label

AKAN DATANG

1 2 3 4 5 6TERUSKAN BERSAMA BLOG EDtv

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 27 November 2012

Telenovela Filipina terbaharu, Legacy di TV3

Hai, mulai 5 Disember ini, anda dapat saksikan drama Filipina terbaharu dalam slot Telenovela TV3. Tajuknya Legacy. Drama Legacy ini baru ditayangkan di Filipina pada tahun ini juga. TV3 semakin pantas menayangkan drama2 Filipina terbaharu yang semakin diminati di Malaysia. Jom tengok sedikit sinopsisnya di bawah ini.


Barisan pelakon Legacy. Perempuan dari kiri atas, Lovi Poe, Heart Evangelista dan di bawahnya, Alessandra De Rossi. Merekalah yang akan bersaing mendapatkan Legacy.

Sinopsis Legacy:

Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan tentang perebutan kuasa di antara 3 beradik Alcantara di Perbadanan Legacy. 

Cerita ini bermula apabila waris tunggal Legacy Corporation, Cesar Alcantara jatuh cinta dengan pekerja kilang rendah bernama Isabel Calcetas. Bapanya Don Romualdo Alcantara, menghalang Cesar berhubungan dengan Isabel dan sebaliknya memaksa dia untuk berkahwin dengan Eva, seorang anak perempuan hartawan perbankan yang meminjamkan mereka wang untuk menyelamatkan Perbadanan Legacy daripada muflis. Tetapi Cesar bingung, dia amat cinta dengan Isabel. Cesar serius dengannya dan dia bersedia untuk berjuang untuk cinta mereka. Tetapi segalanya berubah apabila Eva memberitahu kepadanya bahawa dia hamil dan anak tersebut adalah anak Cesar. Sebenarnya, Eva hanya berpura-pura, kerana dia tidak boleh mengandung kerana masalah ovari. Bermulalah segala konflik dan kekejaman dalam drama ini.

Drama Filipina ini dibarisi oleh pelakon hebat dan cantik iaitu Heart Evangelista, Lovi Poe dan Alessandra De Rosi. Sama-sama kita saksikan drama yang penuh dengan konflik dan air mata di TV3. Udada Ubabye!!





ED: Slot Telenovela 3 petang di TV3..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...