Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Isnin, 30 April 2012

Carta Top 5 Lagu-Lagu Kekasih Yang Curang!

Hai, di Indonesia banyak lagu2 yang berkisahkan tentang kecurangan pasangan kekasih. Hari ini ED nak buat carta top 5 tentang lagu2 curang di Indonesia. Anda mesti dengarkan semua lagu di bawah ini kerana dijamin anda mesti suka. Jom kita mulakan carta kita sekarang.

 Carta Top 5
Lagu-Lagu Kekasih Yang Curang!

Nombor 5: Lelaki Cadangan nyanyian Kumpulan T2. Lagu ni ED suka dengar masa di universiti dulu.


Nombor 4: Keterlaluan nyanyian Kumpulan The Potters. Lagu ni ED suka dengar masa di maktab.


Nombor 3: Kekasih Gelapku nyanyian Kumpulan Ungu. Liriknya sungguh berani tapi tak boleh diiikuti.


Nombor 2: Sudah Cukup Sudah nyanyian Nirwana Band. Lagu ini sedang popular di Malaysia.


Juara: Satu atau Dua nyanyian Gamma Band. Lagu nyanyian Band baharu ini dijangka akan mendapat perhatian selepas ini.



Bagaimana? Lagu mana yang anda suka? Hehe.. Peringatan, jangan curang kepada pasangan anda, dengar lagu curang takpe. Okelah, catatan hari ini tiada kena mengena dengan hidup ED. Sekadar suka-suka sahaja. Udada Ubabye!!



ED: Lagu2 di Indonesia banyak yang kreatif.

Ahad, 29 April 2012

Kursus Pengakap

 ED & aktiviti pengakap

Hai, pukul 12.30 tengah hari tadi berakhirnya kursus yang ED hadiri sejak hari Jumaat lalu. ED telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu Bahagian Pengenalan dan Peringkat 1 bagi guru-guru Pengakap Kanak-Kanak di SMK Desa Jaya. Maklum sahaja, pada tahun ini ED telah ditugaskan menjadi guru Pengakap dalam bahagian ko-kurikulum sekolah.


Apa yang menarik sepanjang kursus ini berlangsung? Jom lihat gambar2 yang sempat ditangkap di bawah ini.

Khemah yang ED dirikan bersama kawan 1 sekolah. Khemah ini didirikan pada hari pertama (Jumaat) jam 7 malam.

Sesi kursus semuanya berlangsung di bilik media. Santai, sejuk dan selesa.

Ini kumpulan ED. Nama kumpulan kami ialah Sekawan Ungu. Daripada mata ED, anda boleh tahu yang ED sedang mengantuk. Waktu ni dah pukul 10.30 malam pada hari kedua. Hehe..

Dalam kursus ini, kami diajar untuk membentukkan wogel. Ini wogel hasil tangan ED.

Macam biasa la, kalau pergi mana2 kursus, mesti akan dapat kawan baharu. Kawan2 dalam kursus ni semuanya ramah-tamah belaka.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Lepas ni, kena turunkan ilmu2 yang ED dapat dalam kursus ni kepada anak murid pulak. Kepada kawan2 rapat ED, ada sebuah kisah yang mungkin akan membuatkan anda benci kepada ED. Begini kisahnya, pagi tadi ada beberapa orang cikgu perempuan yang meminta bantuan ED untuk mengambil gambar mereka. Mereka memanggil ED begini, "cikgu yang muka macam artis, tolong ambilkan gambar kitorang". Ada juga yang mengatakan wajah ED macam pelakon. Hahaha.. Udada Ubabye!!




ED: dapat pengalaman dan pengetahuan baharu.

Khamis, 26 April 2012

Sarimah Ibrahim bakal menggantikan Dira Abu Zahar dalam Melodi?

Hai, ED baru sahaja terbaca di blog Buahmulut tentang Sarimah Ibrahim bakal menggantikan Dira Abu Zahar dalam Melodi TV3. Betul ke? Di dalam blog berkenaan menulis bahawa Sarimah akan menjadi pengacara jemputan Melodi TV3 bersama Zizan pada 13 Mei nanti.

 Sarimah Ibrahim

Sebelum ini, ED ada terbaca di Berita Harian bahawa Dira akan kembali bertugas pada 8 April 2012, tetapi sampai sekarang kelibatnya tidak kelihatan di Melodi. Dah banyak kali juga Awal Ashaari menggantikan Dira Abu Zahar.

