label

ANDA PENGUNJUNG KE

MACAM SITI SALEHA JE..

Selasa, 18 Disember 2012

Sinopsis drama Cinta Qaseh, Slot Lestary TV3!

Hai, ED nak buat pembetulan tentang drama Monumen Cinta Qaseh yang akan tayang tahun depan telah ditukar tajuknya menjadi Cinta Qaseh sahaja. Drama tersebut akan bersiaran pada 1 Januari 2013 dalam Slot Lestary TV3.

Pelakon utamanya, Adi Putra, Wawa Zainal dan Shahrizal.

Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan tentang perjuangan cinta tiga segi diantara Arash, Qaseh dan Wahyu. Arash dan Qaseh bertemu di Taj Mahal ketika masing-masing masih bergelar pelajar dan terpaksa berpisah sebelum sempat meluahkan perasaan. Setahun kemudian, Arash telah terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital. Sekali lagi, takdir telah menemukan mereka berdua. Kali ini Arash sebagai pesakit yang sedang koma dan Qaseh sebagai doktor pelatih. 

Qaseh yang pada waktu itu telah bertunang dengan Wahyu mula terkenang akan perasaannya terhadap Arash. Namun sebagai doktor, Qaseh tahu dia perlu bersikap profesional. Sejurus selepas lafaz nikah diantara Wahyu dan Qaseh diakadkan, Arash mula sedar dari koma. Di hospital, Arash dan Qaseh mula rapat dan keakraban mereka dapat dihidu oleh suami Qaseh iaitu Wahyu. Disinilah bermulanya pergolakan cinta tiga segi diantara mereka yang membawa mereka semula ke Taj Mahal, Agra India.

Bagaimana? Menarik bukan? Sama-sama kita saksikan drama Cinta Qaseh mulai 1 Januari 2013, 9.00 malam di TV3. ED akhiri dengan trailer drama ini. Udada Ubabye!!






ED: Terbaik!!

8 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...