Isi kandungan

Terima Kasih, anda pengunjung ke

Ahad, 30 September 2012

Drama Putera Rayyan menggantikan Saiful Nita dalam slot Samarinda TV3..

Hai, drama baharu yang akan menggantikan Saiful Nita dalam slot Samarinda TV3 ialah Putera Rayyan. Drama Putera Rayyan dibintangi oleh Kamal Adli, Nad Zainal, Miera Liyana, Zila Bakarin, Lufya dan Aida Aris.

Nad Zainal dan Kamal Adli.

Nad Zainal dan Kamal Adli di set penggambaran. Mungkin nak buat montaj kot ni..

Nad Zainal dan Miera Liyana.

Drama Putera Rayyan dijangka tayang pada 31 Oktober nanti di TV3. Nampaknya Nad Zainal mula menempa nama di TV3 selepas drama Bukan Bidadari. Nad Zainal memang berbakat pun. Okelah, semoga sukses untuk Nad Zainal. Udada Ubabye!!




ED: Nantikan!

Sabtu, 29 September 2012

Indahnya melodi dan lirik lagu Cinta Setengah Mati!

Hai, pertama kali ED dengar lagu ini di Suria fm, terus ED cari di Youtube dan download. Melodi dan liriknya indah dan puitis sekali. Lagu yang ED maksudkan ialah lagu Cinta Setengah Mati nyanyian Indah Dewi Pertiwi (penyanyi Indonesia). 

 Indah Dewi Pertiwi merupakan antara penyanyi wanita popular di Indonesia sekarang ini..
 
Jom dengarkan lagunya di bawah ini.


Berikut adalah liriknya..

Cinta Setengah Mati
 
Setiap hari ku bayangkan
Setengah mati ku korbankan
Apa pun akan ku lakukan
Demi kamu (demi kamu)
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Setiap hari ku harapkan
Setengah mati ku korbankan
Apa pun akan ku berikan
Demi kamu demi kamu

Reff:
Sya la la la lai la la la la lai
Seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu
Sya la la la lai la la la la lai
Sekali pun ku takut kan kehilanganmu
Setiap hari ku bayangkan
Setengah mati ku korbankan
Apa pun akan ku lakukan
Demi kamu demi kamu

Repeat reff [4x]
Setiap hari ku bayangkan
Setengah mati ku korbankan
Apa pun akan ku lakukan
Demi kamu (demi kamu)

Bagaimana? Indahkan lagu ni? Bertuah la seseorang itu jika ada orang yang sanggup mati kerana cinta. Udada Ubabye!! 

 Segmen ID di blog EDtv.




ED: Kemaruk dengar lagu ni..

Hari ini hari menunggu..

Hai, ED nak share cerita ED la hari ini. Hari ini hari menunggu bagi ED. Ini kerana ada beberapa peristiwa yang ED kena tunggu lama hari ini. Sebab itu ED namakan hari ini, hari menunggu. Nak tahu? Ikuti kisah berserta gambar di bawah ini..

Sejak hari Rabu lepas, ED terlibat dengan kursus KSSR Moral sehingga hari ini.

Hari ini terasa lama sangat menunggu kursus ni nak habis atas sebab2 tertentu..

Petang tadi, hantar adik pergi interview kerja di Hospital Sultanah Aminah JB.

Tempat interview bukan di hospital, tetapi bangunannya dalam hospital. Lama juga dia interview... Kena tunggu lama lagi..

Selepas itu, ED singgah di Hutan Bandar Bistro, Jalan Ayer Molek. Nak makan chicken chop RM5 di sini.

Perut dah lapar, tapi makanan lambat sikit sampai. Kena tunggu lama juga...

Chicken Chop RM5 yang popular di JB.

Okelah, itu sahaja ED nak cerita di blog untuk hari ini. Udada Ubabye!!




ED: Ada ungkapan yg berbunyi, penantian satu penyeksaan...

Jumaat, 28 September 2012

Ungkapan Rasa: Terpaksa Menipu...