 Dira Abu Zahar

Benarkah Dira Abu Zahar telah disingkirkan menjadi pengacara Melodi? Entah la.. Kalau difikir balik, kenapa Dira Abu Zahar masih tidak muncul dalam Melodi? Kenapa TV3 sudah merancang mencari pengacara jemputan Melodi sehingga bulan depan? Sama-sama kita tunggu kesudahannya di Melodi TV3. Udada Ubabye!!



ED: OK juga kalau Sarimah mengacara Melodi.

Kenapa murid ponteng kelas?

Hai, hari ini ED nak kongsi sedikit kisah yang berlaku di sekolah pagi tadi. Kisahnya begini, sedang ED mengajar Moral murid2 tahun 3, tiba-tiba ada beberapa orang murid kelas ED menghantar kawannya kepada ED. Mereka cakap, murid tersebut telah ponteng dan tidak masuk ke kelas. Kenapa murid tersebut ponteng? Jom siasat bersama ED. 


Macam biasalah, ED mesti tanya sebab kenapa murid tersebut ponteng kelas. Murid2 yang menghantarnya tadi, ED suruh kembali ke kelas mereka semula. Jom ikuti temubual ED bersama murid yang didakwa ponteng kelas tersebut.

ED: Kenapa awak tak masuk kelas tadi?

Murid: Mereka tipu cikgu, saya masuk kelas tadi.

ED: Kalau mereka tipu, kenapa ramai murid yang hantar awak ke sini tadi?

Murid: Betul cikgu, saya tak ponteng cikgu (airmatanya bergenang...)

ED tak puas hati. Takkan la murid yang ramai2 tadi sesuka hati nak hantar dia kat ED. ED menyuruh seorang murid memanggil saksi murid yang menangkap murid tersebut. Mungkin ED akan dapat tahu jawapannya. Setelah murid yang ED kehendaki sampai, ED pun meneruskan siasatan ini. Hehe..

ED: Macam mana awak tahu murid ini ponteng tadi?

Saksi: Saya yang tangkap dia di tandas.

ED: Apa, dia ponteng kelas dan duduk di tandas?

Saksi: Betul cikgu. Dia duduk di tandas lama2.

ED: Apa yang dia buat dalam tandas lama2?

Cuba teka? Apa yang murid tu buat dalam tandas lama2? Jawapan ni memang pertama kali ED dengar. Dah sedia nak tahu? Jom ikuti kesudahan perbualan ini.

Saksi: Sebenarnya cikgu, dia lama di tandas sebab dia main cicak. 

ED: Main cicak?

Saksi: Dalam kelas tadi, ada cicak dalam kelas. Lepas tu, cikgu suruh dia buang. Bila dia keluar buang cicak, dia tak masuk kelas. Bila saya cari dia di tandas, dia sedang main-mainkan cicak itu. Dia buka air dalam sinki, lepas itu dia letak cicak dalam air. Dia kata, ada cicak swimming. Lepas itu, cicak itu mati lemas cikgu.


Hahaha.. Ada-ada sahaja murid2 4 Baiduri ni. Tak tercapai akalku. Gara-gara asyik bermain cicak, sampai terlupa nak masuk kelas. Sebab ini alasan yang pelik, ED nak dengar lagu Elyana, tak tercapai akalku. Udada Ubabye!!




ED: Alasan yang pelik kan?


Rabu, 25 April 2012

Syarif Sleeq jadi gangster?

Hai, hari ini ED nak cerita tentang anggota kumpulan Sleeq iaitu Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 23 tahun. Betul ke dia jadi gangster sekarang ini? Jawapannya ya, tetapi hanya dalam drama Anak Metropolitan 3 di siaran tv Singapura (Suria). ED terkejut apabila dia terpilih membawakan watak utama dalam drama ini. Wataknya ganas dan digeruni dalam Anak Metropolitan 3.

 Syarif Sleeq

Drama Singapura, Anak Metropolitan merupakan drama kegemaran ED pada suatu masa dahulu. Drama yang mengupas isu sosial dikalangan remaja Melayu Singapura ini menarik untuk ditonton. ED mengikuti drama ini dari musim pertama lagi. Masa tu ED di sekolah menengah. Hehe.. Tak sangka, tahun ini ada lagi kesinambungan Anak Metropolitan 3. 

