Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Rabu, 29 Februari 2012

Manja & Misai?

Hai, ada sesetengah pembaca blog ini lebih suka membaca kisah ED di sekolah. Hari ini, ED nak kongsi tentang cerita menarik antara ED dan murid2 ED di sekolah. Bukan 1 cerita, tapi 2 cerita sekaligus. Jom kita lihat, gelagat murid2 pada hari ini!


Kisah 1: Manja
Cerita yang pertama ini tentang seorang murid perempuan darjah 4 yang permintaannya susah untuk ED tunaikan. ED beranggapan, murid ini hanya ingin bermanja dengan ED sahaja. Apa yang manjanya? Jom lihat dialog di bawah ini.

Situasi: Selepas rehat, semasa di tangga sekolah..

Murid: Cikgu!

ED: Ya, kenapa?

Murid: Cikgu ada air tak?

ED: Kenapa awak tanya saya air?

Murid: Saya nak minta air cikgu. Saya haus, tak bawa air.

ED: Awak naik ke kelas dan minta air daripada kawan2 awak ye.

Wah, dulu masa sekolah, ED tak berani dan tak terlintas di fikiran pun nak minta air cikgu. Pertama kali, ada murid perempuan nak berkongsi air dengan ED. Huhu.. Seperti yang ED kata, mungkin murid ini ingin bermanja2 dengan ED je. Maklum, namanya pun budak2.

 Inilah botol air yang selalu ED bawa ke sekolah. Hehe..


Kisah 2: Misai
Cerita yang kedua ni tentang misai. Kenapa dengan misai? Terus sahaja kita lihat kisahnya.

Situasi: Semasa di kelas Moral tahun 3.

ED: Oke, cikgu nak awak salin nota daripada buku teks.

Murid2: Baik cikgu!

Tiba2 ada seorang murid perempuan ni membebel2 dalam bahasa tamil pada kawan sebelahnya.

ED: Kenapa dengan awak ni Siva (bukan nama sebenar)?

Siva: Dia ejek bapa saya.

ED: Dia ejek bapak awak apa?

Siva: dia diam sahaja..

ED pun tanya murid2 lain yang mendengar pertengkaran mereka.

ED: Murid2, dia ejek bapak Siva apa?

Murid: Dia cakap, misai bapak Siva sangat besar.

Hahaha.. ED tak jadi nak marah lalu ketawa bersama2 murid2 yang lain. ED bukan ketawakan ayah murid tersebut. ED ketawa sebab perkataan "misai bapak dia sangat besar" sangat lawak didengar.  Hahaha..

Cuba perhatikan gambar ini. Tafsir sendiri ye. Hehe..

Okelah, semoga anda terhibur dengan 2 cerita pada hari ini. Udada Ubabye!!


ED: 2 cerita ini membuatkan ED tersenyum sendirian...

Selasa, 28 Februari 2012

Drama Dejavu di Kinabalu, akan datang di TV3..

Hai, ED nak kongsi sebuah drama baharu yang akan ditayangkan di TV3. ED rasa drama ini boleh dikatakan hebat juga kerana dibarisi pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Aqasha dan Neelofa. Tajuknya, Dejavu di Kinabalu.

 Tiz Zaqyah, Aqasha dan Neelofa

Drama 26 episod ini arahan pengarah hebat, Eirma Fatima. Sekarang ini, drama ini masih dalam penggambaran lagi. ED rasa lambat lagi drama ini akan tayang. 

ED tak tahu lagi drama ini akan ditayangkan dalam slot apa. Mungkin slot Akasia atau slot Samarinda. Biasanya drama2 yang mempunyai 25 dan 26 episod akan dimasukkan ke dalam slot Akasia atau Samarinda. Sama2 kita tunggu la. Okelah, jika ada apa2 update terbaharu tentang drama ini, nanti ED kongsikan lagi kepada anda. Udada Ubabye!!



ED: Drama baharu yang akan menggantikan Vanila Coklat masih belum ED ketahui.

Isnin, 27 Februari 2012

Ana Raffali dan Lisa Surihani bertukar nama selepas kahwin?

Hai, catatan ini sekadar suka-suka sahaja. Minggu lepas, Ana Raffali dan Lisa Surihani telah selamat bernikah dengan pasangan masing2. Tahniah diucapkan kepada mereka. ED nak kongsi 2 gambar berikut ini tentang nama Ana Raffali dan Lisa Surihani yang tiba2 ED dapat selepas mereka berkahwin.

