label

ANDA PENGUNJUNG KE

Rabu, 31 Oktober 2012

Cerekarama Rebah Taubat, akan datang di TV3

Hai, ada telemovie best akan datang dalam slot Cerekarama TV3 sempena Awal Muharam. Tajuknya Rebah Taubat lakonan Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad dan adik Asya. 

Sharnaaz dan Nabila Huda. Daripada tajuk dan gambar di atas, mungkin anda boleh jangka sinopsis telemovie ini.

Shila, adik Asya dan Sharnaaz. Maaf, Shila tidak berlakon dalam drama ini. Sekadar menemani Sharnaaz sahaja..

Nabila Huda sebagai Wati, wanita murahan.. Adakah Wati sempat bertaubat dalam rebahnya? Saksikan telemovie Rebah Taubat, akan datang di TV3..

Sinopsis

Kepulangan Normah setelah dua tahun menghilangkan diri akhirnya disambut dengan sindirian tajam oleh suaminya, Halim. Kehilangan Normah dahulu kerana mengejar kemewahan bersama teman lelakinya meninggalkan luka yang dalam buat Halim. Tidak semudah itu untuk Halim memaaf dan menerima Normah semula. Sepanjang ditinggalkan, Halim bersusah payah menjaga anak-anak mereka, Iffan dan Aina dalam serba kekurangan dengan gaji sebagai pekerja kilang dan menyewa rumah di pinggir Kuala Lumpur. Walaupun hidup susah, Halim tidak pernah berniat untuk berkahwin lain. Tambahan lagi Normah belum diceraikan ketika itu. Halim mahu membuktikan kepada Normah bahawa dia boleh menguruskan anak-anak tanpa menikmati kehidupan mewah seperti mana yang ingin dikecapi Normah.(Sumber: Oh Bulan)

Dalam drama Julia mungkin anda menyukai Nabila Huda, tetapi dalam Rebah Taubat, mungkin anda akan membenci Nabila Huda. Penasaran? Nantikan telemovie tersebut ye.. Okelah, saksikan telemovie Rebah Taubat yang akan disiarkan pada 15 November 10 malam di TV3. Udada Ubabye!!




ED: Banyak telemovie menarik yang akan ditayangkan dalam slot Cerekarama di penghujung tahun 2012 ini
Teruskan membaca

Menjadi pengawas SPM 2012

Hai, pagi tadi ED menghadiri taklimat pengawas SPM di sebuah sekolah menengah. Buat pertama kalinya, ED akan jadi pengawas SPM untuk tahun ini.

Jadual SPM yang ED terima..

Atas sebab2 tertentu ED bersetuju untuk menerima tawaran menjadi pengawas SPM ni. Sekurang2nya ED boleh merasai sendiri pengalaman menjaga SPM. Tak cuba tak tahu kan? Semoga semuanya berjalan lancar. Udada Ubabye!!




ED: Isnin depan bermula tugas sebagai pengawas SPM
Teruskan membaca

Selasa, 30 Oktober 2012

Sinopsis drama Putera Rayyan dalam slot Samarinda TV3

Hai, malam ini berakhirlah drama Samarinda, Saiful Nita di TV3. Mulai malam esok anda akan dapat saksikan Nad Zainal, Kamal Adli dan Miera Liyana dalam drama terbaharu TV3, Putera Rayyan. Sinopsis drama Putera Rayyan ada di bawah ini..

 Cantik poster Putera Rayyan!

Sinopsis drama Putera Rayyan

Putera Rayyan ( Kamal Adli) menyamar sebagai pekerja di syarikat Datuk Norman. Anak Datuk Norman, Arisa (Nad Zainal) dan Anisa (Miera) juga bekerja di syarikat itu.
 