 Drama Anak Metropolitan 3

Mampukah Syarif Sleeq membawakan watak ganas dengan berkesan? Jom tengok sendiri Anak Metropolitan 3, khususnya untuk orang2 JB yang dapat siaran TV Singapura. Hehe.. Udada Ubabye!!

 Promo Anak Metropolitan 3




ED: Teringat balik kenangan masa drama Anak Metropolitan musim pertama.

Lagu latar Cinta Buat Emelda episod 19


Hai, ED nak update lagu latar Cinta Buat Emelda episod 19. Lagu best dalam episod tadi ialah semasa babak Azida diminta menerima cinta Emeriz. Lagu latar tersebut nyanyian Melly Goeslaw. Tajuknya, Kembalikan Lagi Senyumku. Jom dengar lagu penuhnya di bawah ini.


Satu lagi lagu latar best ialah semasa babak romantik Emelda dan Aril. Tajuk lagunya Kembali Pulang nyanyian Kumpulan Kangen Band.



Kalau dikira-kira, banyak sungguh lagu latar dari Indonesia yang digunakan dalam drama Cinta Buat Emelda. Okelah, Udada Ubabye!!




ED: Menjadi betul la Almy Nadia bawak watak sedih.

Selasa, 24 April 2012

Drama Suri, akan datang dalam slot Azalea TV3

Hai, dah lama tak nampak Izreen Azminda di TV3. Bagi peminat Izreen Azminda, saksikan dia dalam drama terbaharunya yang bertajuk Suri. Drama Suri akan ditayangkan dalam slot Azalea TV3.

 
 Izreen Azminda dan Hanez Suraya antara pelakon Suri

Selain Izreen, drama Suri dibintangi juga oleh Hanez Suraya, Dato Eizlan Yusoff dan Datin Noniswara. Kemungkinan besar drama ini akan ditayangkan pada bulan Mei selepas drama Bonda. Okelah, kalau ada apa2 update tentang drama ini, ED akan beritahu kemudian. Udada Ubabye!!




ED: Sama2 kita nantikan..

Isnin, 23 April 2012

Pendam, Lagu latar Cinta Buat Emelda episod 17


Hai, mesti ramai yang tersentuh menonton drama Cinta Buat Emelda episod hari ini. Lebih2 lagi dengan lagu latarnya yang menghidupkan lagi jalan ceritanya. 

 Babak sedih Cinta Buat Emelda hari ini

Lagu yang betul2 memberikan kesan dalam drama ini salah satunya ialah Pendam nyanyian Shahir. Ada pun, lagu artis Malaysia. Jom dengar balik lagu Pendam.


Selepas ini, mesti menjadi bualan hangat lagu Pendam ni. Hari Sabtu lepas, lagu Pendam ini juga digunakan dalam Cerekarama Menara Cinta. ED tak nafikan, memang best lagu Pendam ni. ED akhiri dengan sebuah lagi lagu yang memberikan kesan di hati anda petang tadi, babak selepas Aril menampar Emelda. Udada Ubabye!!

 Firman ni adalah bekas peserta Indonesian Idol



ED: Minggu depan episod akhir Cinta Buat Emelda!

Kenapa tak boleh bawa telefon bimbit ke sekolah?

Hai, catatan hari ini tentang ED di sekolah. Semasa waktu Moral pagi tadi, ED mengajar murid2 supaya menelefon ibu dan bapa sekiranya lambat balik ke rumah. Jika mereka berada di sekolah, mereka boleh menelefon ibu bapa menggunakan telefon awam yang disediakan.  Selepas itu, ED bersoal jawab bersama murid2 tentang kenapa telefon bimbit tidak dibenarkan bawa ke sekolah?


Jom ikuti pandangan murid2 Moral ED tentang kenapa telefon bimbit tidak dibenarkan bawa ke sekolah?

ED: Cikgu nak tanya, kenapa murid2 tidak dibenarkan bawa ke sekolah?

Murid A: Saya cikgu!

ED: Ok, awak! Jawab.

Murid A: Kalau kita bawa handphone, nanti kita tak belajar. Kita selalu tengok handphone.

ED: Ok. bagus jawapan awak. Ada lagi tak alasan lain?

Murid B: Saya cikgu!

ED: Ok, apa jawapan awak?

Murid: Nanti mata kita boleh buta.

ED: Salah tu, kalau tengok handphone mata boleh buta, cikgu dah tak pakai handphone dah..

