label

ANDA PENGUNJUNG KE

Rabu, 11 November 2015

(Study) Dugaan buat tesis - bahagian 1

Ya Allah, hari ini menduga kesabaran..

Keluar dari fakulti, mendung... Langit ni, macam tahu2 je perasaan ED tadi.

Waktu cuti sekolah deepavali seminggu ni, ED tak pergi manapun. ED nak tumpu perhatian pada tesis. Hari ini pertemuan kedua ED bersama penyelia tetapi inilah yg berlaku. ED dah buat janji temu pada pukul 11 pagi tetapi sampai pukul 2.30 petang, penyelia tak datang2. Hantar sms tak berbalas, telefon masuk peti suara. Akhirnya, ED pergi ke pejabat fakulti untuk minta bantuan staf di sana. Staf cakap, penyelia ED dah punch card pagi tadi. Persoalannya, di manakah dia?

Rupa2nya, setelah staf telefon suami penyelia tersebut, suami dia maklumkan bahawa isterinya sakit. Lepas punch card, penyelia ED terus patah balik sebab tak sihat. Sabar je la... Udada Ubabye!!

ED: ini cobaan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...