label

ANDA PENGUNJUNG KE

Sabtu, 5 Januari 2013

Sinopsis drama Dalam Setiap Sujudnya, Slot Ratu TV9

Hai, bermula 8 Januari 2013 drama baharu slot Ratu TV9, Dalam Setiap Sujudnya akan bersiaran. Berikut adalah sinopsisnya..

 
Keith Foo dan Nur Fathia selaku pelakon utama

Sinopsis:


Membawakan watak Hendra (Keith Foo) yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi). 

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? (Sumber: Malaysian Digest)

Saksikan drama 14 episod ini di TV9. Drama ini diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta. Antara pelakon lain dalam drama ini ialah Azlee Khairi, Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin dan Aidil Aziz, Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.  Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...