Hahaha.. Tersenyum ED dengar jawapan murid B tersebut. Okelah, catatan hari ini ringkas sahaja. ED ada kerja yang perlu disiapkan hari ini.  Udada Ubabye!!




ED: Telefon bimbit zaman sekarang semakin canggih.

Ahad, 22 April 2012

Promo SCTV Music Awards 2012 sama macam AJL 26?

 Cuba teka, apa persamaan di antara gambar ini? 

Hai, bila ED lihat iklan sebuah anugerah hiburan di siaran TV Indonesia ni, ED teringat akan iklan Anugerah Juara Lagu 26. Ini kerana anugerah tersebut menggunakan tema air seperti AJL 26. Mungkinkah warga kerja di sana menginspirasikan AJL 26? Itu ED tak pasti. Kalau ya, ini bermakna TV3 mampu memberikan inspirasi kepada siaran TV serantau.

Jom tengok balik antara iklan AJL 26 yang lepas..

SCTV Music Awards Indonesia ni macam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM). Ianya akan berlangsung pada 27 April ini di SCTV (saluran tv sana). ED akhiri dengan iklan SCTV Music Awards yang bertemakan air tetapi jalan ceritanya berbeza dengan iklan AJL 26. Udada Ubabye!!






ED: TV3 memberikan inspirasi..

Sabtu, 21 April 2012

Polis nak saman...

Hai, ini sambungan daripada kisah ED menjadi guru pengiring ke Program Didik Bistari tadi. Ada 2 orang murid yang ED kena hantar ke rumah. Semasa dalam perjalanan ke rumah murid di Puteri Park, ada sekatan jalan raya oleh pihak polis. Terkejut ED apabila melihat 2 orang murid ED tidak memakai tali pinggang keledar. Apa lagi, ED menyuruh mereka memakai tali pinggang keledar cepat2. Harap2, polis2 tersebut tak perasan.


Apabila kereta ED menghampiri sekatan polis2 tersebut, ED diminta ke tepi. Selepas itu, seorang pihak polis meminta ED mengeluarkan lesen dan IC. Aduh, mesti kena saman ni! ED tertanya2 dalam hati, "mungkin aku kena saman sebab budak2 tu tadi tak pakai tali pinggang keledar kot?' Selepas pihak polis itu memeriksa lesen dan IC, dia menulis nama ED di borang yang dipegangnya. Sah, mesti kena saman ni. Selepas itu, dia bercakap tentang kesalahan ED. Nak tahu, apa kesalahan ED? Lihat gambar di bawah.

Nombor flat depan kereta ED dah takde..

ED betul2 tak perasan yang nombor flat depan kereta dah hilang. Mungkin pagi tadi, nombor flat tu melayang semasa hujan lebat. Tambahan pula, jalan raya dipenuhi air. ED cuba menerangkan perkara sebenar, tetapi nama ED tetap ditulis pada borang saman itu. Aduh, kalau hari ini bukan rezeki ED, redha je la.


Setelah nama ED siap ditulis, polis tersebut ternampak name tag di baju ED. Dia pun tanya bahawa ED ni cikgu ke? ED menjawab ya. Selepas itu, polis itu berkata, "nanti awak beli nombor flat kereta ni. Saya tak jadi la nak saman awak." Alhamdulillah, keajaiban berlaku di saat2 akhir. Akhirnya, ED tak jadi disaman. Kepada polis2 tersebut, ED ucapkan terima kasih kerana memahami ED. Apabila mereka nampak ED senyum lega, mereka pun senyum juga. Hehe.. Okelah, hari ini dalam sejarah. Udada Ubabye!

Name tag ED. Hehe..


ED: Setakat ini, ED belum pernah kena saman lagi.

Menjadi guru pengiring ke Program Didik Bistari 2012


Hai, hari ini dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, ED berada di Sekolah Menengah Agama Johor Bahru di Johor Jaya. Ini kerana ED telah menjadi guru pengiring membawa 6 orang murid ke Program Didik Bistari 2012. Apa itu program Didik Bistari? Didik Bistari merupakan program keusahawanan (ala, yang murid2 meniaga kat sekolah tu) anjuran Johor Corporation. Jom lihat apa sahaja aktiviti ED di sana melalui gambar2 di bawah ini.

