label

ANDA PENGUNJUNG KE

MACAM SITI SALEHA JE..

Sabtu, 8 Jun 2013

(Jom Kenal!) Ezzaty Abdullah pelakon baharu Epilog Cinta Khirana TV3

Hai, dah lama tak ED update segmen Jom Kenal kan? Hari ini, ED nak mengajak anda mengenali pelakon baharu, Ezzaty Abdullah. Dia memegang watak Rozana dalam drama Epilog Cinta Khirana slot Samarinda TV3.  Kenal tak? Ala, Rozana yang membenci Khirana dalam rumah sewa tu.. Minggu lepas, ED telah berjaya menemubual pelakon yang ED rasa akan bersinar seperti Emma Maembong satu hari nanti. Jom kenali Ezzaty Abdullah!

 Ezzaty dan Tasha Shilla dalam Epilog Cinta Khirana

Nama sebenarnya memang Ezzaty Binti Abdullah, berusia 23 tahun dan berasal dari Bentong Pahang. Bagaimana dia boleh mula menceburi bidang lakonan, ini jawapannya..

"Saya bermula dari bawah "extra" masa saya masih study di uitm puncak alam utk tambah pocket money tp tak sangka boleh jadi minat dan teruskan kerjaya sbg pelakon. Alhamdulillah rezeki sy dlm bidang ni semakin cerah.."

 Nazim Othman dan Ezzaty Abdullah

Setakat ini, Ezzaty hanya berlakon. Dia bercita-cita ingin membuka business dlm bidang pelancongan memandangkan dia ada kelulusan tourism management. ED lihat di twitternya, dia akan membintangi sebuah iklan produk herba. 

 Selain Epilog Cinta Khirana, Ezzaty juga turut membintangi drama Cinta Agra. Akan datang di TV1.

Harapan Ezzaty dalam bidang ini, dia berharap dapat belajar lebih lagi tentang lakonan supaya dapat memantapkan lagi lakonannya dari segi penyampaian dialog dan mendalami watak.  

 Ezzaty dan Shah Iskandar

Akhir sekali, jom kita lihat pesanan Ezzaty Abdullah kepada penonton drama Epilog Cinta Khirana yang mula meminati lakonannya.

"I just wanna say thank you so much to all my supporters and teruskan menonton drama "Epilog Cinta Kirana". Nantikan drama kpop sy "autumn dihatiku" di tonton.com.my bermula 1st july 2013"

ED yakin, Ezzaty Abdullah akan berjaya menempa nama dalam bidang lakonan kerana lakonannya mantap dalam drama Epilog Cinta Khirana. Udada Ubabye!!

Segmen Jom Kenal mengeratkan silaturahim..


ED: Terima kasih Ezzaty Abdullah atas kerjasamanya dengan blog EDtv!

2 ulasan:

  1. pernah satu sekolah teknik dengan dia dulu .. dia tua setahun dari saya. baik orangnya, selalu senyum :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...