label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 10 November 2015

(Sembang) Promosi 7 Eleven, siapa cepat dia dapat

Hai, ED mula2 tak nak kongsi cerita ni sebab malu, tetapi ED kongsi juga la.. Ini tentang promosi 7 Eleven.

7 Eleven yang keempat ED pergi..

Pada 8/11/15 pukul 8.00 malam, ED pergi ke 7E untuk beli slurpee bawa bekas sendiri macam tahun lepas. Malangnya, ED tak dapat beli sebab mesin slurpee rosak. ED pergi 4 kedai 7E yg berdekatan, tetapi semua kedai letak tanda rosak yg sama. ED rasa bukan mesin yang rosak tetapi mungkin slurpee yg ditawarkan sudah sampai hadnya. Tu lah, siapa suruh pergi lambat ke sana. Promosi bermula pada 7/11/15.

Hari ini, viral tentang promosi 7E iaitu beberapa benda yg dijual pada harga RM1.00. ED dah tak tertarik lagi nak pergi 7E sebab dah lewat juga. Dengarnya ramai orang serbu 7E dari pukul 12 malam tadi. Mesti barang promosi banyak yg dah habis. Kesimpulan daripada cerita ini, kalau nak beli barang promosi di 7E, jangan lambat2 nanti tak dapat. Udada Ubabye!!



ED: pengajaran untuk diri sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...