Program ini ialah bengkel keusahawanan. Murid2 didedahkan dengan ilmu2 bagaimana mahu memulakan perniagaan. Ini ialah aktiviti latihan dalam kumpulan. ED cuma pantau sahaja.

Selepas berbincang, murid2 dikehendaki membentangkan hasil perbincangan kepada khalayak ramai.

Selepas itu, ada upacara perasmian oleh Pegawai PPD Pasir Gudang yang baharu, Puan Hajah Fatimah Binti Ahmad.

Selepas makan tengah hari, murid2 didedahkan dengan simulasi permainan catur keusahawanan Cilik Bistari.

Pernah tengok permainan ni?

Permainan catur Cilik Bistari ni macam permainan Saidina atau Jutaria. Cuma lebih rumit sikit. Baru mencabar!

Macam biasa, murid2 bermain, ED tengok je. Hehe.. Cikgu yang disebelah ED tu ialah guru pengiring juga.

Selepas bermain catur Cilik Bistari, murid2 pergi ke dewan untuk mendengar ceramah agama tentang keusahawanan Islam. Selepas ceramah agama, maka berakhirlah program sehari suntuk itu. Sebelum balik, kami dibekalkan dengan 2 ketul ayam goreng tajaan KFC. Sedapnya... Udada Ubabye!!

 Semasa ceramah keusahawanan Islam, ramai juga murid yang tertidur. Huhu..



ED: Berniaga adalah amat digalakkan dalam Islam.

Jumaat, 20 April 2012

Pencuri pensel shaker

Hai, hari ini ED nak kongsi cerita tentang di sekolah pagi tadi. Kisahnya tentang anak murid kelas ED yang kantoi mencuri pensel shaker dalam kelas2 lain pada waktu rehat. Pada hari Rabu lepas, murid kelas ED telah ditangkap oleh guru penolong kanan HEM (GPK) kerana mencuri banyak pensel shaker. Biasala, murid kelas belakang, ada sahaja kerenahnya. 


Hari ini, GPK HEM memanggil murid yang mencuri tersebut sekali lagi. Ini ekoran dakwaan murid2 kelas ED mengadu bahawa murid ini mencuri lagi di kelas. GPK HEM sempat berbual dengan ED tentang perbualan bersama murid lelaki itu. Kelakar ED dengar perbualan murid yang mencuri tersebut bersama GPK HEM. Nak tahu apa yang kelakar? Jom ikuti perbualan mereka.

GPK: Kawan2 awak kata, hari ini awak mencuri lagi. Betul ke?

Murid: Tak la cikgu.

GPK: Kenapa awak ni suka mencuri? Baru je saya tangkap awak hari tu.

Murid: Saya dah tak curi lagi cikgu. Sekarang saya dah sembahyang. Tak mungkin saya curi.

Hahaha.. Ada sahaja alasan helah bela diri murid tu. Tadi dalam kelas, ED selongkar beg murid lelaki tersebut, tetapi ED tak jumpa barang2 yang mencurigakan. Hari Rabu lepas, murid tersebut memang sah mencuri apabila ada murid lain nampak dia menyimpan barang2 curiannya di dalam paip bomba. Wah, modus operandinya macam pencuri profesional. Okelah, ED akhiri dengan lagu Ketahuan daripada Matta. Udada Ubabye!!



ED: Sejak kes kecurian tersebut, ED susah nak percaya dengan murid tersebut.

Khamis, 19 April 2012

Drama Paan Paiz TV3, basuh kucing dalam mesin basuh!

Hai, setelah ED tengok 2 episod drama komedi Paan Paiz di TV3, ED boleh rumuskan bahawa drama tersebut bagus, menarik, dan yang penting kelakar giler! Sesuai ditonton untuk orang2 yang tension. Bila tengok drama ini, dijamin anda akan gelak. Hahaha..


Drama Paan Paiz ini mengisahkan tentang persahabatan Paan dan Paiz yang terlalu baik dan rapat. Walaupun Paiz sudah berkahwin, Paan nekad tinggal bersama dengan Paiz. Kebetulan, isteri Paiz ni adalah adik kepada Paan. Kira Paan ni abang ipar dia la. Tema persahabatan dalam drama ini memberikan pengajaran yang baik untuk semua. Semalam, ED tak boleh tahan gelak apabila, si Paiz ni suka basuh kucingnya "Jojet" dalam mesin basuh. Hahaha.. Memang lawak!

