label

ANDA PENGUNJUNG KE

Khamis, 29 November 2012

Ya, drama Setia Hujung Nyawa TV3 diadaptasi daripada novel karya Fatin Nabila!

Ryzal Jaafar sebagai Zakuan dalam Setia Hujung Nyawa.

Hai, semalam ada pembaca yang bertanyakan ED tentang drama Setia Hujung Nyawa TV3 diadaptasi daripada novel Setia Hujung Nyawa ke? Semalam ED telah bertanyakan kepada pelakon Ryzal Jaafar di Twitter tentang persoalan tersebut. Lihat jawapannya melalui gambar di bawah ini..


Jawapannya ya, drama tersebut adaptasi daripada novel Setia Hujung Nyawa karya nukilan Fatin Nabila. Jom review sedikit sinopsis novel tersebut..

Novel Setia Hujung Nyawa.

Sinopsis novel Setia Hujung Nyawa:

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Menarik bukan jalan ceritanya? Biasanya drama TV3 yang diadaptasi daripada novel akan diubahsuai jalan ceritanya. Jadi, drama Setia Hujung Nyawa ini mungkin sama atau mungkin juga boleh berubah jalan ceritanya daripada novel asal. Itulah yang dinamakan adaptasi longgar. Okelah, nantikan kemunculan drama Setia Hujung Nyawa terbitan Suhan Movies pada bulan hadapan di slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!




ED: Pembaca novel ini, mesti tak sabar nak tengok kan?

12 ulasan:

  1. ooh, terima kasih ED :) patutlh tengk pelakon drama Setia Hujung Nyawa ni dh boleh rsa adaptasi. memang sesuai plakon dlm drama ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ED tak tahu pun sebab ED tak baca novel.. huhu..

      Padam
  2. novel ni baru juga keluar dah buat drama.. thump up kak fatin nabila.. inshaaAllah akn tonton

    BalasPadam
  3. wah,bestnye. Xsbr nk 2nggu tayangan drama ni kat tv. sbnrnya da lama nk cr nvel ni,tp xdpt. Tgk2 dah ada drama adaptasinya.. Xdpt bc novel,dpt tgk cetanya pun da kira ok. Hehe.

    BalasPadam
  4. singgah sini...setia hujung nyawa novel dan drama 22 best !

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...