label

ANDA PENGUNJUNG KE

Isnin, 10 Disember 2012

Blog EDtv, blog rasmi drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi akan datang di TV3

Hai, ED ada sesuatu nak beritahu anda. Alhamdulillah, blog EDtv dipercayai oleh penerbit drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi untuk menyiarkan segala info dan gambar2 berkenaan drama tersebut. Gara2 ED update blog tentang drama ini sebelum ini (klik sini), telah menyebabkan Abang Haji Fadzil Teh penerbit Zeel Productions bersedia untuk memberikan ED maklumat2 tentang drama ini. Bagaimana caranya? Abang Fadzil telah meninggalkan pesanan di peti mesej facebook EDtv seterusnya memberikan nombor telefonnya kepada ED agar maklumat2 terkini dapat disampaikan secara cepat melalui whatsapp. Tak sangkanya...

Abang Haji Fadzil Teh, Penerbit Zeel Productions.

Untuk makluman anda, drama tersebut dijangka menjadi drama terhebat TV3 pada tahun hadapan kerana membariskan pelakon2 terhebat seperti Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Aiman Hakim Ridza, Fouziah Ghous, Dato Rahim Razali, Lydiawati, Kismah Johar, Ridz Amin, Hairi Safwan dan Syatilla Melvin. Selain itu, lokasi penggambaran di Abu Dhabi merupakan revolusi drama tempatan yang semakin berkembang.

Akan datang dalam Slot Akasia TV3 2013..

Kos projek drama ini hampir mencecah 1 juta ringgit. Hebat tak? Hehe.. Maklumat ini ED perolehi sendiri daripada penerbit drama ini, Abang Haji Fadzil Teh daripada Zeel Production. Menurutnya, untuk projek drama ini, dia akan buat sehabis baik untuk meletakkan Zeel Productions di tahap yang paling tinggi dalam industri penerbitan drama di Malaysia. Patutlah drama tersebut kelihatan eksklusif dan berkualiti tinggi. Nantikan update2 seterusnya di blog EDtv ye kerana blog EDtv merupakan blog rasmi untuk drama terhebat Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Udada Ubabye!!




ED: Semalam Abang Fadzil jemput ED ke pelancaran drama ini tahun depan.. Wawawa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...