Drama Paan Paiz ni terbitan Radius One Production yang terkenal dengan drama2 kreatif seperti Ramadan Terakhir. Untuk pengetahuan anda, TV3 sekali lagi akan menggunakan drama terbitan Radius One Production untuk drama Ramadan tahun ini. Mesti best ni. Okelah, sama2 kita nantikan drama Ramadan terbaharu di TV3.  Udada Ubabye!!



ED: suka drama2 Radius One Production!

Sinopsis Cerekarama Menara Cinta TV3

Hai, telemovie Menara Cinta lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad akan ditayangkan pada hari Sabtu (21 April 2012). Selain mereka, ada juga Nabila Huda, Zulhuzaimy dan Roznah Johari. Setelah ED baca sinopsis drama ini daripada blog Anizyn, rasanya anda mesti tonton telemovie ini kerana jalan ceritanya yang menarik. Nak tahu tak tentang sinopsisnya? Jom baca di bawah ini.

 Pelakon utama, Fahrin dan Fasha.

Sinopsis Menara Cinta

Menara Cinta mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri yang tiada lagi persefahaman dalam melayari bahtera rumah tangga lalu mengambil keputusan untuk bercerai.

Selepas berpisah, Sofea (Fasha Sandha) meninggalkan rumah Rizwan (Fahrin Ahmad) dengan ditemani oleh kekasih barunya, Danial iaitu seorang hartawan. Sofea akhirnya mengikuti Danial pulang ke England dan bernikah dengannya di sana kerana Danial dan keluarganya menetap di Manchester, England.

Ibu bapa Rizwan adalah salah satu punca penceraiannya, memujuk Rizwan segera berumah tangga dan mendapatkan zuriat apabila mengetahui Sofea sudah mempunyai pengganti Rizwan. Hubungan rapat semasa menjalani proses penceraian di mahkamah bersama Nur, peguam syarie Rizwan membuahkan bibit kemesraan antara mereka. Lantas mereka akhirnya bertunang.

Ketika hampir tarikh majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Ketika di Paris, takdir Allah SWT mempertemukan Rizwan dan Sofea di sebuah pulau cinta di tengah-tengah sungai indah di kota Paris. Hakikatnya, hati Rizwan tidak pernah melupakan Sofea. Sofea adalah cinta pertamanya dan mereka bercerai tanpa pergaduhan besar. Tambahan pula, Paris adalah kenangan berbulan madu buat mereka berdua.

Setelah Rizwan mendapat tahu Sofea telah diceraikan Danial, lantas dia merahsiakan statusnya sebagai tunangan orang kerana berasakan dia boleh mengubah masa lampau. Namun, laluan cinta mereka di Paris terganggu dek kehadiran Danial yang gila talak. Danial tidak dapat melupakan Sofea dan sering mengekorinya, malah mengganggu dan mengugut Rizwan.

Rizwan bimbang akan kehilangan cinta Sofea, lantas tanpa berfikir panjang, Rizwan mengambil keputusan bernikah dengan Sofea di Paris. Sekembalinya ke Malaysia, Rizwan memohon maaf kepada Nur kerana terpaksa memutuskan pertunangan mereka. Rizwan mengaku dia tidak pernah mencintai Nur sedalam cintanya terhadap Sofea. Nur termakan dengan hasutan bakal mentua. Dia menyaman Rizwan di mahkamah syariah dan menuntut ganti rugi RM1 juta kerana memungkiri janji untuk berkahwin.

Sofea semakin tertekan dan bersedia untuk mengundur diri. Malah, Sofea menerima tekanan maha hebat apabila Danial kerap mengganggunya dengan pelbagai ugutan termasuk berjanji akan memalukan Sofea dengan menyebarkan foto peribadi ketika mereka berbulan madu dulu.

Akhirnya tekanan melampau itu membuatkan Sofea tiba-tiba rebah dan sukar bernafas. Dia dimasukkan ke ICU. Doktor mengesahkan Sofea diserang pneumonia (radang paru-paru). Puncanya, dia adalah pembawa virus HIV. Mampukah Sofea mengharungi dugaan yang sudah tertulis untuknya? Adakah Rizwan masih setia menerima Sofea seadanya setelah mendapati insan disayangi menderita virus HIV? Dapatkah Sofea dan Rizwan mengecapi kebahagian untuk bersama? 