Ana Raffali akan menjadi isteri mithali untuk suaminya Aznaim. Selamat!

Lisa Surihani kini menjadi surirumah kepada Yusry. Semoga berbahagia!

Hehe.. jangan marah ye. Catatan hari ini sekadar gurauan sahaja. Sesekali bergurau apa salahnya kan? Akhirnya, Lisa Surihani berkahwin dengan Yusry juga setelah mereka dilihat rapat pada tahun lepas. ED pernah buat catatan eksklusif tentang kerapatan mereka di Istana Budaya. Bagi anda yang terlepas membacanya, boleh klik link di bawah ini.

Kisah tentang Lisa Surihani dan Yusry semasa di Istana Budaya, klik sini. Eksklusif catatan dan gambar original oleh blog EDtv.

Okelah, selamat pengantin baharu untuk Ana Raffali dan Lisa Surihani. Mana la tahu, mereka ada terbaca blog EDtv. Hehe.. Udada Ubabye!



ED: Akan datang, Fasha Sandha pulak kahwin..

Drama Samarinda Terhebat 2012, Mahabbah akan datang di TV3

Hai, pada tahun lepas, Media Prima telah mewar-warkan drama2 hebat yang akan ditayangkan di TV3. Dalam slot Samarinda, drama berikut ini tersenarai dalam drama2 hebat tersebut. Sebenarnya, dah lama ED cari maklumat tentang drama ini. Hari ini, baru ED tahu melalui status facebook Asia Media Content.

Drama Mahabbah, teraju utama Azlee Khairi dan Nur Fathia

Drama Mahabbah akan menemui anda pada 27 Mac 2012 (jika tiada pindaan) di TV3. Drama ini dibintangi oleh Azlee Khairi dan Nur Fathia. Nampaknya pelakon Azlee Khairi semakin mencipta nama di TV3. Selepas Dingin Lavenda berakhir, para penonton dapat melihat kembali bakat lakonannya dalam drama Mahabbah. Okelah, Udada Ubabye!!


ED: Sama-sama kita tunggu kemunculan drama Mahabbah di TV3.

Ahad, 26 Februari 2012

Kem Motivasi Permata Ibunda

 Peserta Kem Motivasi Permata Ibunda

Hai, selamat berhujung minggu! Hari ini ED nak berkongsi kisah ED di sekolah. Ceritanya tentang sekolah ED telah menganjurkan Kem Motivasi Permata Ibunda untuk murid2 tahun 6. Lokasinya, di sekolah ED sahaja. Seramai 220 orang murid tahun 6 telah menyertainya.


ED ditugaskan menjadi fasilitator dalam program tersebut. Terasa bagaikan di universiti pulak. Maklum, di UKM dulu, ED ada juga terlibat dalam program2 sebegini rupa. Pada hari Jumaat, ED telah tidur di perpustakaan sekolah. Selesa jugak. Jom lihat gambar murid2 dalam kumpulan ED.

 
ED selaku fasi kepada murid2 ini

Macam biasa la, kalau di sekolah, mesti ED ada sajikan kisah2 menarik untuk anda. Dalam kem motivasi ni pun ada juga. Nak tahu apa kisahnya? Jom baca perbualan ED bersama salah seorang murid pada malam semalam.

 Antara banyak2 slot dalam kem motivasi tersebut, slot muhasabah diri yg paling ED sukai. Ramai murid menangis dalam slot ini.

Selepas slot muhasabah diri tersebut, murid2 akan menuju ke kantin untuk minum malam. Semasa murid2 sedang minum malam, sempat la ED bertanya (niat bergurau) dengan seorang murid perempuan ni. 

ED: Awak tak menangis ke tadi?

Murid: Menangis.

ED: Saya tak nampak pun?

Murid: Saya menangis dalam hati.

Hahaha.. lawak betul ED mendengarnya. Dah macam pepatah bercinta, "hati menangis, tak siapa tahu...". Okelah, hari ini adalah hari terakhir kem motivasi tersebut. Semoga murid2 yang menyertainya mendapat pengalaman berharga daripada kem tersebut. Udada Ubabye!


