label

ANDA PENGUNJUNG KE

Sabtu, 24 November 2012

Sedapnya Mi Sedaap Kari!

Hai, malam ini teringin makan mi segera. Jadi menu ED untuk malam ini ialah Mi Sedaap Kari. Sebab apa Mi Sedaap Kari? Sebabnya ED terpengaruh dengan iklan di TV Indonesia. Hehe.. Anda dah cuba belum? Kalau belum cuba dan nak tahu bagaimana rasanya? Lihat gambar2 di bawah ini..

Beginilah rupa bungkusan Mi Sedaap Kari..

Beginilah rupanya setelah dimasak. Nampak macam mi rebus kan? Disertakan dengan bawang goreng sekali.

Mmmm.. Rasanya berbeza dengan Maggi Kari. Rasa karinya tidak pedas dan kuahnya memang pekat. Jadi, untuk lebih pedas, ED tambahkan hirisan cili padi.

Mi segera paling popular masa ED di zaman universiti dulu. Jika lapar waktu tengah malam, mi segeralah jawapannya. ED rasa sampai sekarang pun, ramai pelajar asrama atau universiti yang mempunyai stok mi segera. Betul tak? ED pun sama juga dulu.. Hehe.. Okelah, ED akhiri dengan iklan Mi Sedaap yang mempengaruhi ED malam ini. Udada Ubabye!!

 Suka tengok iklan ni..




ED: Waktu U dulu, ED suka Mi Sedaap Goreng...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...