Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Selasa, 31 Januari 2012

Sah, pemenang AJL telah ditentukan melalui 80% penjurian awal.

Hai, semalam ED ada menulis tentang Betul ke? Sebenarnya AJL sudah ada pemenang sebelum pertandingan bermula? Bagi anda yang terlepas untuk membacanya, boleh klik di sini.


Hari ini, ED nak mengesahkan bahawa persoalan semalam sememangnya benar bahawa pemenang AJL telah ditentukan melalui 80% penjurian awal dan 20% melalui persembahan akhir para finalis. Pengesahan tersebut ED perolehi daripada laman web Gua. Klik di sini untuk cerita selengkapnya.

Kesimpulannya, walau sehebat mana persembahan finalis pada malam tersebut, pemenang telah pun ditentukan. Jadi, tak perlu komen lebih2. Ini catatan terakhir ED untuk topik AJL 26. Udada Ubabye!!


ED: 4 Februari 2012, bermulanya Muzik Muzik 27

Isnin, 30 Januari 2012

Betul ke? Sebenarnya AJL sudah ada pemenang sebelum pertandingan?

Hafiz, Awan Nano, Juara Lagu ke 26

Hai, cerita ini dah lama ED dengar tapi entah la.. Ada sumber2 terdekat memberitahu ED sebelum ini bahawa sebenarnya Anugerah Juara Lagu sudah diketahui pemenangnya melalui penilaian juri sebelum pertandingan. Tak silap, 80% penilaian berdasarkan pendengaran juri terhadap lagu2 yang tersenarai dalam AJL. 20% lagi penilaian kepada persembahan dan vokal penyanyi semasa pertandingan. Sebab itu ada hadiah untuk persembahan dan vokal terbaik. 

Para pemenang AJL 26

Jadi, janganlah kita pertikaikan kedudukan para pemenang dalam pertandingan tersebut walaupun penyanyi pujaan anda telah melakukan persembahan sehabis baik. Semuanya telah ditentukan sebelum pertandingan lagi.

Sedikit corat-coret AJL 26 semalam ada dalam segmen Zest & Zrett!!

AJL 26

5 yang Zest!
  1. Pentas AJL spektakular! Ada air menitis2 dari atas pentas.
  2. Walaupun berdua, pengacara Cheryl dan Faizal Ismail berjaya menghidupkan suasana AJL.
  3. Alyah memang layak dapat persembahan terbaik. Kejutan sungguh apabila Remy Ishak hadir di akhir persembahannya.
  4. Keputusan pemenang semalam seperti yang dijangka ramai.
  5. Paling disukai ramai, iklan singkat. hehe..
5 yang Zrett!!
  1. Najwa Latif terkejar2 bernyanyi kerana melodi lagunya dicepatkan.
  2. Aizat, penonton confused nak tengok dia nyanyi atau nak tengok lukisan pasir dibelakangnya?
  3. Opening dan persembahan selingan kurang menarik bagi ED.
  4. Penonton di rumah tidak diberitahu siapa pemenang Tiru Gaya Artis?
  5. Tiada persembahan yang menggunakan penari yang ramai lagi seperti Noraniza Idris. Macam tak meriah la..
Ramai yang menjangkakan lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry akan menang sebab sebelum ini lagu tersebut menjadi lagu terbaik dalam AIM

Okelah, ED akhiri dengan keputusan AJL 26 semalam. Sengaja ED letak di akhir catatan sebab anda memang dah tahu kan? Udada Ubabye!!

Juara Lagu: Awan Nano, Hafiz
Kedua: Beribu Sesalan, 3 Suara
Ketiga: Karma, Faizal Tahir
Vokal Terbaik: Hafiz, Awan Nano
Persembahan Terbaik: Alyah, Kisah Hati

Persembahan Terbaik, Alyah..


ED: Akan datang, Anugerah Bintang Popular pulak di TV3.

Ahad, 29 Januari 2012

AJL 26, persembahan Faizal Tahir dijangka memukau penonton!

Faizal Tahir dan bandnya

Hai, malam ini akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 26. ED suka la buat catatan tentang AJL ni. Dulu di sekolah dan universitipun, bila AJL dah nak dekat, ED suka berborak dgn kawan2 pasal ni. Okelah, berbalik pasal tajuk hari ini, malam ini mungkin semua mata akan tertuju pada persembahan Faizal Tahir. Kenapa? Jawapannya ada di perenggan seterusnya..