ED: Paling best, makanan yang disajikan sedap2 belaka. Hehe..

Jumaat, 24 Februari 2012

Drama Dingin Lavenda berakhir, Bunga-Bunga Syurga menyusul di TV3

Assalammualaikum. Bagi peminat2 drama Dingin Lavenda, malam ini drama tersebut akan memasuki episod ke 12. Ini bermakna, tinggal 1 episod sahaja lagi untuk episod akhirnya iaitu pada minggu hadapan. Jom, kita lihat gambar di bawah ini.

Apakah kesudahan drama ini? Saksikan sendiri episod akhirnya..

Drama Dingin Lavenda, jalan ceritanya pun dingin-dingin sahaja. Tak terlalu dramatik dan tidak terlalu santai. Oke la.. Jom kita Zest dan Zrett drama tersebut!


5 yang Zest!
  1. Lakonan Eira Syazira nampak macam betul2 ustazah pilihan. Hehe..
  2. Lagu tema drama tersebut daripada Dadali membantu menghangatkan lagi drama ini.
  3. Penggambaran di Australia yang mendinginkan mata. Cantik pemandangannya..
2 yang Zrett!!
  1. Konflik dalam drama ini terlalu ringan menyebabkan penonton kadang2 bosan seketika.
  2. Maaf, lagu latar yang bertajuk Dingin Lavenda nyanyian Sri Dewi dalam drama ini kurang menarik la..
 Sri Dewi

Semalam, ED dah beritahu anda drama terbaharu yang akan menggantikan Dingin Lavenda. Jom lihat gambar di bawah ini sekali lagi. 

 Johan Asari dan Wawa Zainal

Drama Bunga-Bunga Syurga dibintangi oleh Johan Asari, Wawa Zainal, Rozita Che Wan, Eizlan Yusof, Halil Chik dan ramai lagi. Drama terbitan Suhan Movies ini akan bermula pada 9 Mac 2012. Sama-sama kita saksikan gandingan Johan Asari dan Wawa Zainal dalam drama tersebut. Ada chemistry ataupun tidak? Udada Ubabye!!


ED: Selamat menonton!

Khamis, 23 Februari 2012

Drama Zehra terbaharu Bunga-Bunga Syurga di TV3, gandingan Johan Asari dan Wawa Zainal

Hai, ED nak update tentang drama Zehra terbaharu yang akan menggantikan Dingin Lavenda. Selepas drama Samarinda, Pelangi Kasih, Johan Asari akan membintangi drama berbentuk keagamaan dalam Slot Zehra pulak. Tajuknya, Bunga-Bunga Syurga. Gandingan Johan Asari kali ini pula ialah Wawa Zainal.

 Drama Zehra terbaharu, Bunga2 Syurga

Bila drama ini akan mula tayang? Yang itu ED akan update esok bersama tarikh episod akhir Dingin Lavenda. Jadi, teruskan bersama blog EDtv. Udada Ubabye!


ED: Laris betul Johan Asari di TV3!

Rabu, 22 Februari 2012

Kisah2 sedih di sekolah

Hai, hari ini ED nak buat kelainan sedikit dalam segmen ED & Sekolah. Selalunya ED akan kongsi tentang kisah2 kelakar dan gempar tentang apa yang berlaku antara ED dan murid2 sekolah. Hari ini, ED nak buat catatan tentang beberapa kisah sedih pulak. Mungkin kisah2 di bawah ini akan menyentuh hati anda. Dah bersedia? Jom kita mulakan!


Tahun ini ED ditugaskan untuk menjadi guru kelas tahun 4 kelas terakhir. Apa yang ED perhati, kebanyakan murid2 yang berada di kelas ini ialah murid2 yang mempunyai masalah keluarga dan masalah kesempitan hidup. Jom kita lihat beberapa kisah benar yang sedih di bawah ini.

Kisah Sedih 1

ED: Kenapa awak selalu tidak datang sekolah?

Murid: senyap..

ED: Mak awak tak kejut awak pergi sekolah ke?

Murid: Mak saya dah lari cikgu..

Kisah Sedih 2

ED: Kenapa Nav (bukan nama sebenar) selalu tidak datang?

Kawan Nav: Cikgu, ayah Nav kemalangan. Kereta ayahnya berlanggar dengan kereta lain pada hari Ahad. Dia temankan ayahnya di hospital, cikgu..

