Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Selasa, 31 Julai 2012

Telemovie Syawal Buat Elysa tak jadi buat!

Hai, esok dah mula bulan Ogos. Sepatutnya bulan Julai ini, ada penggambaran telemovie raya Syawal Buat Elysa. Tetapi, senyap je.. Ahad lalu, ED telah bertanya kepada salah seorang krew yang terlibat dalam drama Cinta Elysa tentang perkembangan telemovie ini di Facebook. 

Mengikut perancangan awal, raya nanti ada telemovie ni..

Hari ini, krew tersebut telah memberikan jawapannya. Jawapannya, telemovie Syawal Buat Elysa tak jadi buat sebab para pelakon tidak dapat memberikan komitmen. Maklum la, Fasha Sandha sekarang sibuk dengan penggambaran drama Runtun Qalbu. Johan Asari juga sibuk dengan tawaran lakonan yang lain. Jom baca jawapan Romyzal Rosli, krew Suhan Movies di bawah ini.

Sumber: Facebook Group Drama Suhan Movies

Okelah, kepada peminat drama Cinta Elysa, raya nanti takde Syawal Buat Elysa di TV3 ye.. Harap2 ada kesinambungan yang lain pula. Udada Ubabye!!





ED: Jangan sedih2!

Isnin, 30 Julai 2012

Filem Man Laksa kesukaanku!


Hai, pukul 10 malam ini ada filem Man Laksa di TV2. Filem ini merupakan filem kesukaan ED sampai bila-bila kerana jalan ceritanya yang santai dan kelakar. Walaupun tak logik, ED tetap suka filem ni! Walaupun dah ada CD, ED tetap nak tengok lagi malam ni di TV2. Hehehe... Udada Ubabye!!




ED: Jom tengok ramai2!

Mi Kuah Ekspres EDtv!

Hai, semalam ED tolong emak masak untuk berbuka puasa. Menu buka puasa semalam ialah Mi Kuah Ekspres EDtv. Kenapa ada perkataan ekspres? Sebab ianya mudah dan cepat. Tak percaya? Jom lihat resipinya di bawah ini.

Beginilah rupanya mi kuah semalam resipi ciptaan sendiri. Hahaha..

ED menggunakan bahan2 segera sebagai rencah seperti bebola udang, sosej ayam, isi ketam dan daging cincang. Ekspres bukan?

Lagi 1 sebab namanya Mi Kuah Ekspres sebab cara masaknya cuma campak2 je.. Ekspres kan?

Anda nak cuba? Jika berani, ini resepinya.. Hehe..

Mi Kuah Ekspres EDtv!

Bahan-bahan
A) Bahan2 kisar
30 biji lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

B) Bahan2 rencah
bebola  udang
sosej ayam
isi ketam
daging cincang
telur
sawi
** kuantiti ikut suka hati

C) Bahan2 perisa
kiub perisa daging
garam
gula
serbuk perisa
sos tiram
kicap manis

D) Bahan utama
mi kuning
minyak untuk menumis
air untuk dijadikan kuah

Cara-cara
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan kisar. Campakkan bahan2 perisa di dalam.
3. Masukkan bahan rencah kecuali sayur sawi. Masukkan air mengikut banyak mana yang anda suka. Pastikan air tadi cukup untuk dijadikan kuah.
4.  Letak telur dan sawi.
5. Celur mi kuning.
6. Sajikan mi kuning disiram dengan kuah yang dah siap tadi.

Macam biasa, semalam dah masak, hari ini malas nak masak. Hehehe.. Nak buka puasa dengan kuih muih di bazar sahaja. Udada Ubabye!!




ED: memasak bagaikan membuat eksperimen... Hahaha..

Ahad, 29 Julai 2012

Kenapa ED pilih Ammar dalam episod akhir Dejavu Di Kinabalu TV3?

Hai, hari ini ED nak beri alasan kenapa ED pilih Ammar akan menjadi pilihan hati Nadira dalam episod akhir Dejavu Di Kinabalu TV3. Nak tahu tak? Sebelum itu, ini hanya pendapat peribadi sahaja dan ED tak tahu lagi akan keputusan penonton dalam memilih Ammar atau Bazli dalam episod akhir nanti.


