Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Rabu, 30 November 2011

Slot Azalea, Slot Terbaharu TV3 2012?


Hai, TV3 ada slot baharu untuk drama Melayu. Sebelum ini slot drama Melayu di TV3 seperti Lagenda, Aksi, Lestary, Zehra dan Samarinda. Akan datang, di TV3 ada slot Azalea pulak untuk drama Melayu. ED tak pasti lagi slot Azalea ni untuk drama2 Melayu jenis apa, cuma sumber yang ED dapat ni daripada status facebook salah seorang pelakon kegemaran ED iaitu Eira Syazira. Jom lihat bersama..

Status Eira Syazira di facebook semalam..

Nampak tak? Eira Syazira akan berlakon pulak dalam drama terbaharu iaitu Duhai Bonda untuk siaran TV3 slot Azalea. ED rasa slot Azalea ni akan dilancarkan pada tahun 2012. Agak2, slot Azalea ni akan disiarkan pukul berapa dan hari apa? Sama-sama kita tunggu berita selanjutnya daripada pihak TV3.

Bercakap tentang Eira Syazira, saksikan drama Dingin Lavenda dalam slot Zehra bermula 9 Disember ini di TV3. Okelah, Udada Ubabye!!



ED: EDtv sokong drama tempatan..

Selasa, 29 November 2011

Cinta Elysa ditunda, kemarahan penonton melanda..

Bengang, sedih, kecewa dan geram. Itulah antara perasaan2 penonton setia Cinta Elysa apabila drama tersebut ditunda tayangannya pada malam ini. Ini kerana TV3 memberi laluan kepada Persidangan UMNO 2011. Di facebook, dapat dilihat bahawa kejadian malam ini memberikan impak yang besar kepada penonton setia Cinta Elysa. Ramai yang berdukacita apabila Cinta Elysa tidak disiarkan malam ini. 


Eksklusif, ED siarkan beberapa komen penonton di facebook tetapi di 5 halaman yang berbeza. Jom lihat perasaan penonton setia apabila Cinta Elysa tidak disiarkan malam ini. Klik 2x pada gambar untuk besarkan saiz gambar printscreen di bawah.

1. Halaman Hot fm

 Ramai yang bengang kerana Cinta Elysa tidak ditayangkan dalam zon bengang Hot fm..

2.  Halaman Cinta Elysa

ada yang bersemangat nak tengok, tapi takde pulak tayangannya dengan tiba2..

ada yang sanggup tak keluar makan nak tengok Cinta Elysa tetapi sia-sia je berlapar. hehe..

 lihat komen yang ED petakkan, begitu setianya dia kepada Cinta Elysa.. Kesian kan?

3. Halaman TV3 Malaysia

luahan ikhlas penonton setia Cinta Elysa kepada TV3, baca sendiri di komen yang ED petakkan di atas ye..

4. Halaman Suhan Movies Drama

sedih apabila drama yang ditunggu2, tidak ditayangkan..

5. Facebook sendiri

ye ye ED promote drama ni kat FB, tapi malangnya ditunda.. lihatlah betapa geramnya kawan ED.

Lihatlah penangan Cinta Elysa.. Daripada kejadian ini, kita boleh lihat betapa berpengaruhnya drama ini. Tahniah la kepada warga kerja Cinta Elysa kerana menghasilkan drama yang hebat. Sebenarnya, ED menulis catatan ini kerana ingin melepaskan bengang juga kerana Cinta Elysa tidak ditayangkan malam ini. Huhu.. Okelah, Udada Ubabye!!

 Sebab dah ditunda, episod akhir Cinta Elysa pun dah berganjak ke 13/12/11. Huhu..


ED: Cinta Elysa drama nombor 1 di Malaysia

Johan Asari jadi gila bayang dalam Cinta Elysa episod 12

Hai, ramai yang tak sabar nak tengok Cinta Elysa episod 12 malam ini kan? Maklumlah, minggu hadapan Cinta Elysa dah nak berakhir. Malam nanti, anda dapat saksikan banyak babak Johan Asari (Aril) jadi gila bayang setelah ditinggalkan Elysa (Fasha Sandha). Jom kita saksikan sedikit gambar Johan Asari yang gila bayang tersebut. Sumber gambar Aril dan sedikit sinopsisnya ED perolehi daripada SuhanPost Blogspot.