Kisah Sedih 3

ED: Kenapa awak tiba2 menangis?

Murid: Saya ingat ayah saya.

ED: Kenapa dengan ayah awak?

Murid: Semalam, kaki ayah saya kena potong (operation). Ayah saya sakit. (airmatanya terus berlinangan..)

Kisah Sedih 4

ED: Kenapa awak tak beli buku?

Murid: Ayah saya tak kerja cikgu..

ED: Habis, mak awak kerja apa?

Murid: Mak pun tak kerja.

Pagi tadi, tersentuh ED lihat murid ini apabila tempat sandang beg sekolahnya yang lusuh terkoyak di hadapan mata ED. Murid ini terpaksa memegang sahaja beg sekolahnya.

Entri hari ini macam rancangan Bersamamu TV3 pulak rasanya..

Bagaimana? Tujuan ED berkongsi kisah ini bukan untuk mengaibkan. Tetapi untuk kita berkongsi kesusahan orang lain agar kita tidak mengeluh apabila ditimpa kesusahan. Oleh itu, kita jangan menghina murid2 di kelas belakang ini kerana bukan kehendak mereka jadi begitu. Okelah, ED akhiri dengan lagu Aizat, Erti Hari Ini. Udada Ubabye!!




ED: Keluarga memainkan peranan yg sangat penting untuk perkembangan anak.

Selasa, 21 Februari 2012

Tarikh bermulanya Mentor 6 di TV3

Hai, iklan Mentor 6 sudah kelihatan di TV3. Ini bermakna, rancangan tersebut semakin hampir bersiaran. Anda dah tahu atau belum, bila start Mentor 6? Jom, lihat gambar di bawah ini untuk mengetahuinya!


Mentor 6, mulai 4 Mac pukul 9 malam di TV3. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok protege2 kepada Mentor2 pada tahun ini kan? Sama2 kita saksikan pada bulan hadapan. Udada Ubabye!

 Siapa agak2 protege Ramlah Ram erk? Mungkinkah orang di atas ini? Jawapannya bukan. Nak tahu siapa? Tunggu....



ED: Mentor 6, lebih dramatik dan air mata.

Isnin, 20 Februari 2012

Alasan murid tak siap kerja sekolah..


Hai, ini catatan kedua ED hari ini. ED nak cerita tentang anak murid ED yang tidak siap kerja sekolah pagi tadi. Sebenarnya, sebelum ED tanya kerja rumah pada murid2, murid tersebut terlebih dahulu berjumpa dengan ED dan memberitahu ED kerja rumahnya tidak siap. Apa alasan murid tersebut? Seperti biasa, jom ikuti dialog di bawah ini.

Murid: Cikgu, saya tak siap kerja sekolah.

ED: Kenapa tak siap? Kan ada hari Sabtu dan Ahad untuk awak siapkan?

Murid: Hari Sabtu saya demam. Saya tak boleh buat kerja sekolah.

ED: Hari Ahad?

Murid: Saya tak sempat buat kerja sekolah sebab saya ikut bapa saya.

ED: Pergi mana?

Murid: Pergi Pasir Gudang tengok Festival Layang-Layang.

ED: Kalau macam tu, awak hantar esok la. (ED malas nak panjangkan cerita.. )

Murid2, ada sahaja alasannya. Dulu masa kita jadi murid2 pun, kita sama juga dengan mereka. Jadi, sesekali memahami mereka apa salahnya. Kalau diikut logik, tak kan la hari Ahad dia pergi tengok Festival Layang2 dari pagi sampai tengah malam? Udada Ubabye!!

 Hari ini, banyak betul ED dengar tentang cerita Festival Layang2 ni. Murid ED tak siap kerja rumah pun sebab ini juga. Hehe..


ED: Kerja rumah yang ED bagi tu teramatlah sedikit dan mengambil masa yang sekejap untuk disiapkan.

Gambar2 sekitar Festival Layang-Layang Antarabangsa, Pasir Gudang

Hai, petang semalam ED telah pergi ke Pasir Gudang untuk menyaksikan penutup Festival Layang-Layang Antarabangsa kali ke 17. Walaupun hujan, ED tetap pergi juga ke sana sebab mak ED nak sangat pergi tengok hari terakhir festival tersebut. Semasa dalam perjalanan, ED tertanya2, ada ke orang main layang2 waktu hujan? Dekat Pasir Gudang hujan ke tak? Nak tahu jawapannya? Jom lihat gambar2 yang sempat ED tangkap semalam. 