Suasana semasa raptai persembahan Faizal Tahir semalam. 

Menurut salah seorang krew AJL 26 berkata, persembahan yang paling sukar mereka nak uruskan malam ini ialah Faizal Tahir. Ini kerana ada beberapa kelainan yang ingin ditampilkan dan idea persembahannya agak luar biasa untuk dilaksanakan. Daripada komen krew tersebut di Malaysia Hari Ini pada Jumaat lalu, ED dapat bayangkan persembahan Faizal Tahir mesti tidak mengecewakan seperti pertandingan2 lepas. Mungkinkah Dato Siti Nurhaliza akan mengiringi persembahan Faizal Tahir malam ini? Kita tunggu dan lihat nanti.

AJL 26, 9 malam ini di TV3

Bercakap tentang ramalan Juara Lagu malam ini, kalau anda tanya ED, ED akan pilih lagu Kisah Hati nyanyian Alyah sebagai juara kerana melodi dan liriknya yang puitis. Lagu karya Manusia Putih itu juga mempunyai aura dan kualitinya yang tersendiri. Malam ini, komposer Manusia Putih akan hadir ke AJL dan sekaligus mendedahkan siapa dirinya yang sebenar. Okelah, semoga Juara Lagu malam ini bebas kontroversi dan berjalan dengan lancar. Udada Ubabye!!

Alyah, dia paling menyerlah dalam promo AJL 26. 



ED: Selamat menonton!

Sabtu, 28 Januari 2012

Berapa kos untuk pentas AJL 26?

Pentas AJL 26

Hai, cantik kan pentas AJL 26 di atas? Bertemakan air, elemen alunan air dan warna air digunakan pada pentas ini. ED suka tengok reka hias pentas dalam sesuatu anugerah berprestij seperti ini. Di rancangan Malaysia Hari Ini pagi semalam ada menyatakan tentang kos persiapan pentas megah ini. Anda dah tahu belum? Kos pentas AJL 26 ialah kira-kira RM170 000. Ianya lebih murah jika dibandingkan dengan kos pentas AJL 25 iaitu sebanyak RM 200 000. Saiz pentas AJL 26 kali ini juga lebih kecil saiznya berbanding pentas AJL 25 yang berkonsepkan pemetaan muzik.

Okelah, pukul 9 malam esok anda akan menyaksikan pentas ini berfungsi secara langsung di TV3. Sama2 kita saksikan ye.. Udada Ubabye!!


ED: suka tengok pentas..

Jumaat, 27 Januari 2012

Kisah laptop rosak..

Assalammualaikum. Sempat juga ED update blog malam ini. Nak bagitahu, laptop ED rosak.  Huhu..  Ini pun ED guna laptop adik untuk update blog. Semalam, ED dah hantar laptop ED ke UTM Skudai untuk dibaikpulih. Dijangka hari ini siap, tapi InsyaAllah siap esok. Kenapa? Ada ceritanya.. 

Laptop ED sejak 2 hari lepas susah nak keluar windows. Kalau on, ambil masa sejam lebih untuk keluar windows. Semalam, laptop ED semakin parah. Hampir 3 jam baru keluar windows. Itu yang ED ambil keputusan untuk format laptop tu sebab ED rasa mungkin ada virus liar yang sedang menyerang laptop ED.

Petang tadi, orang yang betulkan laptop ED telefon. ED ingatkan laptop dah siap dan boleh di ambil hari ini. Tetapi lain jadinya. Dia kata laptop ED baru keluar windows petang tadi setelah dari semalam dia on laptop ED. Dia pelik, kenapa laptop ED jadi macam tu? ED tergelak seketika membayangkan orang tersebut berusaha dari petang semalam hingga ke petang tadi untuk menghidupkan windows laptop ED. Alhamdulillah, setelah laptop ED keluar windows petang tadi, laptop ED dapat diformat. InsyaAllah, pagi esok ED boleh ambil semula laptop ED. 

Hari ini tiada gambar atau hiburan yang ED sertakan sebagai tanda laptop ED tengah rosak. Kepada anda semua, doakan laptop ED sembuh dan dapat berbakti kepada ED lagi. Sekian dahulu, Udada Ubabye!!


