label

AKAN DATANG

1 2 3 4 5 6TERUSKAN BERSAMA BLOG EDtv

ANDA PENGUNJUNG KE

Ahad, 23 Disember 2012

Drama Dalam Setiap Sujudnya menggantikan Terlanjur Cinta, Slot Ratu TV9

Hai, sebelum ini ED pernah memberitahu anda, bahawa drama terbaharu yang akan menggantikan drama Terlanjur Cinta dalam Slot Ratu TV9 adalah drama Dalam Setiap Sujudnya. Klik sini untuk baca catatan tersebut. Hari ini ED nak update sedikit info tentang drama Dalam Setiap Sujudnya.  Inilah antara pelakon yang akan membintangi drama tersebut..

 Keith Foo dan Nur Fathia.

Siapa Keith Foo ni? Dia seorang pelakon dan model Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia. Sebut nama Keith Foo di Indonesia, semua orang tahu. Rasanya, ini kali pertama dia muncul dalam drama TV9.
Sumber gambar: Twitter Jalena Rejab.

Drama ini akan ditayangkan bermula 8 Januari 2013. Penggambaran drama ini ada dilakukan di Indonesia. InsyaAllah, selepas drama ini berakhir, barulah drama Cinta Jangan Pergi akan ditayangkan. Okelah, setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!




ED: Untung jadi pelakon dan krew drama, dapat pergi luar negeri.. Hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...