Setibanya di sana, cuaca hanya hujan renyai2. Bila lihat gambar ni, ED rasa macam dalam iklan AJL 26 pulak. Hahaha..

Apabila ED sampai ke tapak festival, banyak gerai2 yang mengambil bahagian. Semestinya ada gerai yang menjual layang2.

Banyaknya orang2 yang menjual belon animasi seperti dalam gambar di atas.

Setelah ED sampai ke padang, tempat peserta bermain layang2, inilah gambar suasana yang sempat ED tangkap untuk dikongsikan kepada anda. Supaya nak buat anda suspens, ED letak gambar tersebut di bawah gambar poster ini. Hehe..


Huhu, kecewanya bila festival tersebut dah berakhir. ED lambat datang. Yang kelihatan dalam gambar di atas ini ialah ada beberapa pengunjung sedang bermain layang2. ED datang bukan nak tengok diorang main layang2..

Tak dapat ED tengok peserta dari antarabangsa bermain layang2 di sini. Layang2 besar pun ED tak dapat tengok.. Huhu..

Okelah, pengajarannya lain kali jangan pergi last minute sebab kita tak tahu cuaca pada masa itu. Lagi 1, semalam jalan jam semasa nak menuju ke sana. InsyaAllah, ED bawa mak pergi tengok festival layang2 untuk tahun depan pulak la. Udada Ubabye!!

 Waktu nak balik, tak hujan la pulak... ED bergambar di hadapan tasik berdekatan dengan Bukit Layang2 Pasir Gudang.


ED: Walaupun hujan, ramai juga pengunjung yang datang..

Ahad, 19 Februari 2012

Bil internet TM yang menggembirakan?

Hai, selamat berhujung minggu. ED nak berkongsi dengan anda bil internet ED pada bulan lepas. Gembiranya bila ED lihat jumlah bayaran yang ED kena jelaskan pada bulan ini. Agak2 anda, berapa ED kena bayar? Jom lihat bil internet dari TM yang ED scan di bawah ini..

Bil internet ED bulan lepas. Jumlah yang perlu ED bayar RM0.00. Hehe..

Alhamdulillah, bulan ini ED tak perlu bayar sesen pun kepada TM. Ini kerana bayaran telah dijelaskan pada bulan lepas. Sebenarnya ED pelik juga sebab setiap bulan, ED akan bayar bil internet mengikut bil yang ED dapat. ED rasa bulan lepas pun, ED bayar cukup2. Harap2 tiada pembetulan la dalam bil tersebut pada bulan depan.


Sebelum ini, ED pakai broadband. Kelemahan pakai broadband, semakin banyak kita pakai internet, semakin tinggi juga bil internet kita. Kalau sudah sampai kepada had penggunaan yang ditetapkan, internet kita akan menjadi perlahan. Jadi, dalam segmen Bijak belanja hari ini, jom gunakan internet Streamyx daripada TM kerana pakai sebanyak mana pun, bayarannya akan tetap sama. Jadi, jom Streamyx! Udada Ubabye!!




ED: rasanya TM baru kemaskini akaun ED dan mereka dapati yang bayaran ED sebelum ini ada terlebih untuk 1 bulan. Tu, yg bulan ini ED tak payah bayar bil lagi..

Sabtu, 18 Februari 2012

Siapa penyanyi lagu tema drama Atas Nama Cinta TV3?


Hai, anda suka tak tengok drama Atas Nama Cinta TV3? Tahukah anda, siapakah penyanyi lagu tema drama tersebut? ED ada jawapannya. Jom kita lihat sekali lagi video opening drama Atas Nama Cinta yang menarik dan nampak grand!


Daripada suara dalam video tersebut, agak2 milik siapakah suara itu? Jawapannya, lagu Atas Nama Cinta tersebut dinyanyikan oleh pelakon utamanya sendiri iaitu Fiza Elite, Shahrizal dan Shah Iskandar. Kalau tak silap, eksklusif untuk drama terhebat ini, Shahrizal dan Shah Iskandar menjadi penyanyi untuk lagu tema drama mereka. Tak percaya? Jom lihat bukti yang ED perolehi ini.