ED: Saya sayang laptop saya...

Khamis, 26 Januari 2012

Pertandingan Video Tiru Gaya Artis AJL 26, Cikgu Shida VS Che' Gu Man?

Hai, bahang AJL 26 semakin dirasai. Anda ingat lagi tak, TV3 telah mengadakan pertandingan video tiru gaya artis sempena anugerah berprestij tersebut? 


Apa yang ED nak kongsi hari ini ialah antara finalis Top 10 yang terpilih dalam video tersebut terdiri daripada 2 orang cikgu sekolah rendah. 2 orang cikgu tersebut pernah disiarkan ceritanya dalam blog EDtv. Cuba teka? Ya, betul.. Cikgu Shida dan Sir Man (kini dikenali sebagai Che' Gu Man) telah tersenarai dalam 10 calon akhir pertandingan tersebut.

Terlepas baca kisah Sir Man dan Cikgu Shida sebelum ini? Klik di sini.

Dalam pertandingan video tersebut, Cikgu Shida telah meniru gaya Ana Rafali, Tolong Ingatkan Aku manakala Sir Man meniru gaya Alyah, Kisah Hati. Jom kita lihat video Cikgu Shida dan Sir Man dalam pertandingan tersebut.

 Klik sini untuk lihat secara laju video mereka serta 8 lagi finalis yang lain. Video yang ED tanda "paling mirip" tu adalah video pilihan ED. hehe..

Adakah mereka akan menang? Keputusannya akan diumumkan pada malam AJL 26 nanti. Undian telah ditutup. Pemenang bagi pertandingan tiru gaya artis adalah berdasarkan undian online 30%, undian sms 30% dan undian juri 40%. Sama2 kita nantikan. Udada Ubabye!!


ED: Cikgu serba boleh..

Rabu, 25 Januari 2012

Selak Raja Lawak 6 suka blog EDtv di facebook?

Kumpulan Selak Raja Lawak 6

Hai, semalam bila ED cek makluman di halaman facebook EDtv, ED terkejut kerana orang yang like halaman EDtv bernama Selak Raja Lawak. Maaf, ED tiada Astro di rumah, jadi ED tak kenal pun siapa Selak ni. Bila ED explore di internet, Selak ni merupakan kumpulan yang bertanding dalam pentas Raja Lawak 6. Macam tak percaya pulak kumpulan Selak Raja Lawak 6 like EDtv di facebook. Hehe..

 Petikan dari halaman facebook EDtv

Betul ke pemilik akaun facebook tersebut milik kumpulan Selak Raja Lawak? Jom kita siasat..

 Facebook Selak Raja Lawak. Klik sini.

Ini akaun facebook Selak Raja Lawak. Ada rupa pemilik akaun facebook tersebut. Anda kenal ke? Yang pasti, di bawah gambar tersebut  ada halaman rasmi Selak Raja Lawak. Siapa pun dia, terima kasih ED ucapkan. Anda yang lain jangan berkecil hati, ED ucapkan terima kasih juga kerana like page EDtv di facebook.

Kepada anda yang ingin mengenali kumpulan Selak Raja Lawak 6 lebih dekat lagi, anda boleh kenali mereka serta like facebook rasmi mereka di sini. Sokong mereka sekali ye.. Akhir kata, selamat berjaya untuk kumpulan Selak yang berasal dari Johor Bahru. Udada Ubabye!!


ED: Maaf, ED tak tengok Raja Lawak.. huhu..

Selasa, 24 Januari 2012

Murid bertarung nyawa ke sekolah dengan berpaut di jambatan runtuh

Kisah benar di Indonesia, anda berani tak pergi ke sekolah dengan cara seperti ini?

Hai, hari ini ED terpanggil untuk berkongsi sebuah kisah yang berlaku di Indonesia pada minggu lepas. Kagum dan simpati, itulah yang ED rasakan apabila ED melihat kisah ini di saluran TV Indonesia. Kisahnya tentang murid2 sekolah rendah yang terpaksa berpaut dan menggunakan jambatan yang runtuh untuk ke sekolah. Jambatan tersebut runtuh kerana banjir besar yang melanda. Lokasinya di Banten, Jawa Barat Indonesia.


