Pentas konsert Lafazkan dengan Stail Cornetto di Plaza Angsana

Hai, semalam selepas Hari Terbuka, ED telah mengikuti Konsert Lafazkannya dengan Stail Cornetto. Konsert tersebut berlangsung di Plaza Angsana JB. Di konsert tersebut ED dapat jumpa artis2 seperti Stacy, Akim, Kieran dan Suraya (DJ Hot fm) dan Awi Rafael. Oleh kerana ED tak boleh lama2 di konsert tersebut, ED tidak sempat menyaksikan persembahan Tomok dan kumpulan Azlan & The Typewriters. Ini kerana ED ada agenda lain selepas menonton konsert tersebut (rahsia). Takpe la, yang penting ED dapat jumpa Stacy secara live. Terlebih sudah..... Hahaha.

Macam biasa, nak tahu best ke tak konsert Cornetto semalam? ED simpulkan dalam segmen yang diminati ramai, Zest dan Zrett!! Hehehe.. jom!

5 yang Zest!
  1. Persembahan Stacy memang berbaloi untuk sesiapa yang datang. Best tu tengok tarian rancak daripada dia. Hehehe..
  2. DJ Hot fm Kieran dan Suraya berjaya menarik minat penonton dengan cara pengacaraannya yang kelakar.
  3. Penyanyi baru Awi Rafael sangat peramah dengan penonton. Persembahan dia pun best.
  4. Stacy dan Akim memang layak dilantik sebagai duta Cornetto kerana ED lihat memang ada keserasian di antara mereka. Persembahan mereka pun best!
  5. Banyak hadiah eksklusif daripada Cornetto yang diberikan pada petang itu. ED tak dapat pun. Huhu..

5 yang Zrett!!
  1. Dalam iklan, kata konsert mula pukul 2, tetapi konsert yang sebetul-betulnya bermula pada pukul 3.30 petang. Selamat ED bertolak lambat dari rumah. Tak la bosan tunggu lama2...
  2. Konsert pada pukul 3.30 petang menyebabkan semua penonton dibasahi peluh kerana panas.
  3. Tak ramai sangat orang datang. ED dapat tempat di depan juga untuk tengok Stacy.
  4. Banyak juga kelihatan pembalut aiskrim Cornetto di mana2. Ni mesti orang2 yang takde sivik buang sampah merata2.
  5. Ada seorang pakcik yang menggelarkan diri dia Mawi World membuat kecoh di konsert tersebut. ED tengok pakcik tu macam tak betul.
Sekarang, jom lihat gambar2 yang sempat ED tangkap di konsert semalam. 

Persembahan pembukaan oleh duta Cornetto, Stacy dan Akim

Pengacara konsert, Suraya dan Kieran Hot fm.

Seterusnya, persembahan Stacy yang menghiburkan.. Dia nyanyi lagu Kisah Dongeng, Jahat dan lagu baru, Kasanova.

Suraya, Awi Rafael dan Kieran

Awi Rafael dengan lagunya Pulanglah.. Monday!

Selepas itu, Awi menyanyikan lagi Im Yours. Lagu ini menjadi kenangannya semasa menjadi penyanyi jalanan di Australia.

Lihat, aksi bersahaja Suraya, Awi dan Kieran.. Mereka memang sporting!

Sebelum pulang, ED menikmati aiskrim Cornetto Mix Berry..Rasanya masam-masam manis.

Okelah, itu sahaja gambar yang dapat ED kongsi bersama anda. Sebelum pulang ke rumah semalam, ED singgah dahulu di Mydin Bandar Baru Uda. Ada sesuatu yang ED ingin kongsi bersama anda semasa berada di sana. Jom lihat gambar yang sempat ED tangkap semasa di Mydin..

Semalam ada promosi kereta Myvi Baru di hadapan Mydin. Patut la ED nampak ramai orang berkerumun di situ. Apabila ED berjalan menghampiri mereka, ED terkejut kerana.... Lihat gambar di bawah,

Wah, rupa2nya ada Skuad Era Perodua sekali di sana. Apa lagi, ED cepat2 datang menghampiri mereka. hehehe..

Kalau anda nak hadiah daripada mereka, anda kena jawab soalan mudah dan bermain game mudah.. 

Hadiah yang ED dapat semalam daripada Skuad Era Perodua. Dapat susu ibu mengandung, baucar Takasima dan beg guna pakai Perodua.

Alamak, terlebih sudah catatan hari ini. ED akhiri dengan gambar eksklusif Akim dan Stacy di konsert semalam. Panas atau tidak gambar ini, anda nilai sendiri. Udada Ubabye!!

