label

ANDA PENGUNJUNG KE

Ahad, 25 Oktober 2015

(Akasia TV3) Mungkinkah mereka hero dan heroin drama Anugerah Terindah?

Ramai yang tanya ED, siapakah hero dan heroin drama adaptasi novel Anugerah Terindah? ED takde jawapan rasmi, tetapi berdasarkan pemerhatian ED, ED rasa mereka mungkin ada kena mengena dengan drama tersebut...

Niena Baharun dan Raja Afiq mungkin pelakon utama drama Anugerah Terindah. Tak confirm lagi tau, ED edit gambar ni sekadar suka2 berdasarkan gambar di instagram mereka yg macam mengatakan mereka hero dan heroin drama ini..

Ini daripada instagram Niena Baharun. Dia sedang cari sponsor untuk drama terbaharu lakonannya dalam slot Akasia.

Ini pula daripada Instagram Raja Afiq. Dia pun sedang cari sponsor untuk drama terbaharunya dalam slot Akasia. Tengok nombor 5, baju melayu atau jubah. Ha, ada terfikir sesuatu tak? Hehehe...

Macam sama ayat daripada instagram mereka kan? Biasanya yg letak gambar perlukan sponsor utk busana dlm drama ialah pelakon utama. Drama Akasia yg belum shooting untuk tahun ini ialah Anugerah Terindah. Jadi, boleh jadi mereka kan? Okelah, kita tunggu pengumuman rasmi pelakon utama drama ini tak lama lagi. Sabar ye... Drama Anugerah Terindah ini akan disiarkan di slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: lambatnya nak tahu hero & heroin drama ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...