Bagaimana? Best tak? Okelah, sama2 kita tengok pada hari Sabtu ini di TV3. Bercerita tentang Fasha Sandha, minggu depan adalah hari bersejarahnya untuk bergelar status seorang isteri. ED harap agar semuanya berjalan lancar. Selamat berbahagia untuk Fasha Sandha. Udada Ubabye!!

Fasha dan Jejai.
Sumber gambar: MyMetro



ED: Selamat menonton!

Rabu, 18 April 2012

Drama Seindah Sakura menggantikan Cinta Buat Emelda di TV3

Hai, seperti yang ED telah maklumkan sebelum ini, drama Seindah Sakura akan menyusul selepas drama Cinta Buat Emelda berakhir. Bermula pada 7 Mei 2012, anda akan dapat saksikan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad dalam Seindah Sakura di TV3.

 Poster Seindah Sakura

Pada hari Ahad lepas, ED telah memberitahu anda tentang tarikh episod akhir Cinta Buat Emelda. Bagi anda yang terlepas untuk membacanya, sila klik di sini. Jom kita buat rumusan tentang drama Cinta Buat Emelda dalam segmen Zest & Zrett!


5 yang Zest Cinta Buat Emelda!
  1. Jalan ceritanya menarik.
  2. Lakonan Almy Nadia memang menjadi membawakan watak Emelda. Jarang2 dapat tengok dia pegang watak utama.
  3. Lagu tema Nera, Hatiku milikkmu memang sesuai dengan drama ini.
  4. Sinematografi drama ini juga menarik. Banyak shot yang cantik2.
  5. ED suka montaj dan logo tulisan drama ini. Simple tapi menarik.
 2 yang Zrett Cinta Buat Emelda!!
  1. Banyak sangat lagu latar dari Indonesia.
  2. Tertanya2, suami kepada Huda (Rebecca) tu kerja apa erk dalam drama tu? Asyik berada di rumah sahaja.
 ED suka logo tulisan Cinta Buat Emelda

Okelah, rumusan diatas berdasarkan pendapat peribadi ED sebagai penonton sahaja. Selepas ini, ED boleh tengok lakonan Fasha Sandha lagi di TV3. Hehe.. Teruskan membaca blog EDtv untuk update drama2 TV3 pilihan. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Menjadi guru pengiring ke Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah

Hai, catatan yang ini barulah tentang kisah ED di sekolah pada hari ini. Hari ini ED tidak mengajar di sekolah kerana ED ditugaskan untuk menjadi guru pengiring menghantar seorang wakil murid sekolah ED ke Sek. Keb Taman Megah Ria, Masai. Ini kerana hari ini berlangsungnya pertandingan Sahibba Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pasir Gudang di sana.


Jom lihat gambar suasana pertandingan pagi tadi..

 Murid sekolah ED yang sedang mengambil jubin di dalam kantung.

Hakim sedang menjaga masa.

Keputusannya, murid sekolah ED hanya berjaya mara ke peringkat suku akhir sahaja. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Yang penting, dia sudah berusaha memberikan yang terbaik.

Walaupun tak menang, hidup mesti kena ceria. Hehe..

Okelah, inilah cerita ringkas daripada ED untuk hari ini. Tips penting untuk memenangi pertandingan Sahibba, anda mesti banyak tahu tentang perkataan2 yang ada dalam Kamus Dewan. Udada Ubabye!!

ED: Pengalaman pertama menjadi guru pengiring pertandingan Sahibba.

Murid panas baran!

Hai, catatan ini tentang kisah ED di sekolah semalam. Tak sempat la nak update semalam. Kisahnya tentang seorang murid lelaki yang cuba memukul seorang murid perempuan pada wak tu rehat. Murid lelaki tersebut terkenal dengan sifat panas barannya di sekolah. Dia selalu menjadi bahan usikan, kerana bila dia marah, dia akan berperangai seperti "dirasuk" hantu. Semalam dia mahu memukul murid perempuan tersebut kerana katanya, murid perempuan itu mengejeknya pada waktu rehat. Adakah murid perempuan itu teruk dipukul olehnya? Ikuti kesudahan ceritanya di bawah ini...


Selamat, seorang ustaz sempat memegang murid lelaki itu dan menyuruh ED membawanya naik ke kelasnya. Sementara menunggu murid2 lain naik ke kelas, ED sempat berbual dengan murid lelaki tersebut untuk meredamkan kemarahannya. Jom ikuti perbualan ED bersama murid panas baran tersebut. Eksklusif!