Terkenang-kenang: Handphone Ericson T28s




Benda: Handphone Ericson T28s

Tempat dijumpai: Dalam laci bilik

Keterangan: Sebelum handphone jenama Nokia popular, orang ramai banyak menggunakan telefon bimbit jenis ini. Sekarang, ED dah tak nampak lagi ada orang guna handphone ini. Ini kerana tiada lagi handphone jenama Ericson kerana jenama tersebut telah bergabung dengan Sony. Sebab itu nama handphone Sony ialah Sony Ericson.

 Segmen Terkenang-kenang



ED: Dulu popular handphone flip ni..

Khamis, 27 September 2012

Larisnya Cendol Pak O ABC Batu Pahat!

Hai, semenjak dua menjak ni, cuaca panas membahang di Johor. Bila cuaca panas, mula la tekak nak minum minuman yang sejuk dan segar. Antara minuman yang sesuai diminum pada cuaca panas sebegini ialah cendol. Bercerita pasal cendol, ED telah berkesempatan pada awal bulan ini untuk merasai cendol yang paling digemari ramai di Batu Pahat. Nama kedainya Cendol Pak O ABC. Lokasinya berhampiran dengan terminal bas Batu Pahat.

ED cuba cendol spesial. Dalamnya ada jagung, kacang merah dan cincau. Rasanya memang nyaman di tekak. Harganya RM1.80 sahaja.

Pembuat cendol yang cekap dan murah hati. ED dapat diskaun beli cendol di sini. Hehe..

Kedai cendol ini memang laris. Pelanggan tak putus2..

Jika anda sampai ke sini, jangan lupa cuba cendol Pak O ABC. Selain cendol, ada juga air batu campur. Oke tak ED siarkan tempat makan dan minum yang telah ED kunjungi dalam blog EDtv? Kalau oke, lain kali ED update lagi. Hehe.. Udada Ubabye!!




ED: Cendol mamak memang tiada tandingan!

Rabu, 26 September 2012

Eksklusif: Sinopsis penuh drama Mimpi Cinderella TV3 daripada Suhan Movies

Hai, bagaimana episod 1 drama Mimpi Cinderella semalam? Jangan buat kesimpulan dahulu sebelum mengikuti ketiga belas episod drama ini. Hari ini ED dapat sinopsis daripada Nurul, pihak Suhan Movies melalui emel. Alhamdulillah, sebelum ini dapat sinopsis drama daripada pelakon, hari ini dapat sinopsis terus daripada pekerja pihak produksi TV. ED gembira dapat berkongsi maklumat kepada anda. Tanpa melengahkan masa, jom ikuti sinopsis penuh drama Mimpi Cinderella di TV3!

Eina Azman sebagai Saleha dan Afiq Muiz sebagai Emir.

Sinopsis Mimpi Cinderella TV3

TAMAT pengajian, Saleha sukar mendapatkan pekerjaan. Ibu tiri , Karimah. sentiasa membebel menganggap Saleha menjadi beban dan tidak tahu membantu.Dituduh pemalas, dan menyusahkan keluarga,Saleha mahu lari dari keadaan yang dilalui. Hutang bapanya Basir bertimbun-bukan untuk membiayai pengajiannya sebaliknya memenuhi permintaan-permintaan pelik  Karimah yang mahu hidup mewah.Karimah banyak mengumpul barang kemas dan duit pemberian Basir, tetapi kedekut untuk membelanjakannya. Kemewahan dilimpahkan kepada dua anak kandungnya Azira dengan Zarita. Kemanjaan berlebihan Karimah,membuat Azira dengan Zarita suka berpoya-poya.

Basir menegur sikap Karimah.Tetapi Karimah kalah dengan rayuan anak-anaknya. Saleha mendapat berita gembira  mendapat pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Majikannya Lorna, seorang anak hartawan yang memiliki beberapa jenis perniagaan.Lorna seorang gadis yang sangat kasar dan garang.Dengan sikap panas barannya, termasuk Saleha pembantunya sudah berjumlah sebelas orang.Saleha bukan dilayan sebagai pembantu peribadi,tetapi mengalahkan orang gaji.