Putera Rayyan terpikat dengan hati budi Arisa yang melayannya dengan baik, jauh berbeza dengan Anisa yang sombong dan mementingkan status. Baru saja cinta berputik, Datuk Norman meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang isteri keduanya, Nora yang juga ibu Anisa. Sejak insiden itu, hidup Arisa dirundung malang. Rayyan berjanji mahu menjaga Arisa sebaik mungkin.

Arisa  dan Putera Rayyan  berkahwin juga tetapi kehidupan rumahtangga mereka tidak bahagia seperti yang diharapkan. Hidup mereka suami isteri bergolak disebabkan campurtangan dari pihak mertua dan juga kehadiran orang ketiga, yang mahu memusnahkan hubungan mereka.

Arisa  sering dianiaya oleh saudara tirinya Anisa. Dia didera secara fizikal dan mental hingga jiwanya tertekan, dan selalu menyalahkan dirinya atas kematian kedua ibu bapanya. Anisa sangat kejam tetapi kurang bijak, bertindak kasar serta sanggup berbuat apa saja ke atas Arisa. Ibu mertuanya Tengku Mariam yang tidak merestui perkahwinan dia dan Rayyan dan mahu menjodohkan Rayyan dengan Tengku Suraya.

Nora pula mengatur rancangan mahu menjodohkan Rayyan dengan Anisa apabila sedar Rayyan adalah keturunan diraja yang kaya raya.

Sampai bila nasib Arisa akan dirundung malang, dapatkah Arisa dan Rayyan bahagia kembali.
(Sumber: Nurizspace)

Jalan ceritanya menarik bukan? Saksikan drama yang penuh dengan konflik dan air mata ini di TV3 bermula esok. Udada Ubabye!! 




ED: Selamat menonton! 
Teruskan membaca

Isnin, 29 Oktober 2012

Nazeera Sardi, heroin drama Hanya Pada Mu Slot Zehra TV3 2013!

Hai, akhirnya ED dapat tahu juga siapa heroin drama Hanya Pada Mu yang akan di TV3 dalam Slot Zehra 2013. Dalam catatan sebelum ini, Faisal Ishak selaku pengarah merahsiakan siapa heroin dalam drama tersebut.  Nak tahu tak siapa heroinnya? Ini dia, heroin drama Hanya Pada Mu yang dijangka menjadi drama terhebat pada tahun 2013!

Nazeera Sardi, heroin drama Hanya Pada Mu.

Hero dan heroin drama ini, Beto Kusyairi sebagai Arman dan Nazeera Sardi sebagai Adawiyah.

Nazeera Sardi. Sumber gambar daripada Twitter Nazeera Sardi.

InsyaAllah, nama Nazeera Sardi akan menjadi perhatian selepas drama Hanya Pada Mu ditayangkan pada tahun hadapan. Kebanyakan pelakon yang berlakon dengan Filmscape, namanya akan dikenali ramai seperti Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Johan Asari, Nad Zainal dan ramai lagi. Nantikan drama Hanya Pada Mu pada Januari 2013 di TV3. Udada Ubabye!!




ED: dah terjawab pun siapa heroin drama ini!
Teruskan membaca

Senarai 30 lagu yang mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 27!

Hai, sedar tak sedar, Muzik-Muzik ke 27 dah sampai ke peringkat Separuh Akhir. Saksikan Separuh Akhir Muzik-Muzik 27 pada 11, 18 dan 25 November 2012. 


Jom saksikan 30 buah lagu yang berjaya ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 27!

1. Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim
2. Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin
3. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
4. Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad
5. Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi
6. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
7. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
8. Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir
9. Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal
10. Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong
11. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
12. Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim
13. Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak
14. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
15. Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim
16. Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah
17. Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
18. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
19. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
20. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
21. Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
22. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
23. Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai
24. Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen
25. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
26. Panik (Bunkface) – Sam Bunkface
27. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
28. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
29. Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
30. Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K
 (sumber: Rotikaya)

Nampak sengit kan? Sama-sama kita saksikan lagu2 yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu menerusi Separuh Akhir Muzik-Muzik 27 di TV3. Keputusan penuhnya akan diketahui pada 25 November nanti. Jangan ada kontroversi lagi udah la.. Udada Ubabye!!