Jika diamati pada jalan cerita Dejavu Di Kinabalu, ianya mengisahkan tentang percintaan Ammar dan Nadira yang dihalangi oleh beberapa sebab yang tak boleh dielakkan. Selalunya, kesudahan cerita akan berpihak kepada pelakon utama (Aqasha dan Tiz Zaqyah). Jika dilihat pada sinopsis episod akhir nanti, Bazli seakan-akan mahu menyatukan Nadira dan Ammar. Jadi, jika Bazli dah redha, Nadira apa lagi? Terima je la si Ammar tu! Hehehe.. Watak Bazli yang baik hati, ED rasa dia tak kisah jika Nadira tidak memilih dia. Itulah alasan kenapa ED pilih Ammar dalam episod akhir Dejavu di Kinabalu.

Lagu untuk Bazli dalam episod akhir. Hehe..

ED harap episod akhir Dejavu Di Kinabalu nanti memuaskan hati penonton. Janganlah Nadira meninggal dunia dalam episod akhir, udah ler.. Penat penonton2 sms pilihan hati Nadira dalam episod akhir. Okelah, Udada Ubabye!!





ED: Sama-sama kita nantikan!

Cepatnya lagu raya dimainkan di radio tahun ini!

Hai, tadi masa ED cuci kereta, tiba2 terdengar lagu raya di Hot Fm. Lepas cuci kereta, ED terus online buka media sosial yang ada. Bila ED buka Twitter, rupa-rupanya radio Era Fm pun dah putar lagu raya. Semakin cepat stesen radio main lagu raya tahun ini! 


ED masih ingat lagi, tahun lepas lagu2 raya mula dimainkan pada 15 hari sebelum raya. Tahun 2011 dan sebelum2nya, lagu raya mula dimainkan pada 10 hari sebelum raya. Tahun ini, lagu2 raya sudah mula dimainkan pada 20 hari sebelum raya. Wah, semakin lama semakin cepat!

ED rasa takde masalah jika stesen radio terlalu cepat mainkan lagu raya sebab orang2 kita sebelum puasa pun dah buat persiapan raya seperti tempahan menjahit baju raya, tempahan kuih raya dan macam2 tempahan lagi. Okelah, ED akhiri dengan lagu raya yang ED dengar di Hot Fm pagi tadi. Udada Ubabye!!

Antara lagu raya kesukaan ED




ED: masih ingat lagi ada stesen radio yang ditegur kerana memainkan lagu raya pada 1 Ramadan..

Sabtu, 28 Julai 2012

Telemovie Raya TV9, Hangitnya Raya lakonan penyampai radio Hot Fm!

Hai, jika anda pendengar setia stesen radio Hot Fm, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton Telemovie Raya TV9 iaitu Hangitnya Raya. Semua penyampai radio Hot Fm akan berlakon dalam telemovie komedi ini. Sura Sojangi juga turut berlakon dalam Hangitnya Raya.

 Fara Fauzana, Sura Sojangi dan Suraya.

Usop Wilcha dan Kieran Hot Fm dalam Hangitnya Raya
Sumber gambar: Twitter Sura Sojangi

Telemovie terbitan Suhan Movies ini menarik untuk ditonton di Hari Raya nanti. Bila akan ditayangkan? Yang tu, kita kena tunggu iklan raya di TV9. ED akhiri dengan lagu raya daripada penyampai radio Hot Fm, Hangatnya Raya. Udada Ubabye!!







ED: Sama-sama kita nantikan..

Jom kenali Sura Sojangi, watak Theera Dejavu Di Kinabalu TV3

Hai, dalam Segmen Jom Kenal hari ini, ED nak anda semua mengenali lebih dekat lagi dengan Sura Sojangi yang memegang watak Theera dalam drama Dejavu di Kinabalu TV3. Anda kenal tak? Ala, perempuan yang mak Bazli suruh kahwin tu... ED nak ucapkan tahniah kepada Sura Sojangi kerana terpilih melakonkan watak Theera dalam drama hebat arahan Eirma Fatima. Walaupun dia bukan juara rancangan Pilih Kasih 3, tetapi dia telah berjaya berlakon dalam drama hebat ini.

