label

ANDA PENGUNJUNG KE

Sabtu, 26 September 2015

(Jom Kenal) Mira Filzah yang semakin bersinar!

Hai, selepas menonton telemovie Abang Haji di TV3 semalam, ED terus nak tahu tentang pelakon baharu Mira Filzah yg memegang watak Intan. Sebenarnya, Mira Filzah turut berlakon dalam drama Eksperimen Cinta dan dia juga pengacara Qari Junior Ramadan lalu. Apa yang ED nampak, dia merupakan bakat baharu yang semakin bersinar dan mampu mencuri perhatian penonton. Walaupun bertudung, bakat lakonannya tidak kaku dan selamba je. Satu lagi, suara dia lunak merdu. Kalau menyanyi pun oke juga..


Mira Filzah.

Jom kenali Mira Filzah menerusi biodatanya di bawah ini...

Biodata:

Nama Sebenar : Nur Amirah Filzah Badiozaman

Nama Komersial : Mira Filzah

Umur : 22 Tahun (2015)

Tarikh Lahir : 2 April 1993 

Kelahiran : Bangi, Selangor

Kerjaya : Blogger, Pelakon, Model, Pengacara

Pendidikan : Bekas pelajar cemerlang SMK Aminuddin Baki, UiTM Puncak Alam dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa

Drama : Eksperimen Cinta, Dunia Lola 

Program TV : Qari Junior, Hijabista, KL TV





Kelab Peminat : MIRAcle FC


Ramai penonton menyampah tengok watak Intan semalam. Ini tandanya, lakonan dia menjadi sesangat.


Apapun watak, dia boleh buat dengan identitinya yang tersendiri. 


Tumpang jap, semalam ED memang ketawa besar tengok Mak Jah baca whatsapp guna kanta pembesar.

ED tak terkejut kalau selepas ini Mira Filzah jadi heroin drama Akasia di TV3 selepas ini sebab dia ada standard untuk pegang watak heroin. Selamat maju jaya si comel lote Mira Filzah. Udada Ubabye!!



ED: bakat baharu berbakat besar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...