Saleha bekerja di rumah dan juga di pejabat Lorna. Saleha menangis pada hari pertama bekerja kerana ditengking di depan kakitangan pejabat.Bagi pekerja Lorna,hal itu biasa dan menyanga Saleha tidak akan lama bekerja di sana. Mujur Saleha mempunyai sikap sabar yang tinggi. Dia terpaksa melayani kerenah Lorna yang dianggap sesetengah pekerja mengalami sakut mental.

Tetapi nenek Lorna,Hajah Ashidah sangat baik. Hajah Ashidah membesarkan Lorna sejak kematian ibu Lorna. Bapa Lorna, Sabri sering berulang alik ke luar Negara menguruskan perniagaan. Begitu juga adiknya  Emir yang sedang menyambung pengajian di luar Negara. Bukan asing bagi Saleha apabila Lorna menunjukkan kemarahan kepada siapa sahaja, malah kepada tunangnya Haikal. Haikal sangat menyintai Lorna walaupun sikap Lorna yang panas baran itu.

Ada kalanya Haikal menerima kemarahan Lorna dengan senyuman sahaja.Saleha pelik kerana Haikal sepeti tidak mempunyai sifat pemarah. Dan sikapnya berlawanan sekali dengan Lorna.Dan Lorna sangat sayangkan Haikal dan sentiasa cemburu dengan sikap ramah Haikal kepada orang lain.

Melihat kebaikan Hajah Ashidah, Saleha setuju tinggal bersama di rumah Lorna. Hjah Ashida mula menganggap Saleha cucu sendiri.Tetapi Lorna tetap mahu ada batas antara mereka. Kerap Saleha menangis dimarah Lorna dan Haikal selalu ada memujuk dan menyabarkan Saleha.Sekalgus meminta maaf bagi pihak Lorna.Kebaikan Haikal membuatkan Saleha selalu berangan-angan mempunyai teman lelaki sebaik Haikal.

Haikal seorang yang bersifat terbuka. Dia melayan para pekerja seperti keluarga sendiri.Pada mulanya Lorna tidak pernah mencemburui Saleha kerana yakin cinta Haikal hanya untuknya. Bagaimanapun dia mulai menyedari apabila Haikal selalu minta Lorna mencontohi tingkah laku Saleha yang lemah lembut dan dapat bersabar.
Lorna sebaliknya menganggap Saleha bukan saingannya. Haikal juga mengangap Saleha adiknya sendiri dan selalu bergurau jika mereka berjumpa. Hajah Ashidah memberi amaran kepada Lorna supaya berubah, atau Haikal mungkin akan jatuh hati kepada Saleha. Lorna tidak hiraukan amaran  Hajah Ashidah sebaliknya melayan Saleha seperti biasa.

Kepulangan Emir membuat suasana rumah lebih berubah.Jika sebelum ini hanya seorang yang memberi arahan, kini Saleha terpaksa melayan kerenah dua orang yang berperangai sama.Emir lebih ego dan panas baran berbanding Lorna. Sejak kecil memiliki jiwa pemberontak kerana Basir suka mengawal semua tindakannya. Dia diberi kemewahan tetapi bukan kasih sayang dan perhatian.

Hari pertama sampai di rumah, Emir menganggap Saleha orang gaji. Dia meminta Saleha menyediakan semua keperluannya, mengemas biliknya  mengikut citarasanya dan menyediakan makanan mengikut seleranya. Lorna dengan Emir kerap bertengkar dan berebut khidmat Saleha. Hajah Ashidah mahu Emir lebih sopan dan menghormati bidang tugas Saleha yang lebih kepada melayan Lorna. Emir sanggup  membayar gaji Saleha lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Lorna.Lorna pula tidak akan melepaskan Saleha menjadi pembantu peribadi Emir.

