label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 4 Disember 2012

Kasihan, 15 jam kerja, gaji sehari RM4.50!

Hai, ED nak kongsi dengan anda tentang sebuah rancangan TV ni. Tengah hari tadi, ED ada tertengok dokumentari tentang pencuci baju di India. Mereka mencuci baju menggunakan tangan di Mumbai India. Nama tempat kerja mereka adalah Mahalaxmi Dhobi Ghat. Daripada mencuci hingga menyeterika, mereka menggunakan cara lama. Semuanya menggunakan tangan dan bermandikan keringat.

Beginilah cara mereka mencuci baju menggunakan tangan..

Apa yang menyentuh hati ED, bila ada seorang pekerja ditemuramah tentang gaji dan masa bekerja. Alangkah kasihannya apabila pekerja itu menjawab, dia masuk kerja dari pukul 4 pagi hingga 9 malam dan gaji seharinya sekitar RM4.50. Tapak tangan mereka putih mengelupas akibat bekerja sedemikian rupa. Kasihan kan? Mereka terpaksa bekerja keras kerana kesempitan hidup dan kurangnya peluang pekerjaan. Huhu.. Kalau anda nak lihat gambar2 bagaimana keadaan pekerjaan mereka, klik video di bawah ini. Udada Ubabye!!

Sanggupkah anda? Ini bukan rancangan yg ED tengok tadi tapi kandungan video ni seakan2 sama dengan rancangan TV tersebut.



ED: Susah kita, masih ada yang susah daripada kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...