label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 19 April 2016

(Dahlia TV3) Sinopsis drama Mr. Boss Miss Stalker

Mia Ahmad menyahut cabaran untuk menyiasat latar belakang Ashraf Muslim. Malahan, Mia juga diminta mencari peluang untuk mendekati Ashraf Muslim bagi menyenangkan aktiviti penyiasatan tersebut. Mia Ahmad menjadi serba salah kerana khuatir disalahertikan. Namun, dia optimis dengan cabaran yang baru disahut ini.

Siapa Mia Ahmad kepada Ashraf Muslim? Ingin tahu kisah sebenarnya, anda jangan ketinggalan untuk menyaksikan gandingan pertama mereka berdua menerusi “Mr. Boss Miss Stalker”, siri drama adaptasi novel (karya Aesya Azahar) yang bakal disiarkan di slot Dahlia mulai 22 April 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Mesti ramai yang merindui lakonan Ashraf Muslim yang sudah lama tidak beraksi di kaca TV, begitu juga dengan peminat Mia Ahmad yang menantikan naskhah baharunya selepas drama Hati Perempuan. Bagaimanakah gandingan mereka berdua dalam Mr. Boss Miss Stalker?

Drama bersiri 20 episod terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini diarahkan oleh Heykal Hanifah turut membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Miera Leyana, Riz Amin, Nazeera Sardi, Kodi Rasheed, Aman Shah dan ramai lagi.

Ashraf Muslim dan Mia Ahmad

Sinopsis:

Mr. Boss Miss Stalker mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

Ingin tahu apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan kemunculan Mr. Boss Miss Stalker di slot Dahlia TV3 mulai 22 April 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan rancangan ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sumber: galaksi media

Selamat menyaksikan. Udada Ubabye!!



ED: macam best ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...