ED memang kagum melihat semangat murid2 di sana untuk pergi ke sekolah. Mereka sanggup bertarung nyawa untuk mendapatkan pendidikan. Jom lihat beberapa gambar yang dapat membuatkan kita insaf dan bersyukur sebagai rakyat Malaysia yang diberikan kemudahan dalam sektor pendidikan.

Murid perempuan dan lelaki sama sahaja keberaniannya menggunakan jambatan runtuh ini ke sekolah

Besar juga luahan sungai yang terpaksa mereka seberangi. Bayangkan kalau mereka terjatuh di tengah sungai.. Ngeri kan?

Keadaan jambatan yang berlubang dan miring ke tepi.

Walau apapun yang terjadi, bagi mereka pendidikan adalah nombor 1. Kesukaran untuk bersekolah di sana telah menyebabkan mereka menghargai masa persekolahan mereka.

Sumber gambar: Yahoo Indonesia

Bagaimana? Anda kagum tak melihat keberanian murid2 tersebut untuk ke sekolah? Pengajarannya, kita mesti bersyukur dan jangan ponteng kelas, kuliah atau kerja untuk hal2 yang remeh temeh. Ingat, kalau kita susah, di luar sana ada orang yang lebih susah daripada kita. Udada Ubabye!!



ED: Salah satu alasan murid ED tak datang sekolah ialah hari hujan..

Isnin, 23 Januari 2012

Tarikh Episod Akhir Drama Gemersik Kalbu TV3

Hai, Gong Xi Fa Cai! Selamat bercuti semua sempena Tahun Baru Cina. Selamat Tahun Baru Cina kepada penganut agama Buddha yang merayakannya pada hari ini. Istimewa hari ini, ED nak beritahu anda tentang tarikh episod akhir drama Gemersik Kalbu di TV3. Banyak lagi ke episodnya? Jom lihat gambar di bawah..

Jika tiada pindaan, drama ini akan berakhir pada 14 Februari nanti. Drama ini hanya 26 episod sahaja.

Drama ini pada mulanya dikritik hebat oleh segelintir penonton kerana jalan ceritanya tidak sehebat drama Tentang Dhia. Tetapi kebelakangan ini, ramai yang sudah mula meminati drama ini. Ramai yang suka babak percintaan Suffian (Aqasha) kepada Raihana (Ayu Raudhah). Minggu ini, anda mesti tengok drama ini kerana..

Ada babak pernikahan antara Suffian dan Raihana.

Adakah pernikahan terpaksa ini akan mengubah perasaan Ana kepada Suffian?

Paling ED nak tengok, rahsia apa yang disimpan oleh ibu dan bapa Ana sehinggakan dia dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.

ED bukan kaki novel. Jadi ED tak tahu jalan cerita drama Gemersik Kalbu ni. Yang pasti, ED minat drama ini sejak episod pertamanya lagi. Okelah, sampai di sini dahulu catatan ED sempena Gong Xi Fa Cai. Teruskan bersama blog EDtv untuk update2 drama2 pilihan ED. Udada Ubabye!

 Promo Gemersik Kalbu tayangan minggu ini


ED: Jom makan kuih nagasari sempena tahun naga ini. haha..

Ahad, 22 Januari 2012

Drama Nilapura berakhir, Apa Celop! menyusul di TV3

Hai, hari ini ED nak bagi tahu tentang drama baharu slot Aksi TV3 yang akan menggantikan drama Nilapura. Anda dah tahu belum? ED baru tahu sebentar tadi melalui status facebook Wan Sharmila. Drama baharu tersebut tajuknya Apa Celop! Semestinya dibintangi oleh Wan Sharmila dan pasangannya dalam drama ini ialah Kamal Adli. Sumber cerita dan sumber gambar ED perolehi daripada facebook Wan Sharmila.

 
Kamal Adli dan Wan Sharmila

Apa Celop! drama aksi komedi ini dijadualkan akan menemui anda pada bulan hadapan. Kalau tiada pindaan, drama ini akan ditayangkan pada 20 Februari nanti.

 Salah satu babak dalam drama Apa Celop!

