label

ANDA PENGUNJUNG KE

Rabu, 30 September 2015

(Filem) Sinopsis filem seram komedi Pontianak Menangis

Hai, hari ini ED nak review tentang sebuah filem terbaharu iaitu Pontianak Menangis. Pontianak Menangis adalah sebuah filem seram komedi dgn latarbelakang irama muzik terapi yg mampu memberi kesan terhadap penonton dalam rawatan kesihatan sepanjang menonton filem ini. Muzik2 terapi telah diterapkan sepanjang durasi di dalam filem ini.

Filem Pontianak Menangis ini adalah filem sulung Heart N Soul Sdn. Bhd yang telah diarahkan oleh seniman Sdr. Ismail Jejaka fdam yang dikenali sebagai pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program BAKAT terbitan RTM 1978.

Filem ini menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia iaitu Sally, Bella dan Sayuti dari Indonesia manakala Soya, Yassin Senario, Wan Walla, Rahim Sepahtu, Hamdan Senario, Ilya Senario, Joey, Watie Elite dan Sathia dari Malaysia. Mesti anda dah boleh agak lawaknya filem ini kan?

Poster filem Pontianak Menangis. Paku Jangan Tak Paku.....

Sinopsis:

Filem Pontianak Menangis mengisahkan Kampung Selamat yg kerap malam diganggu oleh pontianak dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk. Disebabkan kejadian itu, penduduk kampung telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

Seorang pemuda yang bergelar Man Kelentong telah memberi yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari Tanah Jawa yang digelar Raja Paku. Atas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk Kampung Selamat bersetuju menyokong cadangan Mat Kelentong.

Sebenarnya, Raja Paku itu tidak wujud. Maka Man Kelentong berpakat dengan kawan karibnya Mat Yeh untuk menyamar sebagai Raja Paku. Mat Yaeh bersetuju menjadi Raja Paku sehingga dipercayai oleh semua penduduk Kampung Selamat.

Penduduk Kampung Selamat berharap agar Mat Yeh dapat mengusir pontianak itu tetapi lain pula jadinya. Mat Yeh telah jatuh cinta pada pontianak itu. Akhirnya segala kejadian yang terjadi di
Kampung Selamat telah terbongkar dan kejadian yang berlaku di Kampung Selamat bukan kerana pontianak. Siapakah pontianak dan dalang dalam kejadian ini?

Bagaimana? Menarik bukan? Nak tengok kelainan filem komedi seram berlatarbelakangkan irama muzik terapi, sama2 serbu pawagam bermula 1 Oktober 2015. Udada Ubabye!!



ED: memang filem ini lain daripada yang lain...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...