Saleha jatuh cinta pandang pertama kepada Emir.Dia hairan,dengan sikap sombong Emir dia boleh jatuh cinta kepada pemuda itu.Lantas dia dengan senang hati mengikut apa sahaja arahan Emir walaupun dilarang Lorna dan Lorna kerap mengingatkannya.

Emir pula tetap memandang rendah kepada Saleha. Gadis kampong bukan citarasanya.Sikap naïf Saleha, membuatkan Emir menganggap Saleha boleh diperbodohkan. Namun sebagai gadis terpelajar, Emir selalu meminta pendapat Saleha untuk melaksanakan tugas disyarikat bapanya.Malah Saleha banyak menyelesaikan masalah Emir. Namun Emr tidak pernah menghargai apa yang dilakukan Saleha, sebaliknya menganggap ia kebijaksanaannya sendiri mencari jalan penyelesaian.

Hajah Ashidah memerhatikan keadaan Saleha.Hajah Ashidah tahu Saleha terseksa dengan karenah cucu-cucunya. Hajah Ashidah mencadangkan Saleha berhenti kerja memandangkan Lorna juga akan melangsungkan perkahwinannya dengan Haikal tak lama lagi. Saleha masih mampu bertahan kerana perasaan cintanya kepada Emir.
Beberapa minggu menjelang hari perkahwinan Lorna. Lorna menyedari kemesraan Haikal dengan Saleha. Lorna menyangka Haikal jatuh cinta kepada Saleha. Haikal menjelaskan yang cintanya hanya kepada Lorna dan menganggap Saleha seperti adik. Namun perasaan cemburu Lorna semakin meluap kepada Saleha. Lorna mengamuk dan membaling Saleha dengan kasut pengantinnya. Lorna memang tidak sukakan kasut itu dan mahu Saleha membuangnya.

Tetapi hatinya sedang sakit, Lorna ambik kesempatan membaling Salhea dengan kasut itu. Merasa sayang dengan kasut yang cantik itu, Saleha menyimpannya dan akan membaiki bahagian yang rosak.Saleha berangan-angan untuk memakai kasut itu pada hari perkahwinannya. Saleha menyimpan kasut itu di dalam biliknya.

Menjelang hari perkahwinannya ,Lorna tidak mahu Saleha bekerja dengannya lagi. Lorna memecat Saleha. Emir pula menawarkan Saleha untuk bekerja dengannya. Bagaimanapun Saleha menolak.Dia mahu melupakan Emir yang dianggapnya tidak akan jatuh cinta kepadanya. Ketika berkemas barangnya untuk balik ke kampong, Saleha tidak perasan sebelah kasutnya terjatuh ke bawah katil. Dia hanya memasukkan kotak yang berisi sebelah kasut ke dalam beg pakaian.

Saleha meninggalkan rumah Lorna membawa pelbagai kenangan. Rindu kepada kemesraan Hajah Ashidah dan kebaikan Haikal  membuatkan dia sedih. Namun lebih menyeksa apabila berasa sangat rindukan Emir. Emir juga terasa ketiadaan Saleha. Dia berasa sunyi selepas Lorna berkahwin.Pembantu peribadi barunya tidak sesuai dengan jiwanya, lantas dia mengambil pembantu peribadi lelaki.

Kenangan dengan Saleha sentiasa  amenjerat perasaan Emir. Bagaimanapun Emir cuba menafikan kerana gadis kampong itu memang tidak sesuai untuknya.Tetapi banyak pertanyaan kepada Hajah Ashidah tentang Saleha membuatkan Hjh Ashidah yakin Emir sudah jatuh cinta kepada Saleha.
Di kampung, Saleha terpaksa berdepan dengan kerenah dan maki hamun ibu tirinya. Amat mengejutkan apabila dia menyedari hanya membawa sebelah kasutnya sahaja.Adik-adik tirinya mengejak Saleha setiap kali Saleha merenung kasut tersebut. Zarita berkata Saleha berangan-angan hendak menjadi Cinderella dan sedang menunggu putera impian membawa sebelah kasutnya.