Berkenaan drama Nilapura. drama tersebut dijadualkan tamat pada 13 Februari nanti. Akhirnya, dah nak habis drama epik tu. Maaf la, ED tak tengok drama Nilapura sebab jalan ceritanya tak masuk dalam jiwa la. Hehe.. ED rasa, mungkin anda pun sama kot.. Okelah, nantikan drama baharu Apa Celop! yang akan menggantikan drama Nilapura di TV3. Udada Ubabye!! 


 Nilapura episod akhir, 13 Februari ini..


ED: Selamat menonton!

Sabtu, 21 Januari 2012

11 Fakta menarik AJL 26!


 
Logo Anugerah Juara Lagu 26

Hai, dah lama ED tak bersembang sumbang dengan anda. Hari ini ED nak bersembang dan menyumbangkan cerita tentang Anugerah Juara Lagu ke 26. Tahukah anda, banyak angka 2 yang terdapat dalam rancangan AJL 26? Jom ikuti fakta menarik angka 2 yang terdapat dalam AJL 26 nanti.

 Tajuk: Angka 2 dalam AJL 26!
  1. AJL 26 akan berlangsung pada 29 Januari 2012.
  2. 12 lagu akan bertanding dalam AJL 26.
  3. 2 pengacara sahaja dalam AJL pada tahun ini iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
  4. 2 Trio telah berjaya mara ke AJL iaitu 3 Suara dan Ana Raffali, Suhaimi Meor Hassan dan Altimet.
  5. 2 lagu Yuna berjaya ke AJL iaitu Penakut dan Gadis Semasa.
  6. Jaclyn Victor juga akan membuat 2 kali persembahan menerusi lagu Beribu Sesalan dan Sedetik Lebih.
  7. Kali ke2 Alyah, dan Ana Raffali merasai pentas AJL.
  8. Tema Air dipilih dalam AJL 26. Nama saintifik bagi air ialah H2O.
  9. Monoloque dan Atilia merupakan satu-satunya finalis yang akan membuat persembahan secara ber2.
  10. 2 lagu yang disukai ramai dalam AJL ialah Beribu Sesalan dan Kisah Hati.
  11.  2 lagu yang tidak digemari ramai dalam AJL 26 ialah Cinta Muka Buku dan Wanita Seluruh Dunia.

Bagaimana? Fakta tersebut berdasarkan pemerhatian ED di media sosial. Debaran AJL 26 semakin dirasai. Sama2 kita saksikannya pada minggu hadapan di TV3. Okelah, sampai di sini dahulu. Udada Ubabye!!

 Cheryl dan Faizal, hos AJL 26.



ED: suka tengok promo AJL 26. Sangat kreatif!

Jumaat, 20 Januari 2012

Anzalna Nasir mirip Ina Naim?

 Pelakon berambut cantik, Anzalna Nasir.

Hai, nama Anzalna Nasir semakin disebut-sebut dalam industri lakonan tanah air. Anda kenal tak Anzalna Nasir? Sekarang ni wajah dia tengah menghiasi drama Gemersik Kalbu TV3. Ala, watak Tasha yang materialistik tu.. Mesti ramai yang benci watak dia dalam drama tersebut. Setiap kali ED tengok muka Anzalna ni, mengingatkan ED kepada Ina Naim. Muka mereka ada iras2 la kalau dilihat sekali imbas. Jom lihat gambar di bawah!

Sama tak muka mereka?

Bercakap tentang Ina Naim pulak, namanya semakin pudar dalam industri hiburan. Mungkin dia lebih selesa menjadi suri rumahtangga. Kepada peminat2 Ina Naim yang mahu mengikuti perkembangannya, boleh add dia di facebook Ina Naim. Berikut adalah beberapa gambar2 yang ED perolehi daripada facebook Ina Naim.

Ina Naim bersama anak keduanya, Salman ElKhoyrii

Anak pertamanya, Hadie Elfardie

Ina Naim bersama suami pada Aidilfitri tahun lepas

Okelah, setakat ini dahulu catatan untuk hari ini. Selamat bercuti kepada kawan2 sekerja. ED akhiri dengan lagu Duhai Hati daripada Ina Naim. Udada Ubabye!




ED: suka buat catatan tentang artis mirip artis. hehe..

Khamis, 19 Januari 2012

Kenapa perut buncit?