Sumber: halaman facebook Shah Iskandar

Patutlah drama ini digembar-gemburkan menjadi drama terhebat TV3 tahun ini. Okelah, teruskan menonton drama ini setiap Isnin hingga Khamis di TV3. Walaupun ditayangkan pada waktu Maghrib, pandai2 lah membahagikan masa ye. Udada Ubabye!!

 Penyanyi2 lagu tema Atas Nama Cinta kecuali Tasha Shilla.


ED: Lagu penuh Atas Nama Cinta mesti akan dipasang di radio Hot fm. Tunggu...

Khamis, 16 Februari 2012

Gambar2 seram dan sinopsis drama Amukan Pocong, akan datang di TV3..

Drama Seram Terhebat 2012, Amukan Pocong di TV3. Akan datang..

Hai, ED nak kongsi kepada anda gambar2 penggambaran drama Seram terhebat 2012, Amukan Pocong. Sebab apa hebat? Klik catatan ini. Gambar2 yang diambil ini nampak macam real dan membuatkan ED tidak sabar menantikan drama tersebut. Jom kita lihat shot2 menarik dalam drama Amukan Pocong yang akan ditayangkan pada bulan hadapan di TV3. Amaran, jika anda lemah semangat, jangan teruskan melihat.. Hehe..

Inilah pocong yang akan mengamuk di kaca TV anda..

Satu lagi pocong berkeliaran mencari mangsanya..

Menyeramkan betul wajah pocongnya..

Shot ni pun nampak seram..

Babak Nabila ketakutan berjumpa pocong..

Babak Erin Malek diburu pocong

Babak seram antara Erin Malek dan pocong..

Mangsa amukan pocong. 

Seram bukan? Semua gambar ED perolehi daripada halaman facebook Amukan Pocong. Jom kita like ramai2. ED rasa drama ini akan membuatkan penonton menjerit dan berdiri bulu roma apabila menontonnya. InsyaAllah, drama ini akan menggantikan drama Santau Merasuk. ED akhiri dengan sinopsis drama ini ye. Udada Ubabye!!

Sinopsis Amukan Pocong:

Mengisahkan 3 sahabat (Long Husin,Jidin dan Lan Becok) yang gila berjudi hingga sanggup melakukan apa sahaja.Mereka tidak sengaja telah memuja sebuah kubur lama yang tertanam didalamnya mayat seorang pengamal ilmu hitam(Awang).

Akibat sifat dengki dan iri hati,Jidin dan Lan membunuh Long Husin semata-mata mahu mendapatkan tangkal milik Long Husin.Namun Awang membangkitkan Long Husin atas janji yang telah dilafazkan oleh Long Husin.

Bermulalah satu pengembaraan ngeri apabila mayat Long Husin yang telah dibangkitkan semula ini mengganas mencari mangsa.Mangsa Long Husin adalah anak gadis kebanyakkannya,dan dia perlu membunuh seramai 13 orang sebelum dirinya dibebaskan dari Awang.

Sumber: Facebook Amukan Pocong.



ED: Pastikan anda tidak berseorangan apabila menonton drama ini kerana mungkin ada kepala yang akan berbunyi dari bilik air anda. Kepala paip! Hahaha, ED gurau je... 

Talian 999?


Hai, ED nak buat catatan tentang kisah ED di sekolah pagi tadi. Kelas Moral ED tahun 3 bermula pada pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. Dalam kelas Moral tadi, dalam buku teks ada tulis ayat yang berbunyi "jangan bermain dengan talian 999". Apa lagi, ED pun tanyalah murid2, talian 999 untuk telefon siapa? Jom ikuti perbualan ED bersama murid2 tahun 3 tersebut.

ED: Cikgu nak tanya, talian 999 untuk kita telefon siapa?

Murid A: Polis!

ED: Pandai! Siapa lagi kita boleh telefon dengan 999?

Murid B: Bomba!

ED: Pandai! Ada lagi tak?

Murid C: Ambulans!

ED: Oke, pandai! jawapan awak semua betul.

Murid D: Cikgu, saya!

ED: Ya, awak nak jawab lagi ke? Oke, siapa lagi?