Sura Sojangi atau Theera dalam Dejavu di Kinabalu

Nama penuh Sura Sojanggi ni ialah Maisurah Binti Sojangi. Dia baru berumur 22 tahun dan berasal dari Selangor. Pemilik ijajah diploma teater ini pernah menyertai Anak Wayang Astro dan Pilih Kasih 3. Dia ni seorang yang periang dan suka mencuba sesuatu yang baru (sumber: Facebook Sura Sojangi PK3)

Sura Sojangi dalam Pilih Kasih 3

Bercakap tentang watak Theera dalam Dejavu di Kinabalu, ED rasa ramai penonton yang membenci wataknya. Ini kerana watak Theera yang psyko dan tiba-tiba je muncul di antara watak Bazli dan Nadira. Tetapi anda jangan risau, Theera dan Bazli tidak akan bersama dalam drama tersebut. Hehehe... Nak tahu apa jadi pada Theera di minggu akhir Dejavu? Saksikan sendiri baki 4 episodnya ye.. Udada Ubabye!!





ED: Sedap namanya Sura Sojangi! Kan?

Jumaat, 27 Julai 2012

Cikgu, saya berasal dari Kelantan!

Hai, bulan puasa ni takde segmen ED di sekolah ke? Jawapannya, jika ada kisah2 lucu atau menarik ED bersama murid di sekolah, ED pasti akan berkongsi dengan anda. Seperti kisah pagi tadi, ED rasa cerita ini sesuai dikongsi bersama. Hehe..


Kisahnya berlaku apabila masa Moral pagi tadi, ED telah membawa empat orang murid Moral ke Pusat Sumber. Kerana 5 orang murid tak datang, jadi baki empat orang itu ED bawa ke Pusat Sumber untuk membaca buku. Sedang mereka membaca buku, tina-tiba ada seorang murid lelaki India ni memberitahu ED bahawa dia berasal dari Kelantan.

Murid: Cikgu, saya berasal dari Kelantan!

ED: Ye ke? Mana awak tahu awak berasal dari Kelantan?

Murid: Ayah saya bagitahu cikgu.

ED: Kalau macam tu, awak boleh cakap Kelantan la?

Murid: Boleh cikgu!

ED: Cuba cakap Kelantan sikit. Cikgu nak dengar orang India sebut bahasa Kelantan..

Murid: Kelantan.

ED: Hahahaha... 

Buang masa je ED layan murid ni. Huhu.. ED akhiri dengan lagu Joget Kelantan nyanyian Nora kesukaan ED. Udada Ubabye!!







ED: Tak sangka murid ni pandai buat lawak macam ni..

Shanel, penyanyi lagu tema Takdir Qismah follow ED di Twitter!

Shanel, penyanyi baharu yang semakin popular!

Hai, apabila ED buka emel tengah hari tadi, ED terkejut dan juga teruja apabila ada seorang penyanyi telah menjadi follower baharu Twitter EDtv. Penyanyi tersebut ialah Shanel Shanty James yang semakin popular kerana lagunya menjadi lagu tema drama Takdir Qismah di TV3.

Bukti Shanel follow Twitter EDtv.

Anda tak kenal dia? ED yakin lambat laun anda akan kenal dia sebab lagu dia tengah popular sekarang ni. Ramai yang suka lagu Diciptakan Hawa dalam drama Takdir Qismah TV3. ED pun suka lagu dia yang syahdu tu. Setakat ini lagu tersebut belum ada lagi di internet. ED memintanya segera memasukkan lagu Diciptanya Hawa (Takdir Qismah) di internet kerana ED yakin mesti ramai yang mencarinya. ED akhiri dengan video lagunya yang menjadi lagu tema drama Andaiku Tahu di TV9. Udada Ubabye!!







ED: Shanel merupakan bekas peserta Audition NTV7.

Khamis, 26 Julai 2012

Dejavu Di Kinabalu Episod Akhir, ED pilih Ammar!


Hai, hasil undian penonton petang tadi ialah Ammar 50% dan Bazli 50%. Nampaknya agak susah menentukan bagaimana kesudahan drama Dejavu Di Kinabalu yang akan berakhir 2 Ogos nanti. ED rasa, Nadira akan memilih Ammar dalam episod akhir nanti. Nak tahu kenapa? Bersambung esok.. Udada Ubabye!!



ED: Tunggu alasan ED esok ye..