Hai, catatan hari ini tentang kisah di sekolah pagi tadi. Bila waktu Pendidikan Moral darjah 3, ED suka berbual dengan anak murid bila ada waktu terluang. Tadi, ED ada tanya seorang murid India tentang perubahan berat badannya yang bertambah. Niat ED sekadar ingin bergurau sahaja dengan murid tersebut. Jom ikuti perbualan ED bersama murid tersebut.

ED: V (bukan nama sebenar), kenapa perut awak sudah buncit?

Murid V: (hanya tersenyum...)

ED: Awak makan apa jadi buncit?

Murid V: Saya makan sawi cikgu..

ED: hehehe...

 Sawi

Kelakar ED dengar jawapan murid tersebut. Sebenarnya, makan sayur bagus untuk kesihatan. Hehe.. Nak cerita tentang gelagat murid2, memang tak berkesudahan. ED cuma berkongsi kisah2 menarik yang terpilih sahaja di blog ini.  Udada Ubabye!!



ED: Jom makan sayur!

Rabu, 18 Januari 2012

Tasha Shilla berlakon dalam drama Atas Nama Cinta, akan datang di TV3

Tasha Shilla

Hai, malam ini adalah episod terakhir drama Bunga April di TV3. Catatan hari ini tentang April iaitu Tasha Shilla. Selepas drama Bunga April, anda dapat saksikan lakonan Tasha Shilla dalam drama Akasia terbaharu iaitu Atas Nama Cinta. Drama Atas Nama Cinta merupakan antara drama yang dijangka hebat pada tahun ini. Tahun lepas, ED pernah buat catatan tentang drama Atas Nama Cinta.

Petikan status Tasha Shilla melalui halaman facebooknya

Wah, tak sangka Tasha Shilla terlibat dalam drama ini. Semakin bersinar bintang dia pada tahun ini. Setakat ini, pelakon2 drama ini yang ED tahu ialah Tasha Shilla, Shahz Jaszle, Fiza Elite, Aida Aris, Roy Azman, Azzam Idola Kecil 2 dan Nina Emelyn. Untuk pengetahuan anda, catatan blog EDtv tentang drama ini telah dikongsikan di halaman facebook Atas Nama Cinta pada minggu ini. Jom lihat paparan di bawah ini.

 Halaman facebook Atas Nama Cinta, klik sini.

Setakat ini dahulu tentang perkembangan drama Akasia terhebat 2012 ini. Kalau ada perkembangan terbaharu, ED akan update lagi. InsyaAllah, mungkin drama ini akan ditayangkan selepas drama Cinta Buat Emilda berakhir. Sama-sama kita nantikan. Udada Ubabye!!

Azzam Idola Kecil dan Nina Emelyn dalam Atas Nama Cinta


ED: Selamat menonton kesudahan drama Bunga April malam ini..

Selasa, 17 Januari 2012

Alhamdulillah, tak jadi tukar sesi petang..

Alhamdulillah.. ekoran daripada kisah ED semalam, akhirnya doa ED dimakbulkan Allah secara ekspres. Pagi tadi, GPK 1 datang ke kelas ED dan memberitahu bahawa ED tidak jadi ditukarkan ke sesi petang. Ini berdasarkan atas pertimbangan pihak pentadbir kepada ED.


Terima kasih kepada kawan2 sekerja yang turut bersimpati dengan ED semalam. ED bersyukur tak terhingga kerana berlaku keajaiban hari ini. Jadi, ED masih boleh mengajar di sesi pagi lagi. Hehe.. Udada Ubabye!!

Semalam, ED asyik dengar lagu ini sebagai penenang hati.. Hehe..


ED: Alhamdulillah..

Isnin, 16 Januari 2012

Ombak Hati

 
Apa itu Ombak Hati? Ini bukan tajuk drama ye..

Hai, hari ini ED dapat khabar kurang gembira di sekolah. Selepas cuti Tahun Baharu Cina nanti, ED ditugaskan untuk mengajar di sesi petang. Mungkin ajar murid tahun 1 dan 2. Alasannya, cikgu petang yang mengajar Bahasa Melayu tidak cukup. Huhu.. Bila ED dimaklumkan tentang khabar tersebut, dalam hati rasa bagaikan ombak menghempas ke batu pantai. Fikiran bercelaru seketika..