Panas!! Sekali lihat macam mereka nak berpeluk. Tetapi yang sebetulnya, mereka sedang berjalan untuk menukar tempat. Hahaha.. anda sudah terkena Bang bang Boom versi EDtv!

ED: Sabtu yang seronok bagi ED semalam..

Sabtu, 18 Jun 2011

Hari Terbuka yang unik dan kreatif!


Hai, hari ini adalah Hari Terbuka di sekolah ED. Baca tak catatan ED yang bertajuk Alasan murid tidak mahu datang Hari Terbuka? Akhirnya, murid tersebut ikut juga mak dia ambil buku penyata. Bapak dia pun ikut juga tadi. Padan muka dia. Hahaha.. Selepas itu, ada gambar menarik yang ED ingin kongsi bersama anda tentang Hari Terbuka pagi tadi. Jom tengok..


Nampak tak? Ada seorang kawan ED ni unik dan kreatif. Ini gambar kelas kawan ED. Cara dia menarik perhatian ibu bapa datang mengambil buku penyata ke kelasnya ialah dengan meletakkan kad namanya yang besar dan ada sebungkus gula-gula dengan pek yang besar. Gula-gula tersebut juga disajikan sebagai menghargai jasa ibu bapa yang telah mendermakan duit ke dalam tabung keceriaan kelas yang disediakan. Jom kita tengok gambarnya dari dekat...

Dengan meletakkan namanya dengan saiz yang besar, mesti ibu bapa tidak sesat mencari kelas anak mereka (jika ibu bapa tidak ditemani anak mereka). hehehe...

Kreatif kan? Cayalah gang! Kepada guru-guru yang membaca blog ini dan akan mengadakan Hari Terbuka di sekolah, mungkin anda boleh meniru cara ini. Alhamdulillah, pagi tadi Hari Terbuka berjalan lancar. Selepas ini, acara Hari Sukan pulak. Kalau ada cerita menarik lagi, ED akan kongsi lagi eh.. Udada Ubabye!!


ED: Bak kata Cikgu Shida, cikgu mesti kreatif!

Jumaat, 17 Jun 2011

Johor Bahru jam sebab Maharaja Lawak!

Hai, malam ini Maharaja Lawak akan berlangsung di Stadium Tertutup Johor Bahru. Hari ini, ED nak berkongsi dengan anda tentang tamparan hebat yang dicetuskan oleh program Maharaja Lawak. Untuk pengetahuan anda, tiket percuma untuk menyaksikan rancangan tersebut boleh diambil pada pukul 3.00 petang tadi. Tetapi, orang2 JB sudah membanjiri Stadium Tertutup pada pukul 12 tengahari tadi. Bayangkan, jalan ke Pusat Bandar (Stadium Tertutup lokasinya menghala ke Pusat Bandar) sudah jam bermula 12 tengahari tadi.

Stadium Tertutup JB
Tak habis lagi, selepas habis solat Jumaat petang tadi, jalan menghala ke Pusat Bandar betul-betul jam akibat orang2 JB begitu bersemangat untuk mendapatkan tiket masuk. Laporan yang ED perolehi, ramai peminat fanatik Maharaja Lawak tidak kisah disaman kerana meletak kereta di bahu jalan semata-mata untuk mendapatkan tiket masuk. Gila la... Kecoh la hari ini di Johor Bahru dengan fenomena Maharaja Lawak.

Untuk pengetahuan anda, rancangan Maharaja Lawak telah mencetuskan fenomena yang luar biasa di Malaysia. ED nak kongsi dengan anda tentang impak Maharaja Lawak yang melanda masyarakat Malaysia melalui pemerhatian ED.

Tajuk: 5 impak rancangan Maharaja Lawak

  1. Setiap kali siaran Maharaja Lawak selesai, orang2 yang menonton rancangan itu mesti akan bercerita dengan sesiapa sahaja tentang lawak siapa yang paling best.
  2. Dimana2 sahaja orang bercerita tentang Maharaja Lawak, di sekolah, di rumah, di blog. Sampaikan ED pergi kursus pun dengar orang bercerita tentang Maharaja Lawak.
  3. Lawak yang terbaik, pasti akan ditiru dan disebar-sebarkan.
  4. Jalan di Johor Bahru jam hari ini sebab Maharaja Lawak. Ini kisah benar.
  5. Paling ED tak boleh lupa, ada kawan ED yang suka nyanyi lagu dibawah selepas menonton salah satu episod Maharaja Lawak. Dia pun pelik, kenapa mulut dia asyik nyanyi lagu tu. Jom lihat lagu yang kawan ED suka nyanyi tu.. 
 Lagu ini popular selepas Nabil mempersembahkan lawak yang bertajuk GPS. Lihat, betapa besarnya impak rancangan Maharaja Lawak.