ED: banyak lagu best2!
Teruskan membaca

Terbaik, Air Batu Campur Kampung Melayu!

Hai, kerana semalam ED tak dapat beli ABC Kampung Melayu, tadi ED pergi lagi ke sana. Alhamdulillah, dapat pun beli ABC Kampung Melayu. ED rasa ABC ni paling popular di daerah Johor Bahru. Harganya RM3 memang berbaloi kerana kaya dengan isi dan perisanya. Jom lihat gambar di bawah..

 Air Batu Campur Kampung Melayu

Nampak tak? siap dengan aiskrim, kacang tanah dan siraman coklat cair..

 ED suka makan di bahagian atasnya dahulu..

 Aiskrim di atasnya menambahkan lagi rasa lazat ABC ini..

 Selepas habis makan bahagian atasnya, barulah ED kacau ABC ini supaya bahan2 di dalamnya bercampur. Barulah namanya air batu campur.

 Paling best makan ABC bila dapat gigit buah kabungnya. ED suka buah kabung dan ED rasa anda semua mesti suka juga kan?

ABC Kampung Melayu memang laris, lebih2 lagi bila waktu cuti sekolah. Sebab apa? Sebab rasanya yang lazat dan menyegarkan. Jadi, jika anda nak makan ABC yang istimewa, datanglah ke medan selera Kampung Melayu. Udada Ubabye!!




ED: Rasanya sangat manis, tak boleh dimakan selalu...
Teruskan membaca

Ahad, 28 Oktober 2012

Jom, buat shake Milo sendiri!

Hai, cuaca panas seperti hari ini sedapnya minum yang berais seperti air batu campur, cendol atau sebagainya. Sebab ED tak dapat beli ABC hari ini, ED nak buat shake Milo sendiri. Caranya mudah sahaja. Nak tahu? Jom, ikuti gambar2 di bawah ini..

 Cara paling mudah buat shake Milo, guna Milo Sejuk ini..

Guna 1 pek Milo Sejuk, 5 ketul ais dan air masak..

 Mudah sahaja, masukkan Milo Sejuk, ais dan air ke dalam shaker..

 Selepas itu gancangkan shaker.. atau dalam bahasa Indonesia, kocok-kocokkan ia.. hehe..

Jadilah Shake Milo. Rasanya menyamankan dan...

 Rasanya seperti minum Milo dari lori Milo. Hehe..

ED memang suka Milo ais. Jadi Milo Sejuk memudahkan ED untuk menikmati Milo ais dalam cuaca panas sebegini rupa. Caranya mudah, hanya bancuh dengan air sejuk sahaja. ED rasa pilihan bijak jika kita beli Milo Sejuk ni. Harganya sekitar RM1 sebungkus. Udada Ubabye!!

 Segmen Bijak Belanja di blog EDtv..




ED: Minum Milo anda jadi sihat dan kuat! (iklan Milo dulu)
Teruskan membaca

Penangan air batu campur Kampung Melayu!

Hai, panasnya hari ini. Balik dari sebuah pasar raya tadi, ED singgah di Kampung Melayu. Niatnya nak beli air batu campur yang popular di sana. Walaupun ED tahu hari ini ramai orang yang beratur panjang, ED nekad juga.. Bukan ED yang pergi beli, 2 orang adik ED yang sanggup beratur untuk beli ABC tersebut. Hehe.. Dapat ke ED beli ABC pada hari ini? Lihat gambar di bawah ini..

 ED hanya menunggu di dalam kereta sahaja.. Parking di medan selera Kampung Melayu penuh..

Wah, orang di depan kereta ED beli banyak ABC. Kata adik ED, dia beli 20 bungkus ABC. 

