label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 29 September 2015

(Sembang) 5 babak yang memberi kesan dalam drama Mencintaimu TV3

Hai, jom imbas kembali 5 babak yg memberi kesan kepada penonton drama Mencintaimu TV3.

1. Babak Anissa menerima Hisyam semula dan apabila ibu Anissa mula memaafkan Annissa. Dengarnya, ada yang menitis air mata tengok babak ni.

2. Babak Hisyam menitiskan air mata setelah bercerai dengan Anissa. Babak mahal tu..

3. Babak Helmi letak racun dalam kari kepala ikan menyebabkan ibu Anissa mati. Ramai yang geram gila tengok dia. Kira lakonan dia menjadi la tu...

4. Babak Muaz, pengurus Anissa yang sangat romantik menyebabkan penonton mahu Muaz berkahwin dgn Anissa.

5. ED paling suka babak Anissa merayu minta Hisyam bertanggungjawab yang kononnya dia mengandung. Sedih....

Tahniah kepada Zahirah Macwilson, Sharnaaz Ahmad, Niezam Zaidi, Fikhree Bakar serta semua team produksi drama Mencintaimu kerana drama ini berjaya menambat hati ramai penonton. Akhir kata, episod akhir drama ini hari ini di TV3 dinantikan ramai penonton kerana ingin mengetahui kesudahannya. Udada Ubabye!!



ED: Anda terkesan tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...