Lagu-lagu latar drama 7 Ramadan TV3

Hai, lagu-lagu latar drama 7 Ramadan semakin menjadi perhatian ramai. Ada yang tahu dan ada yang masih belum tahu tajuk lagu-lagu yang digunakan dalam drama ini. Jom ketahui lagu-lagu latar yang digunakan dalam drama 7 Ramadan.


Tajuk lagu tema drama 7 Ramadan ialah Wujud nyanyian Kumpulan Roman, Mira (Kumpulan Tilu) dan Amylea.  Best lagunya.


Lagu latar yang sering dimainkan dalam drama ini ialah lagu Tika Aku Menangis nyanyian Ibu Lin. Menyentuh betul lagu ni!


Ada juga lagu dari Indonesia iaitu lagu Cinta Pertama dan Terakhirku nyanyian Sherina Munaf. Episod 3 (semalam) ada lagu ni.


Buat pertama kalinya, anda akan mendengarkan lagu baharu nyanyian kumpulan Pompa Bensin dalam  drama ini. Tajuknya Sendiri. Lagu ini akan diupload di internet selepas drama 7 Ramadan berakhir.

Temubual ED bersama Pompa Bensin di Facebook

Okelah, teruskan menonton drama 7 Ramadan ye. Udada Ubabye!!





ED: Drama best, lagu pun best!

Rabu, 25 Julai 2012

Telemovie Aidilfitri, 48 Jam lakonan Hanez Suraya di TV3

Hai, hari ini ED nak kongsi dengan anda sebuah lagi telemovie istimewa sempena Aidilfitri di TV3. Tajuknya 48 jam lakonan hebat Hanez Suraya. Jika dalam drama Suri, Hanez Suraya jadi gadis yang lemah-lembut tetapi dalam telemovie 48 jam ini dia memegang watak sebagai gadis tomboy bernama Rossa. 

 Hanez Suraya dalam 48 Jam.
Sumber gambar: Twitter Hanez Suraya

Eksklusif, ED dah dapat sedikit sinopsis telemovie ini secara langsung daripada Hanez Suraya di Twitter hari ini. Nak tahu? Lihat gambar di bawah ini.

Tajuk 48 Jam diambil kerana apabila Rossa sampai ke KL, dalam masa 48 jam, macam2 perkara berlaku. Nak tahu? Kena tengok sendiri!

Selain Hanez Suraya, pelakon lain yang akan membintangi telemovie ini ialah Adey Syafrien, Harun Salim Bachik, Abun, Roy Azman, Ifa Raziah dan Kak Chik. Kalau tengok dari pelakonnya, mungkin ini telemovie komedi.

 Adey Syafrien

Sama2 kita nantikan telemovie 48 Jam di TV3 sempena Aidilfitri nanti. ED nak beritahu sesuatu tentang Hanez Suraya ni, dia seorang pelakon yang rajin membalas Twitter peminat2nya. Terima kasih kepada Hanez Suraya kerana sudi membalas serta memberikan maklumat tentang telemovie 48 Jam ini. Udada Ubabye!!

Bukti perbualan ED bersama Hanez Suraya di Twitter!




ED: Jalan ceritanya menarik!

Selasa, 24 Julai 2012

Drama 7 Ramadan, drama air mata 2012!

Hai, semalam ED ada terbaca di Twitter tentang drama 7 Ramadan telah mencapai 2 juta penonton pada episod pertamanya Khamis lalu. Tahniah! ED yakin, dari episod ke episod, drama ini akan meningkat ratingnya. Ini kerana jalan ceritanya boleh membuatkan anda ternanti2 episod seterusnya. Ramai yang bersimpati dengan watak Sufiah lakonan Elly Suriati dan membenci watak Ramadhani lakonan Fir Affandi. Betul tak?

Watak utama drama 7 Ramadan, Fir Affandi dan Elly Suriati.

Pastikan anda mengikuti drama 7 Ramadan kerana drama ini akan menggamit perasaan anda. Banyak babak2 sedih dalam drama ini. Serius, sesiapa yang kaki nangis tu, pasti anda akan menangis tengok drama ini! Di setiap episodnya, mesti ada babak yang menyentuh hati.

