label

ANDA PENGUNJUNG KE

MACAM SITI SALEHA JE..

Sabtu, 1 Jun 2013

(Azalea TV3) Sinopsis drama Iman Nabila mulai 10 Jun 2013

Hai, mulai 10 Jun 2013 drama Iman Nabila akan bersiaran dalam slot Azalea TV3. Drama terbaharu Suhan Movies ini dibintangi oleh Shahrizal Jaszle sebagai Iman Hakimi dan Elfaeza Ul Haq sebagai Nabila. Selain mereka, ada Fazlina Ahmad Daud, Mahmud Ali Bashah, Aida Khaleeda, Wan Shades, Faiz, Siti Elizad dan Shahriza Mahmud. Eksklusif di blog, pihak Suhan Movies telah memberikan sinopsisnya untuk tatapan anda.

Shahrizal Jaszle sebagai Iman Hakimi

Sinopsis:

DEMI masa depan anak dan cucu, seorang nenek sanggup membeli seorang  bayi lelaki demi mewarisi kekayaan harta keluarga bapanya.  Mardiah (Aida Khaleeda) sangat bimbang masa depan anaknya Salimah yang menjadi menantu kepada Tuan Arshad (Mahmud Ali Bashah) seorang  usahawan kaya raya. Tuan Arshad selalu mengharapkan kelahiran cucu lelaki untuk mewarisi kekayaan yang dimilikinya.  Apabila Salimah mengandung anak kedua, Tuan Arshad berharap Salimah melahirkan cucu lelaki, atau dia meminta anaknya Haris  suami Salimah berkahwin lain. Mardiah tidak menyesal kerana Salimah melahirkan anak perempuan, tetapi mengingatkan ugutan Tuan Arshad Mardiah berasa sakit hati, lalu bertindak membeli seorang bayi lelaki untuk dijadikan cucu yang bakal mewarisi harta Tuan Arshad.


Salimah mengalami komplikasi ketika melahirkan anak sehingga dia kehilangan darah yang banyak.  Akibatnya dia tidak sedarkan diri selama dua hari.  Mardiah menyerahkan anak perempuan Salimah, Nabila kepada  adik angkatnya, Khatijah untuk dibesarkan.  Setiap bulan Mardiah memasukkan duit ke dalam akaun Khatijah.  Kerana masalah kesihatan Salimah, dia tidak mampu menyusukan Iman walaupun mencuba.  Mardiah juga tidak menggalakkan Salimah menyusukan Iman.


Haris langsung tidak sayangkan Iman Hakimi dan seolah-olah membenci anak tersebut.  Salimah sedih dengan sikap Haris terhadap Iman.  Malah Haris tidak pernah menunjukkan perubahan sikap walaupun Tuan Arshad masih mahu memberi peluang Haris berubah menjadi baik. Walaupun sudah ada bakal pewaris hartanya Tuan Arshad masih mahu menyerahkan hartanya kepada Haris jika Haris menunjukkan perubahan.  Haris tidak mengendahkan kata-kata Tuan Arshad.  Iman membesar dalam kebencian bapanya.  Haris seolah-olah tidak menyayangi Iman sama sekali.  Sebaliknya Iman dianggap sebagai perampas haknya.  Bagaimanapun Tuan Arshad memberi kemanjaan kepada  Iman dan melimpahinya dengan kemewahan.

Di saat Iman hidup dalam kemewahan dan kemanjaan, Nabila pula hidup dalam seksaan ibu angkatnya Khatijah.  Tinggal di kampung, ternyata Khatijah seorang mata duitan dan sambil lewa membesarkan Nabila.  Nabila terpaksa mendengar cemuhan yang dilemparkan kepada Khatijah yang tidak pernah berkahwin. Khatijah dituduh melahirkan Nabila tanpa suami dan sebagainya.  Setiap kali tertekan dengan cemuhan, Khatijah akan memukul Nabila untuk melepaskan perasaan. Tetapi kerana janjinya dengan Mardiah, dan wang yang diterimanya dia tidak dapat mengelak janjinya. Namun Nabila sentiasa berdikari dalam apa juga perkara.  Dia memiliki otak yang cerdas dan cemerlang dalam pelajarannya. Walaupun selalu dimarahi Khatijah, Nabila sangat sayangkan  Khatijah dan  tidak pernah membantah apa sahaja kata-kata Khatijah.  Sepanjang Nabila membesar, Mardiah tidak pernah melihat cucunya, hanya mendapat berita daripada Khatijah sahaja…

Bagaimana? Menarik bukan? Saksikan drama ini mulai 10 Jun pukul 4.00 petang di TV3. Udada Ubabye!!


Eksklusif di blog EDtv!


ED: Terima kasih Suhan Movies atas perkongsiannya bersama blog EDtv!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...