label

AKAN DATANG

1 2 3 4 5 6TERUSKAN BERSAMA BLOG EDtv

ANDA PENGUNJUNG KE

Jumaat, 11 Oktober 2013

(Aidiladha TV3) Telemovie Pelita Tanpa Sumbu

Hai, sebuah lagi telemovie hebat akan ditayangkan sempena Raya Haji di TV3. Tajuknya Pelita Tanpa Sumbu. Dibarisi pelakon hebat seperti Faezah Elai, Awal Ashaari, Hairi Safwan, Wan Sharmila, Ibu Fauziah Nawi, adik Puteri Shasha dan ramai lagi

Antara barisan pelakon Pelita Tanpa Sumbu

Kalau Ibu Fauziah Nawi yang berlakon, mesti best ni..

Berikut sinopsis telemovie ini..

Sinopsis:

Fiza pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja setelah bercerai dengan suaminya Samad. Samad merupakan anak bekas Ketua Kampung yang malas bekerja, tidak memberi nafkah dan suka berfoya-foya. Fiza meninggalkan anaknya Nur Atirah atau panggilannya Tira untuk dipelihara oleh emaknya (Mak Yah / Opah). Fiza telah menjadi rapat dengan Megat yang merupakan bos merangkap rakan kongsi di tempat kerja Fiza. Megat mula tertarik dengan sikap Fiza yang tidak gedik, selamba dan berlainan dengan gadis yang biasa ditemuinya. Bermula dengan urusan kerja, hubungan mereka menjadi semakin intim.  Namun perhubungan mereka dihalang oleh ibu Megat yang mahu menjodohkan dia dengan Zetty. Rupa-rupanya Zetty merupakan kawan baik Fiza ketika mereka di sekolah asrama. Sementara itu Tira merindui Fiza yang sudah lama tidak menjenguknya di kampung. Dia juga teringin untuk melakukan ibadah korban dengan mengorbankan lembu. Zetty selalu menghubungi Tiara dan menyamar sebagai Fiza kerana kasihankan Tira yang amat merindui ibunya. Fiza telah pulang ke kampung setelah sekian lama namun tragedi berdarah telah berlaku. Siapakah yang telah terkorban?

Bagaimana? Best tak? Telemovie ini akan ditayangkan pada hari Rabu 16/10/13 pukul 9 mlm di TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

1 ulasan:

  1. genre sedeh. mak leez confirm nangis tgk citer nih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...