Antara babak sedih episod 2 malam ini. Lakonan Elly Suriaty memang tidak dapat disangkal lagi. Memang terbaik!

Lagu latar drama ini juga turut menyumbang kekuatan jalan ceritanya. ED akhiri dengan salah satu lagu latar 7 Ramadan. Tajuknya, Tika Aku Menangis. Udada Ubabye!!





ED: Teruskan menonton!

Char Kuey Tiaw basah ala EDtv!

Hai, anda buka puasa apa semalam? Semalam, buat pertama kalinya ED masak char kuey tiaw untuk hidangan berbuka puasa. Sebab terinspirasi dengan char kuey tiaw Penang, jadi ED pun cuba la wat char kuey tiaw basah. Haha.. ED namakannya Char Kuey Tiaw Basah ala EDtv!

Rupa Char Kuey Tiaw Basah ala EDtv di dalam kuali. Hehe..

 Char Kuey Tiaw Basah ala EDtv sedia untuk dimakan.

Bagaimana? Lulus tak ED masak Char Kuey Tiaw? Apa sahaja bahan2 yang ED guna untuk memasaknya? Sediakan pen dan kertas, salin resepinya di bawah ini! Hehehe...

Char Kuey Tiaw Basah ala EDtv!

Bahan-bahan
A) Bahan2 kisar
27 biji lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

B) Bahan2 rencah
sotong
udang
daging cincang
kek ikan
tauge
telur
sawi
** kuantiti ikut suka hati

C) Bahan2 perisa
kiub perisa daging
garam
gula
serbuk perisa
sos tiram
kicap manis

D) Bahan utama
3 bungkus char kuey tiaw
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan kisar. Campakkan bahan2 perisa di dalam.
3. Masukkan bahan rencah kecuali sayur sawi dan taugeh. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan char kuey tiaw
5. Letak sawi dan taugeh.
6. Siap disajikan. Nak sedap, makan dengan sos cili atau cili padi potong dalam cuka.

Semalam ED rajin masak, hari ini tiba giliran malas pulak datang. Sekejap lagi, ED akan ke bazar berdekatan untuk mencari makanan untuk berbuka. Apa yang sedap dipandang, itulah yang ED akan beli. Okelah, selamat menunggu waktu berbuka dan Udada Ubabye!!




ED: Jarang2 mood rajin masak ni datang..

Isnin, 23 Julai 2012

Roti John ala EDtv!

Hai, buat pertama kalinya ED nak berkongsi dengan anda hasil masakan ED untuk berbuka puasa. Entah kenapa, puasa tahun ni ED rasa rajin nak ke dapur. Dah dua hari berturut2 ED buat Roti John resepi sendiri untuk buka puasa sekeluarga. Hehe..

Roti John ala EDtv! Best tak nama dia? Hehe..

ED ingat lagi, dulu masa belajar di UKM, ED suka buka puasa dengan Roti John. ED masak menu ringkas macam ni boleh la. Yang berat2 tu semestinya emak ED yang akan masak. Oke ke ED kongsi hasil masakan ED dalam blog ni? Kalau oke, nanti boleh ED kongsi lagi. Hehe.. Okelah, kalau anda nak buat Roti John ala EDtv, ED tinggalkan resepinya di bawah ini. Udada Ubabye!!

Roti John Ala EDtv:

Bahan-bahan:
1 buku roti potong
200 gram daging cincang
6 biji telur
setengah biji bawang besar
secubit lada hitam
secubit garam
secubit serbuk perasa
1 sudu kicap manis
minyak secukupnya untuk menggoreng
Sos cili dan mayonis sebagai bahan pencicah..

Cara-cara:
1. Tumis bawang, lada hitam, daging cincang, garam, serbuk perasa dan kicap.
2. Bahan yang telah ditumis dicampur dengan telur. Kacaukan bahan2 tadi.
3. Tekap roti didalam bancuhan telur tadi dan letakkan di atas kuali dengan sedikit minyak.
4. Setelah warnanya keemasan, angkat.
5. Roti John yang telah siap bolehlah disajikan dengan sos cili dan mayonis.



ED: suka masak tapi tak suka mengemas. Boleh tak?

Ungkapan Rasa: Sabar bila berpuasa..


Ahad, 22 Julai 2012

Lagu latar iklan Raikan Ramadan TV3, Ya Thoybah.