Karimah pula menghalau Saleha untuk mencari pekerjaan kerana sumber kewangannya sudah tiada.Selama ini Saleha memberinya banyak wang dan kemewahan. Bapanya pula sudah tidak berdaya untuk bekerja.

Akhirnya Saleha kembali ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawan-kawan yang dikenali,dia menghadiri beberapa interview. Ketika dibandar, dia ternampak Emir bertengkar dengan seorang gadis. Saleha kecewa kerana Emir sudah ada teman wanita. Bagaimanapun Saleha terkejut apabila teman wanita Emir cuba melanggar Emir dan Saleha bertindak menolak Emir ke tepi untuk mengelakkan kena langgar.

Apakah kesudahan cerita ini?Saksikan Mimpi Cinderella di Slot Lestary, 9 mlm Selasa. 
(Sumber: Suhan Movies)

Bagaimana? ED tak nak taip panjang2 lagi sebab dah banyak sangat anda baca sinopsis penuh drama ini. Udada Ubabye!!




ED: Suhan Movies juga follow Twitter EDtv! 

Selasa, 25 September 2012

Air Cap Kaki Tiga untuk panas dalam pilihan ED

Hai, ED mudah diserang penyakit panas dalam. Tanda-tanda paling ketara bila panas dalam ialah bibir kering dan mengelupas, badan rasa tak selesa serta muncul mata ikan dalam mulut. Paling tak tahan bila kena mata ikan. Nak makan jadi susah sebab sakit.  

 ED beli air Cap Kaki Tiga 6 botol terus untuk buat stok di rumah.

Tadi ED pergi ke Tesco, salah satu tujuannya untuk mencari air Cap Kaki Tiga. Kebetulan, tengah offer air tu. 6 botol hanya RM9 dan dapat hadiah percuma. Biasanya harga sebotol adalah RM2.50. Nak tahu hadiahnya? Sila lihat gambar di bawah.

Dapat percuma hot and cold pack. Antara kegunaannya boleh diletakkan di dahi ketika demam.

Air Cap Kaki Tiga menjadi pilihan ED ketika panas dalam. InsyaAllah, biasanya akan berkurangan rasa panas dalam tu. Antara punca panas dalam ialah perubahan cuaca yang tidak menentu, makan tidak teratur, tekanan kerja serta kurang minum air. Mungkin ED sedang mengalami tekanan kerja kot. Huhu... Udada Ubabye!!

 Segmen Bijak Belanja.




ED: Sebelum tidur, ED akan minum air Cap Kaki Tiga..

Sinopsis drama Mimpi Cinderella, Slot Lestary TV3

Hai, malam ini drama Mimpi Cinderella akan bersiaran dalam slot Lestary TV3. Agak2 anda kenapa tajuk drama ini Mimpi Cinderella? ED ada jawapannya dalam sinopsis ringkas Mimpi Cinderella di bawah ini. Mesti anda dah tak sabar nak tahu kan?

Eina Azman dan Afiq Muiz selaku teraju utama.

Sinopsis Mimpi Cinderella TV3.

Mengisahkan tentang kehidupan Saleha (Eina) yang seakan-akan dongeng Cinderella. Bezanya, dia seorang gadis kampung yang suka berangan-angan. Dia selalu dibuli oleh ibu dan 2 orang adik tirinya. Kehidupannya mula berubah setelah dia diterima bekerja oleh Lorna (Zarina Zainoordin). Lorna tidak berkenan dengan penampilan Saleha yang ala-ala kampung. Lokman diarahkan untuk mengubah penampilan Saleha. Setelah Saleha berubah menjadi cantik dan bergaya, akankah mimpinya untuk memiliki putera idaman akan menjadi kenyataan?

Best kan jalan ceritanya? Sama-sama kita saksikan mimpi Saleha dalam Mimpi Cinderella setiap malam Selasa di TV3. ED akhiri dengan lagu tema drama ini yang kena dengan jalan ceritanya. Udada Ubabye!!