Okelah, sekejap lagi anda saksikan sendiri la sambutan penonton2 di JB dalam stadium tertutup tu. Bukan mudah untuk masuk menyaksikan pertandingan lawak yang fenomena tu. Selamat menonton di Astro dan Udada Ubabye!!

Peserta2 Maharaja Lawak

ED: Maharaja Lawak juga dapat disaksikan di Youtube setelah tamat siaran langsungnya di Astro. hehehe..

Khamis, 16 Jun 2011

Apa makna Sijundai? Drama baharu TV3..

Drama Sijundai

Hai, selesai sudah ED menyaksikan drama Ahmad Albob yang punya di TV3. ED suka la lagu Ahmad Albab yang dalam drama tadi? Jom layan dulu lagu Ahmad Albab yang ni..




Bermula Isnin hadapan, TV3 akan menyiarkan drama slot Lagenda yang baharu iaitu Sijundai. Cuba teka, apa makna Sijundai? Oke, biar ED bagitahu ye. Sijundai bermaksud pemujaan kpd benda2 ghaib yg diamalkan di Indonesia. Wah, cerita misteri lagi ni... Sejak kebelakangan ni, ED rasa slot Lagenda TV3 lebih menjurus kepada tema2 alam ghaib. Kenapa erk? Kan dah ada slot Seram untuk drama2 sebegitu rupa. 

 Pelakon-pelakon drama Sijundai
Sumber gambar: facebook klik lagenda SIJUNDAI 

Drama Sijundai akan dibarisi oleh pelakon2 seperti Wan Sharmila, Nabila Huda, Azam Pit, Rozita Che Wan, Rahim Jailani, Rahim Omar, Aida Aris, Faralyna Idris, Tasha Shilla, Shakila Khoriri, Fauzi Qadri dan Azuan Mazlan. Kalau diperhatikan, banyak pelakon hebat yang membintangi drama tersebut. Wan Sharmila sekarang popular dengan watak Yvone (Nora Elena) dan Rozita Che Wan pula popular dengan watak Balkis (Annissa).

Wan Sharmila 

Rozita Che Wan
Okelah, sama-sama kita saksikan drama Sijundai di TV3 bermula 20 Jun ini. Jangan lupa, drama Dewa Chintaku lakonan Fasha Sandha akan ditayangkan pada 20 Jun juga. Terima kasih TV3 kerana banyak memaparkan drama-drama hebat di tahun ini. Udada Ubabye!!


ED: Selamat menonton.

Selasa, 14 Jun 2011

Alasan murid tidak mahu datang Hari Terbuka


Hai, ED nak kongsi cerita di sekolah hari ini. Tadi waktu terakhir, ED mengajar Bahasa Melayu di sebuah kelas hujung. Sambil2 mengajar, ED beritahu murid2 ni bahawa pada hari Sabtu ini ada Hari Terbuka. Jadi, ED suruh murid2 ni beritahu ibu bapa mereka untuk hadir pada hari Sabtu ini. Tiba-tiba.. ada seorang murid perempuan ni mencelah. Nak tahu dia tanya apa? Jom, baca dialog di bawah!

Murid : Cikgu, Sabtu ni kita kena ikut mak kita ambil buku penyata ke?
ED : Ya. Awak kena ikut sekali.
Murid : Kita tak nak ikut mak kita la..
ED : Kenapa?

(bukan ED sahaja yang tertanya2, tapi semua murid dalam kelas tu pelik, kenapa budak ni tak nak ikut mak dia ambil buku penyata. Nak tahu tak, kenapa budak bertuah ni tak nak ikut mak dia ambil buku penyata? teruskan membaca ye..)

Jawapan murid tersebut ialah:

Murid : Kita tak nak ikut mak kita sebab kita nak duduk rumah main i-pad. Best tau main game dekat i-pad.
ED dan kawan2 nya yang lain : Huhhh......
ED : (dalam hati, menyumpah je aku dengar jawapan dia.....) Huhuhu..

Bermain game di i-pad

Selepas dengar jawapan yang tak masuk akal tu, ED teruskan mengajar lagi. Alangkah bagusnya jika murid tersebut pintar seperti gadget pintar tersebut. Main i-pad mahu, pergi hari terbuka tak mahu! Tak faham..... Okelah, ED doakan murid tersebut pandai dalam pelajaran satu hari nanti setelah dia pandai bermain game di i-pad. Semoga anda terhibur dengan cerita ini dan seperti biasa, Udada Ubabye!!

 ED suka main game angry bird sekarang ni. hehehe..


ED: Wah, budak2 sekarang dah layan i-pad pulak...


Isnin, 13 Jun 2011

Nora Elena punya hal

Segmen bersama Ben Ashaari:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...