Hai, ED suka lagu latar dalam satu iklan Raikan Ramadan di TV3. Tajuk lagunya Ya Thaybah nyanyian Sulis. Memang best lagu ni!

Ada liriknya sekali. Boleh karaoke lagu ni sorang2. Hehe..

Lagu ni dah popular dari tahun 2006 di Indonesia. Masa tu penyanyinya Sulis masih kecil lagi. Dulu, dia menyanyikan lagu ini bersama Hadad Alwi. Jom kita dengarkan pula lagu duet mereka di bawah ini.



ED tahu pasal lagu ni sebab ED memang suka lagu ni dari dulu lagi.. Okelah, semoga kita semua dapat bertahan berpuasa dalam cuaca panas hari ini. Udada Ubabye!!



ED: Berhibur lagu2 Nasyid di bulan puasa ni...

Misteri belalang di atas kertas ujian?

Hai, selamat pagi! Lihat gambar di bawah ini..


Pada hari Selasa lepas, ED sibuk membungkus kertas ujian untuk ujian bulanan kedua yang akan bermula hari Selasa ini. Dalam kesibukan ED membungkus kertas ujian, tiba-tiba seekor belalang melompat di atas atas kertas ujian. Pelik, macam mana boleh ada belalang di dalam bilik peperiksaan? Mungkin belalang ini tersesat kot.. Okelah, Udada Ubabye!!





ED: Suka tangkap belalang masa sekolah rendah..

Sabtu, 21 Julai 2012

Kisah menjelang 1 Ramadan..

Hai, ED nak letak gambar tentang apa yang berlaku pada waktu petang semalam di blog ini. Gambar ini akan ED ingat sampai bila2..

Tersalah jalan. ED terlajak memandu sampai ke tempat pemeriksaan lori ke Singapura.

Terpaksa berurusan dengan polis di sana.

Pengajaran yang ED dapat semalam ialah jangan terlalu bergantung pada orang lain dan pandulah kereta mengikut jalan yang kita tahu. Tersalah jalan, mungkin buruk padahnya. Kisah semalam juga memberitahu ED tentang sesuatu yang benar tentang persepsi orang. Maaf, ED tak boleh jelaskan di sini sebab sensitif. Udada Ubabye!!






ED: Dugaan menjelang Ramadan.

Dapat ucapan Salam Ramadan daripada pelakon Indonesia!

Assalammualaikum. Ucapan Salam Ramadan ED di Twitter semalam telah dibalas oleh pelakon drama Kau Yang Terindah TV3. Hafil Andrio Putra telah memberikan ucapan Salam Ramadan kepada ED dan untuk semua warga Malaysia yang baik hati.

Hafil Andrio merupakan follower Twitter EDtv. Hehe..

Nampaknya, pelakon Indonesia ini sangat gembira berada di Malaysia. Hafil beruntung kerana dapat bekerja dengan pengarah hebat seperti Eirma Fatima. Sama-sama kita saksikan Hafil sebagai Firman dalam drama Kau Yang Terindah mulai 6 Ogos nanti di TV3. Udada Ubabye!!

 Pelakon Kau Yang Terindah, Hafil, Neelofa dan Nazim.




ED: Semoga sukses untuk Hafil Andrio Putra!

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadan 2012!

Lokasi: Jalan menghala ke Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru.
Masa: 6.15 petang sebelum munculnya bulan Ramadan.




ED: Selamat datang bulan Ramadan!

Khamis, 19 Julai 2012

Ending drama Ameera TV3, ramai yang tak puas hati?


Hai, malam semalam di media sosial sama ada facebook atau twitter kecoh dengan episod akhir drama Ameera di TV3. Ini ekoran jalan ceritanya di luar jangkaan penonton. Ramai penonton yang tidak berpuas hati watak Amir mati ditembak di hujung cerita. Tetapi, ramai pula yang berpuas hati melihat watak Zila mati kena tembak dengan Faouk. Ya la, kan watak Zila dibenci penonton.

 Babak inilah yang ramai penonton tak puas hati.
Sumber gambar: Facebook Tonton.

