label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 10 Julai 2012

Hafil Andrio Putra, pelakon drama Kau Yang Terindah dari Indonesia.

 Hafil Andrio Putra, Neelofa dan Nazim Othman

Hai, ED nak update tentang drama terbaharu slot Akasia TV3, Kau Yang Terindah. Drama yang akan menggantikan drama Dejavu di Kinabalu ini akan dibintangi oleh seorang pelakon dari Indonesia iaitu Hafil Andrio Putra. Hafil Andrio Putra akan menjadi pelakon utama bersama Neelofa dan Nazim Othman. 

 
 Hafil Andrio Putra dalam Kau Yang Terindah

ED sempat menebual ringkas Hafil Andrio Putra di Twitter. Menurutnya, dia gembira dapat berlakon di Malaysia dan bersyukur dapat berlakon di Mekah. Oh lupa, drama Kau Yang Terindah ini mula menjalankan penggambaran di Mekah pada 7 Julai. Neelofa, Nazim dan Hafil menunaikan umrah sekaligus di Mekah. Alang2 menyelam, minum air sekali di sana.

 Neelofa dan Nazim semasa umrah di Mekah

Sama2 kita nantikan drama Kau Yang Terindah mulai Ogos nanti di TV3. ED akhiri dengan bukti temubual ED bersama Hafil Andrio Putra di Twitter. Udada Ubabye!!

Hafil Andrio Putra berterima kasih kepada orang2 di Malaysia.

Respons Hafil kepada ED semasa shooting di Mekah.




ED: Eirma Fatima (pengarah) suka buat penggambaran drama di Mekah..

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...