label

AKAN DATANG

1 2 3 4 5 6TERUSKAN BERSAMA BLOG EDtv

ANDA PENGUNJUNG KE

Ahad, 11 Mac 2012

Jalan-Jalan Cari Makan TV3 musim baharu, penonton mahukan pengacara lama.

Hai, mulai minggu lepas rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3 telah masuk musim baharu. Banyak pembaharuan besar yang dilakukan seperti montaj baharu, logo baharu, format penyampaian yang baharu dan 2 orang pengacara baharu iaitu Iqbal Mazlan dan Shiha. Malang sekali, 2 orang pengacara baharu tersebut gagal menambat hati penonton setia JJCM. Ramai yang inginkan Qi kembali mengacarakan rancangan tersebut. Tahniah Qi kerana telah memberikan impak besar kepada rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

 Menurut Qi dalam Harian Metro, dia tidak menjadi pengacara JJCM lagi kerana sudah tiba masanya JJCM memberi laluan kepada pengacara baharu.

Berikut adalah komen2 penonton di Facebook TV3 Malaysia pada tengahari tadi. Yang kelakarnya, walaupun pihak TV3 tidak post status tentang rancangan JJCM hari ini, penonton2 cuba memberi komen di status yang lain. Ini menunjukkan para penonton memang tidak serasi dengan pengacara baharu yang dikatakan over.


 
 Petikan daripada Facebook TV3 Malaysia. Banyak lagi komen2 penonton di Facebook JJCM 2012.

Sampai bila isu ini akan berlarutan? Apa kata kita beri peluang lagi kepada Shiha dan Iqbal. Tahun ini, banyak betul pengacara TV3 yang kena kritik seperti Fara Fauzana (Nona), Chad (Muzik-Muzik 27), Dira Abu Zahar (Melodi) dan yang terbaharu Shiha dan Iqbal. Okelah, kesimpulannya, jika anda tak suka, tak payah tengok ye. Udada Ubabye!!



ED: Semalam, ramai yang rindukan Norzie dalam Majalah 3.

2 ulasan:

  1. saya baru tgk tadi jjcm ni..alamak..mmg tak menarik la...tak rasa terliur lngsung tgk dorang mkn..tak mcm yg sebelujm2 ni..mmg pasni saya pun tak rasa tertarik nk tgk lagi jjcm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, sebab sebelum ini penonton sudah serasi dengan konsep lama rancangan ini yg santai dan bersahaja.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...