label

ANDA PENGUNJUNG KE

Khamis, 11 Oktober 2012

Jom kenali Afiq Muiz, pelakon utama Mimpi Cinderella TV3

Hai, hari ini ED nak ajak anda mengenali pelakon lelaki utama drama Mimpi Cinderella di TV3. Eksklusifnya, ED menemubual sendiri pelakon dan model tersebut di Twitter. Hasil daripada temubual tersebut, ada satu perkara yang tidak betul mengenai dirinya yang perlu anda tahu. Jom, kita kenali Afiq Muiz, pelakon utama drama Mimpi Cinderella TV3.

 Afiq Muiz lebih dikenali sebagai model sebelum ini

Nama sebenarnya, Muhammad Afiq Muiz Bin Azman Shah berumur 20 tahun. Dia dilahirkan di Kelantan pada 1 Mei 1992. Anak kedua daripada empat beradik ini menyambung pengajian di Aswara dalam peringkat sijil seni lakon. Dia kacukan Pakistan daripada ayahnya dan Melayu daripada ibunya.

 Wajahnya mesra kamera..

Di blog2 dan media cetak menyatakan bahawa Afiq Muiz mempunyai pertalian saudara dengan Edika Yusof (pelakon filem Maria Mariana tahun 1996). Ini kerana wajahnya mempunyai kemiripan dengan Edika Yusof. Namun, hasil temubual semalam, Afiq Muiz menegaskan bahawa dia tidak ada pertalian saudara langsung dengan pelakon tahun 90 an itu. Jadi, kenyataan di media2 massa sebelum ini adalah tidak benar.

Edika Yusof. Afiq Muiz tiada hubungan saudara dengannya..

 Bukti mesej Afiq Muiz kepada ED di Twitter semalam..

Kerap dilihat sebagai model, adakah kerjaya lakonan hanya part time sahaja? Jawabnya, model dan pelakon adalah kerjaya sepenuh masanya. Menurutnya, ibunya banyak memberi dorongan dan bersusah payah terhadap kerjayanya. Jika dilihat pada fizikalnya, susah untuk percaya yang dia ni baru 20 tahun. Menurut Afiq, dia bersyukur dengan apa yang Allah bagi kepadanya. Itu adalah anugerah, ada kelebihan dan ada kelemahan.

 Afiq Muiz dalam Mimpi Cinderella TV3. Like facebooknya di sini.
Sumber gambar: Hazel N Art Studio

Okelah, saksikan kemunculannya dalam drama Mimpi Cinderella pada episod keempat nanti. Terima kasih Afiq Muiz atas keramahannya membalas Twitter ED semalam. Udada Ubabye!!

 Segmen Jom Kenal EDtv..




ED: Afiq Muiz follow EDtv di Twitter..

10 ulasan:

  1. Salam, saya baru terbaca blog ni. Pada pandangan saya wajah pelakon ni juga mirip penyayi Ibnor Riza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam jauh beza je... tapi takpe.. sekadar pandangan kan?

      Padam
  2. Mirip Ashraf Muslim + Remy Ishak.....heheheh
    http://ohkenangan.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Aiyooyo perlukah macam ibnor riza...kalu macam remy ishak boleh je diterima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la, pelik juga.. hahaha..

      Padam
  4. hensem oo...tp sama sgt muka dia ngan pelakon mria mariana tu...:)

    BalasPadam
  5. mula2 ingatkan umur 25 rupa2nya 20 tahun!! hnsome plk tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...