Tadi pagi di sekolah, cikgu-cikgu di sekolah ED tak kurang hebatnya bersembang tentang drama Ameera. Mereka tak berpuas hati watak Ameer mati ditembak. Ada juga yang mempertikaikan, kenapa polis tak tembak sahaja Farouk tu semalam? 


ED rasa, episod akhir drama Ameera semalam menjadi perbualan hangat di mana2 sahaja pada hari ini. Bagi pendapat ED, apapun yang terjadi, itu hanyalah lakonan semata-mata. Sesekali buat kelainan, apa salahnya kan? Udada Ubabye!!




ED: Ramai juga yang mengharapkan drama Ameera 2.

Lurus bendul?


Hai, ini satu kisah lagi di sekolah. Semasa dalam kelas tambahan tengah hari tadi, ED memberikan latihan mudah kepada murid darjah 6 (kelas terakhir). ED memberi amaran (psikologi) kepada mereka, jika mereka salah satu soalan ED akan rotan di tangan satu kali.

 
Suasana kelas tambahan tadi..

Biasanya dalam kelas, ED tak nak la terlalu serius sangat. Jadi, kadang-kadang ED buat la lawak sikit (tak tahu la, lawak ke tidak). Lawak ED dalam kelas tambahan tengah hari tadi telah dianggap serius oleh seorang murid yang terlalu lurus.

ED: Siapa salah satu soalan, saya akan bagi satu rotan. Awak anggap rotan ini ubat supaya awak tak buat silap lagi.

Murid: Cikgu, ubat?

ED: Ya, awak anggap dia macam ubat.

Murid: Cikgu letak minyak ke kat rotan cikgu???

ED: Hahaha...

Seorang murid ni tak faham apa yang ED cakap walaupun ED dah jelaskan pada mulanya. Ada ke cikgu yang letak minyak kat rotan? Hahaha... Udada Ubabye!!




ED: Terlalu lurus pun susah juga..

Kes curi semakin menjadi-jadi!

Hai, sejak kebelakangan ini, kes curi semakin menjadi-jadi di sekolah. Semalam dompet murid hilang, hari ini, ada seorang murid mengadu kepada ED tentang pensel shakernya hilang. Maaf, disebabkan 2 orang murid kelas ED pernah mencuri, jadi ED hanya terfikir tentang mereka berdua sahaja. Kenapa ED terfikir mereka terlibat? Baca kisahnya di bawah ini.


ED tak tuduh tetapi cerita yang ED perolehi daripada saksi mata mengarah kepada 2 orang murid kelas ED. Murid yang pertama tadi berada di tandas hampir 30 minit. Biasanya, modus operandi mereka ialah menyembunyikan barang2 curi di tandas.  Bila ED tanya murid tersebut, jawapannya buang air besar dan tolong jirus lantai tandas yang kotor. Boleh percaya ke?

Murid yang kedua ini pulak, makcik cleaner memberitahu ED bahawa dia selalu nampak murid ini pergi ke tandas. Makcik cleaner rasa lain macam bila selalu sangat nampak murid ni pergi ke tandas. Bila ED jumpa dan tanya murid yang kedua ini, jawapannya mestilah dia tak curi. Hasil siasatan ED di dalam pensel box nya, lihat sendiri gambar di bawah ini.

 Ada banyak pensel shaker di pensel box nya. Kata murid tersebut, ibunya yang beli semua pensel ini.

Sampai hari ini, ED masih gagal mencari bukti bahawa mereka terlibat. Padahal, pagi tadi ED dah menyiasat dengan beberapa orang murid di semua tandas murid lelaki. ED tak boleh tuduh tanpa bukti yang kukuh. Takpe, ED pegang peribahasa ini, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Selepas kes ini, ada pulak kes baru. Semasa waktu Moral pagi tadi, ada ramai murid memberitahu ED tentang seorang murid ni suka mencuri makanan di kantin pada waktu rehat. Hari ini, murid tersebut telah mencuri daging burger. Setelah mendapat bukti kukuh, ED terus menghantar murid tersebut ke kantin untuk membayar sekaligus meminta maaf. Hai, tak sudah2 kes curi hari ini. Udada Ubabye!!



ED: tak puas hati selagi tak dapat cari bukti yang kukuh...

Rabu, 18 Julai 2012

Spot check beg murid!