Hampir 10 minit tunggu, adik ED tak sampai2 lagi ke kereta.

Selepas 10 minit, akhirnya adik ED sampai ke kereta dengan tangan kosong. Dia tak sanggup lagi beratur panjang. Huhuhu.. Katanya ramai orang yang menunggu sudah muncung dan beremosi kerana ABC yang dipesan tak siap2 lagi. ED tak dapat beli ABC hari ini. Takpe la, takde rezeki. Lain kali la.. Udada Ubabye!!




ED: Begitulah penangan ABC Kampung Melayu pada hari ini..
Teruskan membaca

Sabtu, 27 Oktober 2012

Terkenang-kenang: Kamera pertamaku..

 Kamera Kodak

 Kamera pertama ED..

Kamera ini mesti menggunakan filem..

Benda: Kamera Kodak

Tempat dijumpai: Dalam almari

Keterangan: Hai, kamera di atas merupakan kamera pertama yang ED beli menggunakan gaji semasa bekerja di McDonalds. Umur masa tu 18 tahun. Fizikal kameranya masih elok tapi tak tahu la boleh berfungsi lagi atau tak. Dah lama tak guna kamera ni. Kali terakhir guna pada tahun 2006. Tengok kamera ni, teringat zaman kamera guna filem ni. Sekarang rasanya susah nak jumpa orang pakai kamera filem ni. Sekarang ni zaman kamera digital..Okelah, Udada Ubabye!

 Ingat lagi, beginilah cara nak ambil gambar guna kamera ni.. Mesti kena fokus betul2 dan selepas tangkap gambar, kena pusingkan filemnya untuk gambar seterusnya.. Nostalgianya....




ED: Dulu nak guna kamera, mesti kena beli filem dulu..
Teruskan membaca

Jumaat, 26 Oktober 2012

ED & Braces: Buat temujanji kali pertama

Hai, selepas membuat research di internet dan bertanya pada kawan-kawan, akhirnya ED buat keputusan untuk memakai braces gigi. Tujuannya untuk meratakan gigi ED. Pada hari Isnin lepas, ED telah pergi ke klinik berdekatan untuk membuat temujanji yang pertama dengan doktor gigi.

Lokasi klinik giginya di dalam Plaza Larkin. Rakan Facebook ED yang telah mencadangkan klinik ini. Terima kasih awak!

ED memilih klinik ini.. Nama kliniknya baca sendiri dalam gambar di atas..

Nak buat braces mesti kena buat  temujanji dulu. Nak tahu tak bila ED akan berjumpa dengan doktor gigi buat kali pertama? Temujanji ED dengan doktor untuk kali pertama adalah pada awal Januari 2013.. Lamanya.... Tapi takpe la, ED sanggup tunggu. Sekurang-kurangnya ED boleh simpan duit untuk kos braces ini. Tahun 2013, ED akan kongsikan segala cerita ED & braces kepada anda. Segmen terbaharu blog EDtv pada tahun hadapan. Udada Ubabye!!




ED: Dah lama terfikir nak pakai braces..
Teruskan membaca

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012!

Assalammualaikum. ED nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat yang membaca blog EDtv. Jom lihat gambar yang ED sediakan untuk anda..

Gambar rendang daging masakan emak ED yang baru siap dimasak malam ini..
ED ambil gambar di atas dengan kamera Nikon AW100.

Selain menikmati juadah istimewa raya, jangan lupa pengertian di sebalik Hari Raya Aidiladha ini. Udada Ubabye!!




ED: Alhamdulillah, rayakannya dengan penuh syukur..
Teruskan membaca

Sinopsis Satu Pengorbanan, Cerekarama AidilAdha di TV3!