ED: Patutlah tajuknya Mimpi Cinderella...

Isnin, 24 September 2012

Sinopsis drama Julia, Slot Akasia TV3

Hai, bermula petang ini, drama Julia akan bersiaran dalam slot Akasia TV3. Anda dah tahu belum jalan ceritanya? ED dah tahu sikit-sikit je.. Kalau anda nak tahu tentang apa yang ED tahu tentang drama ini, baca sinopis ringkasnya di bawah ini..

Poster drama Julia.

Sinopsis Julia TV3

Mengisahkan tentang Amer (Fizo Omar) yang menaruh hati kepada Sofea (Izreen Azminda) tetapi Sofea menolak cinta Amer. Selepas itu, Amer rapat dengan Julia pulak. Mulalah babak cinta Julia dan Amer. Julia sanggup berkorban demi cintanya kepada Amer tetapi Amer terlalu sibuk dengan kerja dan mementingkan harta sahaja. Julia mula tawar hati dengan Amer dan akhirnya mereka berpisah. Selepas Julia berkahwin dengan orang lain, Amer berasa menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh mencintai Julia. Nanti, Julia juga akan menyesal kerana telah meninggalkan Amer? Lupa, sebelumnya juga, Sofea akan menyesal sebab menolak cinta Amer. Ramai yang menyesal kerana melepaskan cinta orang yang mencintai mereka... Sebab tu tagline drama ini, "Andainya Aku Mampu Memutar Waktu". 

Bagaimana? Menarik bukan? Sama-sama kita saksikan perjalanan kisah cinta Julia dan Amer dalam drama ini. Adakah mereka akan bersatu akhirnya kerana cinta sejati? Tonton sendiri dalam slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!




Episod Akhir Mara Clara di TV3

Hai, bagi peminat Telenovela Mara Clara di TV3, drama Filipina tersebut akan berakhir pada minggu hadapan. Jom lihat tarikh episod akhir Mara Clara.

Barisan pelakon dan krew Mara Clara.

Nak tahu sinopsis episod akhirnya tak? Oke2, ini dia sinopsis episod akhirnya, Clara akan berterima kasih kepada Susan kerana telah membayar ikat jaminnya. Gary pula cuba menghasut Clara berada dipihaknya untuk membalas dendam kepada keluarga Alvira. Clara enggan bekerjasama dengan ayahnya lagi, malahan Clara sudah  bersedia untuk membantu keluarga Alvira dan ibunya Susan. Akhirnya, Gary akan menerima balasan atas kejahatan yang dilakukan selama ini.

Jadi, sama-sama kita saksikan kesudahan drama ini. Pada awalnya, ED tidak mengikuti drama tersebut. Tetapi sejak sebulan lepas, bila tengok 1 episod drama ini sampai habis, rasa nak tengok lagi apa yang akan terjadi seterusnya. Itulah kehebatan drama Filipina, tak tengok beberapa episod pun, kita boleh tahu dan mahu mengikuti jalan ceritanya. Okelah, selepas Mara Clara, TV3 akan menayangkan kembali drama Filipina Little Star. Udada Ubabye!!




ED: Best jalan cerita Mara Clara ni... Ingatkan cerita budak2..

Ahad, 23 September 2012

Keputusan Pencarian Hero Remaja 2012!

Hai, ini dia keputusan peringkat akhir Pencarian Hero Remaja 2012 yang berlangsung semalam di Wisma MCA Ampang.

Dari kiri Syafiq, Fattah dan Shahrul Ridzwan

Tempat pertama: Abdul Fattah Bin Mohd Amin
Tempat kedua:Mohd Syafiq Syamim Bin Abdul Razak
Tempat Ketiga: Mohd Shahrul Ridzwan Bin Hashim
Hero Macho: Nazrief Nazri
Hero Favourite Pembaca: Azfar
 
 Para pemenang Hero Remaja semalam.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Diramalkan tahun hadapan, mesti ada di antara mereka yang berlakon drama di TV3. Sama seperti finalis2 Hero Remaja sebelum ini. 
 