Hai, ini kisah ED di sekolah pagi tadi. Semasa di kelas 4 Baiduri, seorang murid mengadu dompetnya telah hilang. Semakin menjadi-jadi pulak kes curi dalam kelas ED. Pagi tadi, ED telah menjalankan spot check beg murid. Mana la tahu boleh jumpa dompet murid tersebut.


Untuk memudahkan ED spot check beg murid, ED menyuruh semua murid mengeluarkan semua benda yang ada dalam beg dan letak di atas meja. Jadi, ED cuma cek poket2 yang ada dalam beg sahaja. Selepas itu, barulah ED memeriksa satu persatu beg murid. Ada 2 beg murid yang ED tergelak semasa menjalankan spot check. Nak tahu apa yang ED jumpa? Baca perenggan seterusnya di bawah ini.

Beg yang pertama, ED tergelak sebab ED jumpa sepasang kasut sekolah dalam beg seorang murid lelaki ni. Terkejut pun ada juga sebab dia tak berani keluarkan sepasang kasut tersebut. ED tanya murid tersebut, kenapa dia bawa kasut dalam beg? Jawabnya, kalau kasut yang dipakainya basah ketika hujan, dia boleh pakai kasutnya yang sepasang lagi. Hahaha...

Beg yang kedua, ED tergelak sebab ED jumpa sepasang stoking yang dah digunakan pulak. Yang ni, ED tak tanya murid tersebut. Bila ED jumpa stoking dia, semua murid ketawa. Memang kena la spot check ED hari ini, jumpa kasut dan jumpa stoking. Sepadan kan? Hahaha.. Dompet yang hilang tersebut ED tak jumpa pulak. Benda lain yang ED jumpa. Hehe..Spot check yang kelakar bagi ED hari ini. Udada Ubabye!!

 Gambar hiasan. ED tak sempat ambil gambar kasut dan stoking tersebut.




ED: Lain yang dicari, lain pula yang ditemui.. Hahaha..

Selasa, 17 Julai 2012

Lagu latar melankolik Dejavu Di Kinabalu, Langit Menangis oleh Nazim Othman

Hai, tak sangka rupa-rupanya lagu yang latar melankolik dalam drama Dejavu Di Kinabalu ialah lagu Nazim Othman. Lagu latar tersebut seringkali dimainkan dalam babak-babak kecewa Bazli kehilangan Nadira. Mesti anda perasan punya lagu ni.



Tajuk lagu tersebut adalah Langit Menangis dan dicipta sepenuhnya oleh Nazim Othman. Wah, berbakat sungguh Nazim ni. Setakat ini, Nazim Othman hanya meletakkan sedikit sahaja lagunya di Youtube. Akan datang, ada la nanti lagu penuhnya. Udada Ubabye!!




ED: Best lagu ni!

Sinopsis drama Kau Yang Terindah dalam Slot Akasia TV3

Hai, semalam ED dah kongsi dengan anda sinopsis episod-episod akhir drama Dejavu di Kinabalu. Bermula 6 Ogos nanti, drama Kau Yang Terindah akan menyusul di TV3. Alhamdulillah, ED dah dapat sinopsis ringkas drama Kau Yang Terindah daripada pelakonnya sendiri. Istimewanya pelakonnya berasal dari Indonesia iaitu Hafil Andrio Putra. Eksklusif untuk anda pembaca blog EDtv!

 Hafil Andrio Putra, Neelofa dan Nazim Othman.

Sinopsis Kau Yang Terindah

Sedikit sinopsis drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya.  Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.

Drama ini menjalani penggambaran di Mekah.

Bagaimana? Menarik bukan? Drama romantik religi ini memang sesuai ditayangkan pada bulan Ramadan nanti. Kalau anda perasan, drama ini mempunyai persamaan dengan Dejavu di Kinabalu iaitu tentang cinta tiga segi. Lepas ni, kita akan saksikan siapa pilihan Alisya pulak. Firman atau Syamiel? Hehe.. Okelah, terima kasih kepada Hafil Andrio Putra kerana memberikan kerjasama kepada ED walaupun hanya di Twitter. Udada Ubabye!!

 Antara bukti perbualan ED dan Hafil Andrio Putra di Twitter petang tadi..




ED: Hafil Andrio Putra follow twitter EDtv. Hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...