 Babak Aril yang selalu teringatkan Elysa di rumah sewanya..

 Babak Aril mengeluarkan air matanya kerana teringatkan Elysa

Mungkinkah Aril mencuba menelefon Elysa lagi?

Aril dan Mak Jah membicarakan tentang Elysa..
 
Babak apa pulak ni? Kenapa dengan Aril? Sama-sama saksikan Cinta Elysa episod separuh akhir malam ini.

Selepas habis episod malam ini, tinggal 1 episod lagi pada minggu hadapan. Semestinya episod akhir Cinta Elysa dinanti-nantikan oleh penonton setianya termasuk ED sendiri. Untuk pengetahuan anda, ED belum ketahui lagi drama baharu yang akan menyusul selepas Cinta Elysa. Kalau ED dah tahu, semestinya ED akan berkongsi dengan anda. Udada Ubabye!! 



ED: Selamat menonton!

Isnin, 28 November 2011

Karma, Drama Terhebat Penutup 2011 di TV9.

Hai, selepas drama hebat Tahajjud Cinta, Eirma Fatima menghasilkan lagi karya hebat bertajuk Karma. Bezanya, drama Karma akan ditayangkan di TV9 mulai 8.30 malam ini. Fauziah Ghous sekali lagi menjadi watak utama dalam drama arahan Eirma Fatima selepas Tahajjud Cinta. Kali ini Fauziah Ghous akan bergandingan dengan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Ziela Jalil selaku teraju utama. Antara pelakon lain ialah Azlee Khairi, Aaron Aziz dan Sharifah Aleya.

 Barisan pelakon hebat membintangi Karma

Drama ini dijamin hebat kerana mengisahkan tentang isu poligami yang penuh konflik antara Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Tun Sri Fahrul Sani), Ziela Jalil (Waheeda) dan Fauziah Ghous (Karmila). Pertemuan singkat antara Karmila 23 tahun seorang pelakun popular dan Tan Sri Fahrul Sani 64 tahun seorang ahli politik telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda isteri pertamanya. Sinopsis selebihnya baca di sini.

 Fauziah Ghous merupakan madu kepada Ziela Jalil dalam Karma.

Ziela Jalil dalam Malaysia Hari Ini (TV3) pagi tadi memberitahu bahawa dia akan dibenci penonton dalam drama Karma. Ini kerana dia akan membawa watak sejahat jahat manusia dalam drama ini. Banyak kekejaman manusia dipaparkan dalam drama ini agar menjadi tauladan kepada penonton. Nak tahu kehebatan drama ini, jom tonton Karma setiap Isnin dan Selasa 8.30 malam di TV9. Alamak, hari Selasa susah sikit nak tengok sebab ada Cinta Elysa di TV3. Hehe.. Udada Ubabye!!

 Lihat promo ni, best kan drama Karma?


ED: Selamat menonton..

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Alhamdulillah. Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam ke 1433 Hijrah kepada semua umat Islam. Semoga tahun baharu ini akan lebih baik lagi untuk kehidupan kita.


Sempena tahun baharu ini, EDtv akan berwajah baharu tidak lama lagi. Maklumlah, bulan hadapan dah nak masuk setahun ED dalam dunia blogger ni. Nantikan wajah baharu EDtv yang masih mengekalkan konsep yang sama. Tahun baharu, azam baharu dan blog EDtv akan berwajah baharu. Udada Ubabye!!

Akan datang... warna hijau menjadi tema EDtv.

ED: Alhamdulillah.

Sabtu, 26 November 2011

Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 : Jangan pertikaikan Najwa Latif!

Hai, selepas menonton Separuh Akhir Muzik-Muzik 26, ED mesti nak update kat blog ini. Seperti pertandingan separuh akhir semalam, ramai penonton yang masih tidak berpuas hati tentang Top 5. Macam biasa, lagu2 yang dijangka hebat seperti Pokok dan Bagaikan Bidadari gagal mara ke Top 5. Jom lihat 5 lagu lagi yang dipilih sebagai Top 5 semalam.