Murid E: Inspektor!

ED: Inspektor sama dengan polis.

Murid F: Cikgu, saya!

Haa, murid F tersebut mengangkat tangan dengan yakinnya tetapi jawapannya menyimpang jauh. Apa jawapan dia erk? Jom ikuti kesudahan dialog tersebut.

ED: Oke, murid F (nama dirahsiakan). Siapa lagi yang kita boleh telefon dengan nombor 999?

Murid F: Oat!

Hahaha.. ED tak habis fikir kenapa dia jawab talian 999 boleh telefon oat. Sama ada maksudnya kilang oat atau dia sedang berangan tentang sarapan oat, hanya dia yang tahu. Sebelum ini, murid ini pernah memberikan jawapan yang pelik juga dalam kelas Moral. Baca kisah murid tersebut di sini. Okelah, Udada Ubabye!!

Oat. 



ED: Oat bagus untuk kesihatan jantung!

Rabu, 15 Februari 2012

Lagu latar drama Pelangi Kasih TV3


Hai, drama Pelangi Kasih merupakan drama kesukaan ED sekarang ini. ED suka jalan ceritanya yang bertemakan persahabatan. Hari ini ED nak kongsi dengan anda lagu-lagu latar yang digunakan dalam drama ini. Setakat ini, lagu latar yang digunakan tidak banyak. Yang ED perasan ada 2 lagu sahaja dan dua-dua lagu tersebut nyanyian Afgan.

Afgan, penyanyi dari Indonesia

Lagu latar Afgan pada awal episod ialah lagu yang bertajuk Bawalah Cintaku. Jom dengarkan menerusi videonya di bawah ini.


Lagu latar Afgan yang kedua pada episod semalam (babak Azlin dan Zafrul bersanding) ialah lagu yang bertajuk  Dua Hati. Dengarkan kembali lagunya menerusi video di bawah ini.


Lagu-lagu Afgan sememangnya puitis dan melankolik. Sesuai la dengan drama Pelangi Kasih. Okelah, ED akhiri catatan ini dengan lagu tema drama Pelangi Kasih daripada Awi Rafael, Bukankah Aku. Udada Ubabye!!




ED: Kadang2, lagu latar menyedapkan lagi sesebuah drama..

Selasa, 14 Februari 2012

Tarikh episod akhir Vanila Coklat TV3

Hai, malam ini ada drama Vanila Coklat episod ke 9. Ramai kawan ED yang bertanyakan, bila drama tu nak habis? Hari ini ED beritahu jawapannya. InsyaAllah, jika tiada pindaan oleh TV3, drama Vanila Coklat akan tamat pada.... Lihat gambar di bawah!


Drama tersebut hanya mempunyai 13 episod sahaja. Jadi, ada baki 4 episod lagi setelah tamat episod 9 malam ini. Mulai malam ini hingga ke episod akhir, anda akan melihat babak2 cinta Izara dan Amir diganggu oleh musuh-musuhnya setelah mereka mengumumkan status mereka pada episod malam ini. ED akhiri dengan promo Vanila Coklat episod malam ini. Udada Ubabye!!




ED: Fenomena juga drama ni.. 

Ahad, 12 Februari 2012

Amhijabs, beli tudung melalui facebook.

Hai, bagi wanita muslimah yang tiada masa untuk pergi ke butik atau kedai menjual tudung, hari ini ED nak cadangkan anda beli tudung di Amhijabs. Beli tudung guna facebook aje. Sambil anda melayari facebook, anda boleh mengetahui promosi dan gaya tudung terkini dari Amhijab. Kalau anda tertarik, boleh beli terus tudung dari Amhijab.

 Klik sini untuk pergi ke facebook Amhijabs

ED tak tahu pasal harga pasaran tudung, tapi apa yang pasti pada tahun ini Amhijabs menawarkan harga istimewa. Jadi, anda hanya perlu like, survei dan order terus tudung2 di Amhijabs melalui facebook sahaja. Borang pesanannya pun ada di facebook Amhijabs. Semoga maklumat ini membantu anda dan anda baru sahaja selesai membaca catatan ED dalam segmen Bijak Belanja. Segmen ini membantu anda membeli dengan lebih bijak. Udada Ubabye!




ED: tolong kawan promote perniagaannya di sini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...