Untuk pengetahuan anda, kalau diberi pilihan, ED suka mengajar di sesi pagi. Mengajar di sesi pagi lebih segar dan masa terasa panjang. Kalau mengajar di sesi petang, masa rasa singkat dan terik mentari di petang hari dapat menyebabkan mata rasa mengantuk. Tetapi apa kan daya, "saya yang menurut perintah". Okelah, ED berharap semoga ada keajaiban minggu ini. ED masih berharap agar ED tidak ditukarkan ke sesi petang. Udada Ubabye!!



ED: Mencuba untuk terima kenyataan walaupun sukar..

Ahad, 15 Januari 2012

Sabun Bonux, lebih jimat lebih nilai!

 Sabun Bonux

Hai, hari ini ED nak buat catatan tentang segmen Bijak Belanja. Topiknya tentang sabun cuci pakaian Bonux. Anda dah pernah guna sabun Bonux tak? Kalau belum, ED nak cadangkan anda guna sabun Bonux. Mesti anda akan puas hati.

 Segmen ini membantu anda berjimat dan berbelanja dengan lebih bijak. Hehe..

Bila anda cuci baju dengan Bonux, mesti anda akan rasa perbezaannya. Emak ED kata, sabun Bonux bagus dan wanginya tahan lama. Memang benar seperti yang diiklankan oleh Salleh Yacob dalam TV, sabun Bonux mempunyai 3 kebaikan dalam 1 bungkus. Kebaikan tersebut, mencuci pakaian jadi lebih mudah, wangi tahan lebih lama dan yang paling penting sabun Bonux murah. Berbaloi anda bayar dengan kualiti sehebat sabun Bonux.

Rezeki ED, beli 1 bungkus sabun Bonux, dapat percuma 2 bungkus kecil. Hehe..

Nak kongsi sedikit cerita, petang tadi ED pergi ke UO Superstore untuk membeli sedikit barang dan juga sabun Bonux. Alhamdulillah, ED dapat 2 bungkus kecil sabun Bonux percuma. Kebetulan ED memang nak beli sabun Bonux pun. Ini namanya langkah kanan. Hehe.. Okelah, kepada anda yang nak jimat dan mahukan kualiti terbaik untuk sabun cuci pakaian, sila cuba Bonux. Mesti anda akan puas hati. Udada Ubabye!!

 Iklan TV Bonux, memang betul apa yang diiklankan..


ED: Selamat mencuba!

Sabtu, 14 Januari 2012

Drama baharu, BFF Teman Tapi Mesra di TV3

Hai, sementara menunggu Mentor 6 mencari protege2 yang layak ke peringkat persembahan pentas, TV3 akan menayangkan sebuah drama baharu iaitu BFF Teman Tapi Mesra. ED dah baca sinopsisnya dan bagus untuk ditonton oleh anda yang mengutamakan persahabatan dalam hidup.

BFF Teman Tapi Mesra mulai 15 Januari ini di TV3

Sedikit sinopsisnya, BFF mengisahkan tentang dua teman rapat, Iskandar dan Shahidah yang membesar bersama. Mereka berdua saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai impian masing-masing. Setelah menamatkan pengajian, Iskandar mendapat tawaran latihan sebagai juruterbang Institut Penerbangan Malaysia Airline manakala Shahidah merancang untuk ke Kuala Lumpur demi merealisasikan impiannya menjadi pereka fesyen. Bagaimanapun, impian Shahidah dihalang oleh ibubapanya yang mahu Shahidah terus tinggal di kampung. Prihatin dengan cita-cita teman baiknya, Iskandar membuat keputusan berani yang bakal merubah persahabatan mereka (sumber: facebook halaman BFF Teman Tapi Mesra)

 Irfan Roslan, Sari Yanti dan Munif Isa

Teraju utama drama ini ialah Sari Yanti, Munif Isa dan Irfan Roslan. Bagi anda yang ada pengalaman bersahabat rapat dengan lawan jantina (contohnya, lelaki berkawan rapat dengan perempuan), anda kena tengok drama ini. Okelah, ED akhiri dengan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian kumpulan Ratu.. Udada Ubabye!!

Dengar lagu ni, teringat pulak zaman kawan2 di UKM. Hehe..


ED: jadilah sahabat di kala suka dan duka dan jangan jadi sahabat di kala suka sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...