label

ANDA PENGUNJUNG KE

Isnin, 24 September 2012

Sinopsis drama Julia, Slot Akasia TV3

Hai, bermula petang ini, drama Julia akan bersiaran dalam slot Akasia TV3. Anda dah tahu belum jalan ceritanya? ED dah tahu sikit-sikit je.. Kalau anda nak tahu tentang apa yang ED tahu tentang drama ini, baca sinopis ringkasnya di bawah ini..

Poster drama Julia.

Sinopsis Julia TV3

Mengisahkan tentang Amer (Fizo Omar) yang menaruh hati kepada Sofea (Izreen Azminda) tetapi Sofea menolak cinta Amer. Selepas itu, Amer rapat dengan Julia pulak. Mulalah babak cinta Julia dan Amer. Julia sanggup berkorban demi cintanya kepada Amer tetapi Amer terlalu sibuk dengan kerja dan mementingkan harta sahaja. Julia mula tawar hati dengan Amer dan akhirnya mereka berpisah. Selepas Julia berkahwin dengan orang lain, Amer berasa menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh mencintai Julia. Nanti, Julia juga akan menyesal kerana telah meninggalkan Amer? Lupa, sebelumnya juga, Sofea akan menyesal sebab menolak cinta Amer. Ramai yang menyesal kerana melepaskan cinta orang yang mencintai mereka... Sebab tu tagline drama ini, "Andainya Aku Mampu Memutar Waktu". 

Bagaimana? Menarik bukan? Sama-sama kita saksikan perjalanan kisah cinta Julia dan Amer dalam drama ini. Adakah mereka akan bersatu akhirnya kerana cinta sejati? Tonton sendiri dalam slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!




2 ulasan:

  1. baru nak tengok julia.tapi dah tafaham tengok separuh jalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak susah nak faham kalau tengok separuh jalan drama ni.. Sebab endingnya nanti akibat tindakan masa lalu Julia..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...