Project Pistol - Wanita Seluruh Dunia
Aizat - Sungai Lui
Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda
Hazama - Cinta Teragung
Najwa Latif - Cinta Muka Buku

 Najwa Latif Cinta Muku Buku

Dalam halaman facebook Muzik Muzik 26, artis yang paling banyak kena hentam semalam adalah Najwa Latif. Ramai yang tidak berpuas hati kerana lagunya dipilih menjadi Top 5. Menurut pendapat ED, lagu Najwa Latif layak dipilih menjadi Top 5 kerana melodinya yang "catchy" dan liriknya yang kreatif.  Lagunya juga bertemakan tentang facebook yang menjadi gaya hidup terkini. Paling ED suka bahagian liriknya yang berbunyi
 
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
 
Nampak tak? ED rasa lirik lagu Cinta Muku Buku mudah difahami dan memang berjiwa keremajaan. Tak kira komposer baru atau lama, kalau berbakat dan menghasilkan karya luar biasa, sesiapa sahaja layak untuk berada di pentas AJL. Jadi, ED merayu kepada anda, jangan pertikaikan lagi Najwa Latif kerana dia merupakan bintang muda berbakat hebat. 
 
 Najwa Latif berduet dengan Greyson Chance dalam AIM tempohari. Mereka merupakan artis Youtube.

Sekarang, jom lihat komen2 penonton tentang Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 pusingan kedua semalam.
 
Ramai yang mengharapkan Tomok masuk dalam Top 5

Masih ada lagi yang memperkatakan tentang Stacy

Pengaruh Stacy masih ada lagi..

Lagu pokok yang dijangka terpilih akhirnya gagal..

Minggu lepas Stacy tak terpilih, semalam Meet Uncle Hussein pulak..

Komen2 bengang penonton..

Luahan hati seorang penonton..

ED pun tak sokong lagu project pistol terpilih semalam.. pelik!

Okelah, ED masih berharap agar Stacy terpilih minggu hadapan dalam finalis Anugerah Juara Lagu 26. ED rasa ramai penonton juga yang masih berharap agar lagu Kisah Dongeng mara ke AJL. ED tak kisah lagu mana2 yang ke peringkat akhir, asalkan lagu Kisah Dongeng bertanding sekali. Udada Ubabye!!



ED: Lagu Cinta Muka Buku ada potensi untuk menang besar dalam AJL tahun depan..

Jumaat, 25 November 2011

Koleksi Kisah ED di Sekolah sepanjang 2011

Assalammualaikum. Hari ini adalah hari terakhir bekerja bagi ED untuk sesi 2011. Bagi anda yang tak tahu, cikgu2 biasanya akan mula bercuti sekolah lewat seminggu dan akan naik ke sekolah pula awal seminggu. Pada waktu tersebut, guru2 akan bermesyuarat. Alhamdulillah, selesai juga sesi persekolahan 2011. 


Slot ED & Sekolah tidak ada pada musim cuti sekolah nanti. Ini kerana ED hanya memaparkan kisah2 menarik yang berlaku sepanjang sesi persekolahan dalam slot tersebut. InsyaAllah, naik sekolah tahun depan, jika ada kisah2 menarik lagi di sekolah, ED akan kongsi bersama anda. Bagi anda yang terlepas membaca kisah2 ED di sekolah pada tahun ini (khususnya pembaca baharu), hari ini ED nak imbas balik kisah2 menarik ED di sekolah. Klik la mana2 kisah yang anda suka ye.. 

1. Tugas2 ED di sekolah sepanjang sesi 2011
2. Kisah murid darjah 1 mengamuk di bilik guru kerana Spiderman
3. Terjah facebook murid2 yang lucah
4. Misteri Kelas Berbau
5. Cerita yang pelik dalam Karangan BM
6. Bapak Saya Bukan Balai Polis (kisah best!)
7. Murid tercirit dalam kelas
8. Murid termuntah dalam kelas
9. Kad Hari Guru Terlampau
10. Diari Murid Lelaki Terlampau
11. Kisah Kelakar Semasa Hari Guru..
12. Luahan Cinta Monyet di Facebook
13. Kisah hari pertama sesi kedua di sekolah
14. Alasan murid tidak mahu datang ke Hari Terbuka
15. Kisah santan kelapa
16. Murid tahun 1 kena tumbuk di dada
17. Polis kena tangkap?
18. Kisah simpulan bahasa "alas perut"
19. Pelacur?
20. Murid suka main ejek-ejek..
21. Kad Raya yang mengharukan..
22. Murid bertengkar di atas kertas
23. Kantoi, murid perempuan bawa mercun!
24. Bapak saya bukan kurma!
25: Kasanova murid darjah 1
26. Dasar aparteid!
27. Oh, 5 Mutiaraku...
28. Kantoi, diari cinta murid perempuan pulak..
29. Gelagat murid tahun 1 dalam exam akhir tahun..
30. Mimpi haiwan laut..
31. Panas: Murid dakwa diraba


Okelah, selamat membaca. Selamat bercuti juga kepada guru2 dan anda yang terlibat. ED akhiri catatan hari ini dengan kisah yang paling ED suka sepanjang 2011 ini. Nak tahu? sila klik pautan di bawah nanti ye. Udada Ubabye!!



