label

ANDA PENGUNJUNG KE

Rabu, 21 November 2012

Kembara di Air Terjun Titi Hayun, Yan Kedah

Hai, ED nak kongsi lagi kisah percutian ED minggu lepas. Di Kedah, ED telah menginap di chalet Air Terjun Titi Hayun Yan Kedah. Terima kasih kepada pengantin Syida kerana menyediakan penginapan kami. Dah sampai di air terjun, mesti nak mengembara keindahannya kan? Jom kembara bersama ED melihat keindahan alam di Air Terjun Titi Hayun Yan Kedah.

Air Terjun Titi Hayun. Nak pergi ke air terjun, mesti lalu jambatan gantung ni..

Ini jambatan gantungnya..

Inilah chalet penginapan kami.. Ada aircond di dalamnya..

Pagi-pagi lagi ED dah pergi ke air terjun. Muka pun masih mengantuk lagi.. Tapi takpe, tengok kehijauan alam, mesti segar nanti.. Hehe..

Panorama di tingkat bawah air terjun..

Indah dan menenangkan..

ED tak mandi pun cuma nak main air je di sini.. Hehe..

Sejuknya air di sini..

Ada Air Terjun Puteri Mandi di tingkat atas.. ED tak sempat nak pergi..

Jika anda perasan, ED seorang sahaja yang pergi ke sini. Kawan2 ED yang lain tak berpeluang pergi ke sini atas sebab2 tertentu..

Bagaimana? Best kan? Ada lagi persinggahan ED semasa berada di Yan Kedah. Nak tahu? Teruskan membaca blog EDtv. Udada Ubabye!!




ED: Walaupun pergi seorang diri, best jugak.. Hehe..

4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...