label

ANDA PENGUNJUNG KE

Ahad, 4 Oktober 2015

(Sekolah) Sepak

Hai, dah lama ED tak kongsi cerita di kelas Moral tahun ini kan? Sebab cerita hari ni kelakar sampai ED terpaksa keluar kelas untuk ketawa sepuas2nya, ini ceritanya...

Cuaca jerebu di sekolah minggu lepas..

Sedang ED menulis di papan hitam, 2 orang murid datang ke depan untuk mengadu sesuatu...

ED: kenapa ni?

Murid: cikgu, tadi Ali (bukan nama sebenar) sepak di sunat.

ED: sorry, saya tak jelaslah...

Murid: cikgu, tadi Ali (bukan nama sebenar) sepak di sunat.

ED: ulang balik...

Murid: cikgu, tadi Ali (bukan nama sebenar) sepak di sunat.

ED: cakap slow2..

Murid tersebutpun bercakap sambil membuat gaya..

Murid: cikgu, tadi Ali (bukan nama sebenar) sepak (membuat gaya sepak) di sunat (sambil menunjukkan jarinya ke arah zip seluarnya).

ED: hahahahaha.... rupanya di sunat tu ialah di bahagian kemaluan.

Ya Allah, ED terus ketawa lalu keluar kelas. Pertama kali ED dengar murid panggil organ badan tu dgn nama sunat. Awak memang lawak! Udada Ubabye!!

ED: puas fahamkan ayat murid tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...