label

ANDA PENGUNJUNG KE

MACAM SITI SALEHA JE..

Ahad, 14 April 2013

Sinopsis drama Kisah Cinta, Slot Lestary TV3

Hai, ini dia sinopsis atau plot kasar drama Kisah Cinta lakonan Fazura dan Shaheizy Sam dalam Slot Lestary TV3.

 Antara drama yang dijangka meletup tahun ini..

Sinopsis:

Konflik bermula dalam satu kemalangan tragis pada malam sambutan Tahun Baru 2013. Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh lori kontena dari arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Berlaku kekacauan sewaktu pengurusan jenazah mereka dalam kalangan anak masing-masing. Azalea anak kepada Zainal manakala Shah anak kepada Zaharah melaporkan bahawa ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan begitu juga dengan Shah yang tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain.

Selepas selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua-dua pasangan itu selamat disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka.

Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku. Sewaktu mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat lama milik Zainal dan ibunya.

Pada mulanya Shah mahu membuang saja surat berkenaan, tetapi dihalang Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat berkenaan. Baginya, ia peluang keemasan untuk mereka menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat kerana takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak.

Selepas dipujuk Azalea, Shah akur. Mereka cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpandukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan daripada surat berkenaan.
Mereka mula menjejakkan kaki ke tempat yang tertulis, mencari nama yang disebut dan memahami perkara yang diceritakan. Satu persatu kisah terungkai, dalam tidak sedar Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Johar kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya itu. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.


Bagaimana? Menarik bukan? Saksikan Kisah Cinta mulai 23 April ini di TV3. Jom like fanpage asli Kisah Cinta Lestary TV3 untuk mengetahui update dan gambar2 terkini. Udada Ubabye!!




ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...