ED: anda paling suka cerita yang mana?

Khamis, 24 November 2011

Tayong Dalawa, alasan nak balik kerja cepat..

Hai, kenapa ED seringkali nak balik ke rumah cepat setelah selesai waktu bekerja? Ramai kawan-kawan sekolah ED yang perasan dengan perangai ED sejak dah nak mula cuti sekolah. Hari ini, ED nak bagitahu jawapannya. Sebenarnya, ED nak balik cepat sebab nak tengok drama Filipina "Tayong Dalawa". 

 Tayong Dalawa, setiap Isnin hingga Jumaat di TV5 Singapura

Drama tersebut ditayangkan di Saluran 5 Singapura pukul 2.00 petang. Walaupun ED tidak mengikuti drama ini dari awal, tapi ED boleh faham jalan ceritanya. Hehe.. Drama tersebut merupakan tayangan ulangan di saluran yang sama. ED baru tahu semenjak dua menjak ni, yang drama ni best. Sebelum ini, drama tersebut ditayangkan pada 31 Ogos 2011 pukul 7.00 malam.

Makna Tayong Dalawa ialah 2 diantara Kita. Tayangan pertama drama ini pada 31 Ogos 2011 jam 7 malam.

Apa yang best sangat drama Tayong Dalawa ini? ED beri 5 sebab, kenapa ED suka tengok drama ini.

 5 yang Zest!
  1. Jalan ceritanya best, mengisahkan tentang 2 orang kembar lelaki yang berebut cinta seorang wanita.
  2. Banyak konflik, setiap episodnya ada sahaja babak2 baru yang menyebabkan penonton ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.
  3. Banyak juga babak kekejaman dan air mata yang mengusik hati penonton..
  4. Waktu tayangannya pukul 2 petang, sesuai untuk ED berehat sambil menonton TV setelah penat bekerja.
  5. Drama tersebut dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat. Lakonan mereka seakan-akan menjadikan drama tersebut macam kisah benar.
 Barisan pelakon, Jake Cuenca, Kim Chiu dan Gerald Anderson

1 yang Zrett!!
  1. Drama ini pernah ditayangkan di Astro juga sebelum ini. Kenapa TV3 tak ambil drama ini? Huhu.. ED takde Astro.

Esok, hari terakhir sekolah (mesyuarat guru) bagi sesi 2011. Selepas ini, ED boleh tengok drama ini di waktu cuti sekolah dengan tenang. Tak perlu lagi kelam-kabut nak terkejar-kejar tengok drama ini. Hehe.. ED dan TV tidak dapat dipisahkan. Itulah perangai ED dari sekolah rendah sehingga dah bekerja. Okelah, ED akhiri dengan lagu tema Tayong Dalawa yang semakin sebati dengan halwa telinga ED. Udada Ubabye!!


Maklumat lanjut tentang drama ini, anda boleh klik di wikipedia.


ED: Bersyukur di JB banyak dapat siaran TV.

Rabu, 23 November 2011

Gambar Fasha Sandha dan Nora Danish bertelekung.

 Fasha Sandha dan Nora Danish 

MasyaAllah, cantiknya Fasha Sandha dan Nora Danish bertelekung. Hai, kalau anda menonton drama Tentang Dhia dan Cinta Elysa semalam, ada babak Nora Danish dan Fasha Sandha bertelekung. Perasan tak? Sebab ED terkesan dengan babak mereka bertelekung semalam, hari ini ED nak kongsikan gambar2 mereka bertelekung di blog EDtv. Jom kita lihat dahulu keayuan wajah Nora Danish bila bertelekung dalam drama Tentang Dhia semalam.

 ED suka shot yang ini.. kreatif.

