label

AKAN DATANG

1 2 3 4 5 6TERUSKAN BERSAMA BLOG EDtv

ANDA PENGUNJUNG KE

Khamis, 10 Mei 2012

Murid perempuan buka seluar .... ?

Hai, hari ini ED nak kongsi cerita di sekolah. Begini kisahnya, apabila ED masuk ke kelas Moral pagi tadi, ada seorang murid yang tak sabar2 nak beritahu apa yang terjadi di dalam kelas Moral semalam. Semalam ED tiada di sekolah kerana ED terlibat menjadi guru pengiring ke Karnival Bahasa Melayu


Apa cerita yang ingin disampaikan oleh murid tersebut? Penting sangat ke? Jom, ikuti dialog di bawah ini.

Murid: Cikgu, saya ada 1 cerita.

ED: Cerita apa?

Murid: Semalam masa cikgu tak ada, "tuutt.." (murid perempuan) dia buka spender dia dan masukkan ke dalam beg dia. Lepas itu, dia tunjukkan spender dia pada budak lelaki.

ED: Ish, betul ke? (susah nak percaya cerita murid tersebut)

Murid-murid lain: Betul cikgu!

ED tak puas hati dan terus bertanya kepada murid perempuan yang didakwa tersebut. Agak2 anda cerita di atas betul atau rekaan? Jom kita siasat!

ED: "Tuutt..", betul ke awak buat macam tu?

Murid Tuutt..: A,a cikgu (menundukkan mukanya)

ED: Kenapa awak buat macam tu?

Apa kejadahnya murid perempuan darjah 3 berkelakuan sebegitu rupa? Agak2 anda apa alasan dia? Jom ikuti kesudahan cerita ini.

Murid Tuutt..: Semalam, ada cikgu tak bagi saya pergi tandas. Saya tak tahan cikgu.

ED: Awak terkencing dalam seluar ke?

Murid Tuutt..: (hanya terdiam sahaja)

Mungkin benar, semalam murid tu terkencing dalam seluar. Kalau terberak, mesti murid2 ni dah mengadu bau busuk. Adoi, pertama kali ED dengar cerita selekeh macam tu. Yang murid perempuan tu pun satu, buat apalah dia nak tunjukkan seluar kecik dia pada budak lelaki lain? Diam-diam dah la.. Okelah, ED akhiri dengan satu soalan lagi bersama murid2 dalam kelas ED.

ED: Semalam "tuutt.." pakai pakaian sukan atau baju sekolah (baju pinafore)?

Murid-murid: Dia pakai baju sekolah cikgu. 

Wah, semalam keadaan murid perempuan tu memang bahaya. Kalau dia leka sekejap, boleh kecoh satu sekolah. Anda fikir sendiri ye. Udada Ubabye!!

 Gambar hiasan. Jangan meniru cerita yang dipaparkan hari ini.





ED: Suka betul murid2 Moral bercerita dengan ED. Hehehe..

2 ulasan:

  1. haih. budak2 ni satu.yg cikgu tu plak nape x bg pergi toilet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak ni memang suka pergi toilet, mungkin cikgu tu tak percaya dekat dia..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...