Hai, kebiasaannya TV3 akan menayangkan cerita2 best sempena perayaan tertentu. Seperti perayaan AidilAdha nanti, TV3 akan menayangkan telemovie2 terbaik untuk anda. Antaranya Satu Pengorbanan, telemovie Cerekarama sempena AidilAdha pada Sabtu ini. Dibarisi pelakon hebat iaitu Eja, Lisdawati dan fahrin Ahmad.

Eja dan Lisdawati dalam Satu Pengorbanan.

Jom lihat sinopsisnya yang ED perolehi daripada blog Kepala Bergetar.

Satu pengorbanan mengisahkan tentang dua beradik iaitu Zana (Eja) dan Zura (Lisdawati). Zana bekerja sebagai pekebun manakala Zura bekerja sebagai kerani. Mereka berkawan baik dengan Murad (Fahrin Ahmad) dari sejak kecil lagi. Zura selalu cemburu kepada Zana sehinggalah Murad bertunang dengan Zana. Zura berterus terang kepada Zana bahawa dia telah merampas orang yang dicintainya. Zana sanggup berkorban memutuskan pertunangannya dengan Murad demi Zura. Selepas Murad bertunang dengan Zura, Murad masih lagi berkawan baik dengan Zura. Apabila Zana dapat menghidu perhubungan mereka, Zana hilang kawalan lalu kenderaan yang dipandunya kemalangan. Saksikan kesudahannya sendiri pada Sabtu ini 10.00 malam di TV3.

Telemovie ini memberikan banyak pengajaran kepada penonton tentang pengorbanan. Kadang-kadang kita perlu berkorban untuk kebaikan orang lain. Okelah, ED akhiri dengan promo telemovie ni ye.. Udada Ubabye!!






ED: Terbaik cerita ni..
Teruskan membaca

Lagu-lagu latar drama Saiful Nita TV3!


Hai, selamat pagi! ED nak tunaikan permintaan seorang pembaca ni. Dia tanya lagu-lagu latar dalam drama Saiful Nita di TV3. Ini dia lagu2 latar yang digunakan dalam drama tersebut.


1. Lagu temanya, Kupilih Hatimu nyanyian Ussy Sulistiawati dan Andhika Pratama. Mereka ni suami isteri tau.



2. Lagu best dalam drama ini, Hilangkan Segalanya nyanyian Min Yasmin dan Nicki B (penyanyi Filipina). Lagu tersebut dinyanyikan kembali oleh artis naungan Julfekar. Sebelum ini lagu tersebut nyanyian Farawahida. Ini lagu penuhnya..

 

3. Lagu Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar. Mereka ni pasangan kekasih. Dulu, ED sangat suka lagu ni..



4. Lagu Tak Bisa Hidup Tanpamu nyanyian D Masiv.


5. Lagu Penghujung Cintaku nyanyian Pasha dan Adel.


6. Lagu latar instrumental Doa (nyanyian Opick dan Fadli)


 
Bagaimana? Best kan lagu-lagu latarnya! Minggu depan episod akhir Saiful Nita. Sama-sama kita saksikan kesudahannya. Udada Ubabye!!




ED: Kalau ED tahu, ED akan jawab soalan anda di blog EDtv ye..
Teruskan membaca

Rabu, 24 Oktober 2012

Menarik 2013: Drama Hanya Pada Mu akan datang Slot Zehra TV3!

Hai, ini antara drama yang akan ditayangkan pada awal 2013 di TV3. Tajuknya Hanya Pada Mu akan ditayangkan dalam slot Zehra TV3. Drama ini sekaligus akan menggatikan drama Runtun Qalbu pada tahun hadapan.

Siapa pelakon di atas? Kata pengarah drama ini, Faisal Ishak kepada ED, pelakon utama wanita dalam drama ini biarlah menjadi rahsia dulu.

Antara pelakon yang ED tahu dalam drama terbaharu ini ialah Emelda Rosmila, Beto Kusyairi dan Zahiril Adzim. Drama ini terbitan Filmscape (penerbit drama Nur Kasih). ED rasa ini drama kedua Filmscape untuk slot Zehra selepas Nur Kasih yang mendapat sambutan hangat penonton. Setakat ini dahulu info untuk drama ini, Udada Ubabye!!

