label

ANDA PENGUNJUNG KE

Rabu, 31 Oktober 2012

Cerekarama Rebah Taubat, akan datang di TV3

Hai, ada telemovie best akan datang dalam slot Cerekarama TV3 sempena Awal Muharam. Tajuknya Rebah Taubat lakonan Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad dan adik Asya. 

Sharnaaz dan Nabila Huda. Daripada tajuk dan gambar di atas, mungkin anda boleh jangka sinopsis telemovie ini.

Shila, adik Asya dan Sharnaaz. Maaf, Shila tidak berlakon dalam drama ini. Sekadar menemani Sharnaaz sahaja..

Nabila Huda sebagai Wati, wanita murahan.. Adakah Wati sempat bertaubat dalam rebahnya? Saksikan telemovie Rebah Taubat, akan datang di TV3..

Sinopsis

Kepulangan Normah setelah dua tahun menghilangkan diri akhirnya disambut dengan sindirian tajam oleh suaminya, Halim. Kehilangan Normah dahulu kerana mengejar kemewahan bersama teman lelakinya meninggalkan luka yang dalam buat Halim. Tidak semudah itu untuk Halim memaaf dan menerima Normah semula. Sepanjang ditinggalkan, Halim bersusah payah menjaga anak-anak mereka, Iffan dan Aina dalam serba kekurangan dengan gaji sebagai pekerja kilang dan menyewa rumah di pinggir Kuala Lumpur. Walaupun hidup susah, Halim tidak pernah berniat untuk berkahwin lain. Tambahan lagi Normah belum diceraikan ketika itu. Halim mahu membuktikan kepada Normah bahawa dia boleh menguruskan anak-anak tanpa menikmati kehidupan mewah seperti mana yang ingin dikecapi Normah.(Sumber: Oh Bulan)

Dalam drama Julia mungkin anda menyukai Nabila Huda, tetapi dalam Rebah Taubat, mungkin anda akan membenci Nabila Huda. Penasaran? Nantikan telemovie tersebut ye.. Okelah, saksikan telemovie Rebah Taubat yang akan disiarkan pada 15 November 10 malam di TV3. Udada Ubabye!!




ED: Banyak telemovie menarik yang akan ditayangkan dalam slot Cerekarama di penghujung tahun 2012 ini

4 ulasan:

  1. assalamualaikum ed...best2 la drama dr TV3 ni kena tunggu siaran nyer la...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam kak... teruskan menunggu ye.. hehe

      Padam
  2. ey,, nak tanye sikit boleh?

    ape tajuk lagu kat drama ne e?
    nak download lah, tapi tak tau tajuk die..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, ED tak sempat tengok telemovie ni..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...