ED: Mereka masih ejek awak lagi ke?

Murid: Ya, cikgu. Mereka ejek saya. Sampai mimpi pun, saya nampak mereka ejek saya. Saya tak tahan cikgu!

ED: Ok, awak duduk dalam kelas dulu, nanti murid2 dah naik kelas, awak panggil murid yang ejek awak tadi. Nanti cikgu pukul dia.

Murid: Cikgu, mereka sudah melanggar peraturan hidup saya. Mereka ejek saya. Hari2 mereka ejek saya.

ED: Lain kali, kalau mereka ejek awak. Awak bagitahu saya.

Murid: Esok saya nak bawa pistol mainan warna hitam yang ada laser ke sekolah. Saya nak tembak mereka yang ejek saya.

ED: Jangan, nanti cikgu lain rampas! Bagitahu cikgu je kalau mereka ejek awak lagi. Ha, murid2 dah naik ke kelas. Cepat, awak pergi panggil murid yang ejek awak tadi.

Murid lelaki tersebut memanggil kembali murid perempuan yang mengejeknya. Setelah itu, ED menyuruhnya masuk ke kelasnya kembali. Sekarang, jom ikuti temubual ED bersama murid perempuan yang mengejeknya pada waktu rehat.

ED: Kenapa awak ejek dia? Awak dah tahu perengai dia panas baran, kenapa awak nak ejek dia?

Murid: Saya tak tahu cikgu. Saya ikut kawan2 saya je.

ED: Awak ejek dia apa?

Murid: Michael Jackson! (sebab nama murid tersebut ada perkataan Michael)

Hahaha.. Sebenarnya ejekannya tiada la parah mana pun. Cuma murid lelaki tersebut memang pantang jika diusik. Mesti dia akan marah besar. ED menasihati murid perempuan itu supaya tidak mengulanginya kerana murid lelaki tersebut tidak sama seperti murid lain. Jika anda amati perbualan ED bersama murid lelaki tersebut, anda boleh rasakan bahawa dia seorang murid yang "psiko". Udada Ubabye!!

 Murid lelaki tersebut


ED: Sarang tebuan jangan dijolok..

Selasa, 17 April 2012

ED dalam Telemovie Dewi Kasihku malam ini di TV2

Hai, akhirnya Telemovie Dewi Kasihku akan tayang pada pukul 10 malam ini di TV2. Jangan terkejut kalau nampak muka ED dalam telemovie tersebut. Hehe..


Antara pelakon hebat yang akan membintangi telemovie ini ialah Eira Syazira, Azlee Khairi dan Zack. ED terlibat sebagai pelakon tambahan sahaja semasa babak Eira Syazira dilanggar kereta. Bagaimana ED boleh terlibat dalam telemovie ini? Sila baca kisahnya di sini. Okelah, ini pengalaman pertama ED menjadi pelakon tambahan. Udada Ubabye!!



ED: Teruja!

Ahad, 15 April 2012

Tarikh episod akhir drama Cinta Buat Emelda

Hai, selamat berhujung minggu. Kepada anda yang minat sangat dengan drama Cinta Buat Emelda, hari ini ED akan bagitahu anda tentang tarikh episod akhirnya. Dah tahu belum? Jom lihat gambar di bawah ini.

Jika tiada pindaan, drama ini akan berakhir pada 3 Mei 2012

Kalau anda tengok drama ini pada minggu lepas, rasa macam dah nak habiskan cerita ni. Tetapi masih ada lagi 12 episod. Jom ED bocorkan sedikit cerita seterusnya dalam episod akan datang.

Akhirnya, Emelda bersetuju untuk berkahwin dengan Aril Fatah

 Selepas berkahwin, Aril mula curiga terhadap Emelda. Konflik baru muncul setelah Aril mengetahui Emelda bukan Elmira. Bagaimana sikap Aril setelah mengetahui Emelda bukan ibu kandung Dania? Yang ni anda kena tengok sendiri sampai ke episod terakhir.

Best juga jalan cerita Cinta Buat Emelda ni. Kepada anda yang dah baca novel Kasih Antara Kita, jangan pertikaikan jika jalan cerita drama ini berbeza dengan novelnya. Ini kerana drama adaptasi biasanya tidak 100% sama seperti di dalam novel. Kalau sama, tak surprise la bila menonton. Okelah, Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...