 Zahiril Adzim sebagai Bukhari dalam Hanya Pada Mu.

"tuuut.." sebagai Adawiyah selaku pelakon utama. Siapa dia? Nantikan...




ED: Nantikan pada tahun hadapan!
Teruskan membaca

Sepetang di KFC Taman Molek..

Hai, ED nak kongsi cerita ED di KFC Taman Molek sekitar pukul 3.30 petang tadi.

KFC Taman Molek

Tangga di dalamnya sempit, ED rasa boleh lalu 2 hingga 3 orang sahaja. Mesti ekstra berhati2 lalu di sini. Kalau ED datang ke sini, ED mesti nak cakap tentang tangganya yang sempit..

Hidangan kegemaran ED. Snack plate! Memadai untuk lunch ED hari ini. Untungnya ED pergi tadi, ada 25% diskaun utk hidangan ini dari pukul 3 hingga 6 petang. Last promotion hari ini.

Sedang menikmati kelazatan ayam KFC, tiba2 bekalan elektrik terputus. Satu Taman Molek tiada bekalan letrik. Selamat waktu siang, takde la gelap sangat.

Muka selepas makan KFC.. Hehehe..

Alamak, bulan ini kerap sangat ED makan fast food! ED nak elakkan makan fast food selama sebulan la. Ramai orang kata, kerap sangat makan fast food tak elok untuk kesihatan. Jadi, jom sama-sama jaga kesihatan! Makan fast food boleh, tapi jangan selalu... Udada Ubabye!!




ED: ini catatan suka-suka sahaja... hehe..
Teruskan membaca

Selasa, 23 Oktober 2012

Mesti tonton, Telemovie Aku Ingin Bahagia di Skrin TV9!

Hai, malam esok jangan lupa tengok telemovie best di Skrin TV9. Tajuknya Aku Ingin Bahagia lakonan hebat Azma Aizaal Yusoof dan Eja. Sebelum ini, ED difahamkan tajuknya Lembam Jahitan Terakhir tetapi telah diubah di saat2 akhir. Sinopsis telemovie ini, klik di sini.

Eja dan Azma. Mesti tengok ni..

Telemovie Aku Ingin Bahagia pasti membuatkan anda sedih dan bersimpati. Okelah, sekian sahaja catatan ringkas untuk malam ini. Udada Ubabye!!




ED: Nak tengok la 8.30 malam esok..
Teruskan membaca

9 gambar Afiq Muiz, Hero Mimpi Cinderella TV3!

Hai, setiap Selasa pukul 9 malam ada drama Mimpi Cinderella di TV3. Jalan ceritanya semakin menarik untuk diikuti. Hero drama tersebut, Afiq Muiz telah muncul dalam episod minggu lepas. Anda suka dia tak? Wajahnya yang tampan mesti menjadi perhatian kaum hawa kan? Kepada anda yang meminati Afiq Muiz, jom lihat wajahnya secara dekat dan eksklusif di bawah ini. Terima kasih ED kepada fotografer Natrah daripada Hazel N Art Work Photographic Studio kerana dia memberikan gambar-gambar Afiq Muiz untuk blog EDtv.









Biodata Afiq Muiz, klik di sini.

Gambar2 di atas adalah hasil air tangan fotografer Natrah. Cantik kan? Alhamdulillah, Natrah sangat baik kepada ED. Menurutnya, jika dia free, dia akan sumbangkan gambar2 artis hasil kerjanya kepada blog EDtv sekaligus ED akan kongsikan kepada anda semua. Jadi, terus bersama blog EDtv ye.. Udada Ubabye!!




ED: suka tengok Mimpi Cinderella TV3....
Teruskan membaca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...