 Tiket masuk..
 
ED pergi ke menonton Hero Remaja semalam? Jawapannya memang tak la, sebab ED kan pergi ke Nusajaya. Saja nak buat anda confused petang ini. Hahaha... Udada Ubabye!!




ED: Walaupun menang tiket masuk, faktor masa menghalangi ED pergi ke sana.

Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Jay-Jay di Konsert Nusajaya

 
 ED di konsert Karnival Nusajaya semalam..

Hai, ini catatan terakhir ED untuk Karnival Nusajaya semalam. Semalam ED sampai petang, jadi dapat tengok konsert. Antara penyanyi yang buat persembahan seperti Jay Jay, Black, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Kristal. ED cuma sempat ambil gambar Jay Jay, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor. Jom tengok gambar mereka di bawah ini.

Konsert dimulakan dengan persembahan Jay Jay.

 Selepas itu persembahan daripada Black, masa ni ED pergi merayau-rayau di tapak karnival.

Selesai merayau, ED pergi balik ke tapak konsert. Ada Dayang Nurfaizah. Dah lama tak dengar khabar dia..

Dayang Nurfaizah memberitahu aktiviti terbaru

Dayang sayang kamu..

Murah senyuman Dayang ni..

Faizal Ismail selaku pengacara

Pengacaraan Faizal yang sentiasa kelakar!

Jaclyn Victor menyanyikan lagu Yuna, Terukir di Bintang.. Terbaik!

Selepas itu, Jac menyanyikan lagu Set Fire to the Rain. Lagi terbaik!

Vokal Jac memang mantap! Lagu ketiganya ialah Sebelah Jiwaku.

Selepas persembahan Jac, Kumpulan Kristal menyusul. Waktu tersebut, ED terpaksa melangkah balik ke rumah. Melangkah jauh ke tempat letak kereta, lepas tu memandu balik ke rumah. Okelah, sekian dahulu catatan ED di Karnival Nusajaya. Udada Ubabye!!

 Udada Ubabye!! Hehe..




ED: Gambar2 diambil menggunakan kamera Nikon AW100.

Pelakon dan personaliti TV3 yang ditemui di Karnival Nusajaya

 Jom ikut ED tangkap gambar artis!

Hai, selamat pagi! ED nak sambung lagi tentang cerita di Karnival Nusajaya semalam. Seperti yang dijanjikan, ini dia gambar2 pelakon dan personaliti TV3 yang ED temui semalam. Jom tengok!

 Nabila Huda. Drama Julia lakonannya akan ditayangkan esok di slot Akasia TV3.

 Syazwan Zulkifili, Fiza Sabjahan dan Nabila Huda. Mereka ada di gerai Wanita Inspirasiku.

Syazwan dan Fiza. Syazwan ni pernah berlakon dalam Juvana dan Soffiya TV3.

Gambar candid Fiza Sabjahan. Pengacara Wanita Hari Ini.

Ika Nabila, Syazwan dan Nabila Huda.

Ika Nabila dan Syazwan Zulkifli. Saksikan mereka dalam drama Darjat akan datang dalam slot Azalea TV3.

 Intan Ladyana pelakon Bini-Bini Perkasa bergambar bersama peminatnya.

Cantiknya Intan Ladyana. Berkulit licin dan putih melepak..

Hisham pengacara Sarapan dan Bros TV3.

 ED sempat bergambar dengan Hisham. Peramah orangnya!

Cuba teka siapa pelakon di sebelah ED? Dia ialah Talha Harith. Saksikan drama lakonannya Darjat akan datang di TV3..

Okelah, masih ada gambar2 lagi yang ED tak kongsi bersama anda. Gambar2 semasa konsert Karnival Nusajaya. Nak tengok tak? Kalau nak, tunggu update ED seterusnya di blog EDtv! Udada Ubabye!!

Gambar2 di atas, eksklusif di blog EDtv..




ED: Hari ini masih ada lagi Karnival Nusajaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...