label

ANDA PENGUNJUNG KE

Jumaat, 27 Mei 2016

(Akasia TV3) Sinopsis drama Seindah Takdir Cinta

Berikut, sinopsis drama Seindah Takdir Cinta...

Pelakon utama Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli

Sinopsis:

Mia Karmila (Amyra Rosli) seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka. 

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya. Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. 

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya? Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah kedua mereka memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka? Nantikan gandingan mereka untuk mengetahui kesudahan drama istimewa Ramadan nanti menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.58 petang.
Sumber: Galaksi Media

Menarik bukan? Drama terbaharu slot Akasia yang diadaptasi daripada novel  nukilan Kamsiah Abu iaitu Seindah Takdir Cinta yang diterbitkan oleh Buku Prima bermula 25 Mei ini. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Zul Huzaimi dan dibawah terbitan rumah produksi Zeel Production Sdn Bhd.  Selain Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli yang memegang watak utama, pelakon lain yang turut membantu ialah Redza Rosli, Azri Iskandar, Mahmud Ali Basha, Raja Emma, Ifa Raziah, Mubarak Majid, Lydiawati, Rudy Imran dan ramai lagi. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...