Nora Danish bertelekung

 Babak Dhia yang tidak khusyuk solat dalam Tentang Dhia semalam

Sekarang, jom kita lihat gambar Fasha Sandha bertelekung pulak dalam drama Cinta Elysa semalam. 

 
Babak Elysa berdoa selepas solat dalam Cinta Elysa semalam

 Fasha Sandha bertelekung

 Lakonan Fasha Sandha memang terbaik kalau bawa watak alim-alim ni..

Banyak blog2 hiburan suka memaparkan gambar2 seksi Fasha Sandha dan Nora Danish. Hari ini, ED paparkan gambar mereka yang bertelekung. Suka tak? Itulah kelainan blog EDtv. Hehe.. Okelah, setakat ini dahulu untuk hari ini. Udada Ubabye!!

Fasha Sandha dan Nora Danish sering dikaitkan dengan imej yang seksi.




ED: Yang baik, EDtv sebar-sebarkan...

Selasa, 22 November 2011

Tarikh Episod Akhir Cinta Elysa

Hai, malam ini Cinta Elysa akan masuk ke episod 11. Tahukah anda, drama Cinta Elysa ini semakin hampir ke kemuncaknya. Jom saksikan tarikh episod akhir Cinta Elysa melalui gambar di bawah ini.

 Cinta Elysa hanya 13 episod sahaja

Selepas episod malam nanti, tinggal 2 episod sahaja lagi drama Cinta Elysa. Teruskan menonton drama yang mencatatkan rating tertinggi ini ye. Nak tahu drama baharu apa yang akan menggantikan Cinta Elysa & apa yang Zest & Zrett tentang drama Cinta Elysa? ED akan umumkan dalam catatan yang lain ye. Teruskan bersama blog EDtv. Udada Ubabye!!

Sinopsis Cinta Elysa episod 11: Klik di sini.


ED: Rasa cepat masa berlalu..

Jom cari kucing tersembunyi!

Hai, hari ini hari Selasa. Pertama sekali, ED nak mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia kerana menjadi johan pingat emas di Sukan SEA semalam. ED yakin semua penonton berdebar-debar menyaksikan perlawanan semalam kan? Tutup cerita pasal bola, jom ke topik blog hari ini iaitu "jom cari kucing ED yang tersembunyi". Lihat gambar di bawah, dan dapatkah anda mencari di mana kucing ED?

 Gambar A. Di mana kucing ED?

Jumpa tak? Gambar di atas ialah pemandangan pokok bakau di belakang rumah ED. Nak tahu di mana kucing ED berada? Jom lihat gambar yang ED bulatkan di bawah.

Gambar B. Itulah kucing ED (dalam bulatan)

Ha, sekarang ED nak beritahu anda kisah kucing ED yang berada tinggi di atas pokok semalam. Semalam, kucing ED tersebut bersiar-siar ke hutan. Tiba-tiba air pasang naik dan kucing ED terperangkap di atas tanah tinggi yang dikelilingi air pasang. Selepas beberapa minit, seluruh keluarga ED terkejut apabila mendapati kucing ED sudah berada tinggi di atas pokok.

Lihatlah betapa tingginya kedudukan kucing ED..

Sedikit kisah misteri di sini, kucing ED tersebut tidak turun2 dari pagi sampai ke malam. Maaf la, ED tak boleh panjat pokok bakau yang tinggi tersebut sebab anda lihat sendirilah kan keadaannya. Apakah kucing ED dapat diselamatkan setelah sehari suntuk di atas pokok dan peristiwa pelik apa yang berlaku semalam? Jawapannya selepas gambar di bawah ini..

 Pada waktu petang, kucing ED sempat tidur manja lagi di atas pokok

Peristiwa pelik pertama, sebenarnya kucing betina ED yang berada di atas pokok tu sedang bunting. Larat pulak kucing tersebut panjat pokok tinggi2. Peristiwa pelik yang kedua, akhirnya kucing ED balik ke sendiri ke rumah tepat pukul 12 malam selepas perlawanan bola sepak berakhir di TV3. Alhamdulillah, kucing ED selamat.

 
Lupa nak kenalkan, nama kucing ED ialah Fifi.

Misteri atau tidak, yang penting Fifi sudah selamat. Risau juga dibuatnya semalam sebab sehari suntuk Fifi di atas pokok. Okelah, ED nak bermain dengan Fifi. Udada Ubabye!!



ED: Sayangi kucing anda! Hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...