label

ANDA PENGUNJUNG KE

Khamis, 15 Oktober 2015

(Sembang) Nasib malang hari ini 15/10/15

Hari ini nasib malang untuk ED.

Instamadah di instagram hari ini..

Antara nasib malang ED hari ini,

1. Pagi tadi lambat pergi kerja kerana tertinggal kasut di rumah. Dalam perjalanan baru ingat. Selalu ED drive memang pakai selipar. Silap ED sebab lupa masukkan kasut selepas keluarkan dari kereta. Jadi, kenalah ED patah balik ke rumah ambil kasut.

2. Ada masalah dengan penyelia tesis. Masa tinggal 7 minggu lagi, belum berkesempatan jumpa pensyarah sebab masalah kesihatan beliau. Risau...

3. Sejam stuck dalam perjalanan dari U ke rumah. Sampai rumah, gigihkan diri pergi pasar malam sebab teringin makan kebab. Sampai pasar malam, kebab habis. Huhuhu.

Kalau dah ditakdirkan, apa yg mahu dikatakan. Hadapi dan terima nasib yang telah ditentukan. Udada Ubabye!!



ED: nak buat kenangan hari ini di sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...