label

ANDA PENGUNJUNG KE

Khamis, 1 Mac 2012

Jom kenal, Shah Iskandar Atas Nama Cinta TV3

 Shah Iskandar

Hai, ED tak sangka Shah Iskandar pelakon dari Singapura ini dapat memegang watak utama dalam drama terhebat TV3 Atas Nama Cinta. Dalam segmen Jom Kenal, jom kita kenali serba sedikit tentang Shah Iskandar yang memegang watak Epul atau Ghaz ini.


Nama sebenar dia ialah Shah Iskandar Mahfuz. Berusia 29 tahun.  Tarikh lahirnya 1 Mei 1982. Sekarang ini, dia masih belajar lagi dalam bidang perfileman di Ngee Ann Polytechnic. Dia ni lahir daripada Anugerah Skrin 2006 iaitu rancangan yang mencari pengacara dan pelakon di Singapura. ED tengok rancangan tu. Walaupun dia bukan juara, namun bintangnya bersinar di Singapura dan Malaysia.

 Shah Iskandar sebagai Ghaz atau Saiful dalam Atas Nama Cinta TV3.

Di Singapura, Shah Iskandar aktif menjadi model, pelakon dan pengacara. Paling best, dia menjadi pengacara yang melibatkan penggambaran di luar negara seperti di Sepanyol dan yang terbaru di China. Drama terakhir yang ED lihat dia di Singapura ialah Di Pinggir Hati, Kisah Di Turki. Untung dapat kerja di luar negara.

 Shah Iskandar di Turki

Dia memulakan kerjayanya di Malaysia dengan membintangi drama Gerak Khas. ED rasa, mungkin Dato Yusof Haslam berkenan dengan Shah Iskandar semasa Dato Yusof Haslam menjadi juri dalam pertandingan Anugerah Skrin yang Shah sertai pada tahun 2006. 

Sebagai Inspektor Hisyam dalam Drama Gerak Khas

Okelah, semoga berjaya untuk Shah Iskandar! ED rasa selepas ini, mesti dia akan dapat banyak tawaran berlakon di Malaysia. Dia juga dikatakan bakal mengikut jejak langkah Aaron Aziz dan Adi Putra (Sumber: Harian Metro). Udada Ubabye!!

Sumber Gambar: Shah Iskandar Fan Page


Teruskan menonton drama terhebat, Atas Nama Cinta TV3.


ED: suka tengok drama Atas Nama Cinta.

2 ulasan:

  1. ..singaporean punya actor mostly muka 'manly' and kemelayuan....klu kat M'sia..nak yg jambu je... citt! jasli lah..jaszle lah...puzzle lah.. kekekekeke!
    *pengsan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelakon singapura yg berlakon di malaysia setakat ini semuanya yg ada rupa..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...