label

ANDA PENGUNJUNG KE

Sabtu, 27 Ogos 2016

(Drama Hindi TV3) Sinopsis drama Razia Sultan

Berikut sinopsis drama Hindi pertama di TV3, Razia Sultan.
Diinspirasikan daripada kisah sejarah Razia Sultan, drama bersiri 85 episod ini diterbitkan oleh Swastik Productions dari Mumbai, India dan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Pankhuri Awasthy, Zara Barring, Sooraj Thapar, Khalida Turi, Sambhavna Seth serta Ankit Arora.

Sinopsis:

Drama Razia Sultan ini mengisahkan tentang Razia, anak perempuan kepada Shams-Ud-Din Iltumish dan juga cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak. Beliau dibesarkan seperti seorang anak lelaki dan dilatih untuk menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia yang muda, Razia telah menunjukkan minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita untuk memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan. 
Razia juga merupakan seorang Puteri yang berjiwa rakyat dan pemurah hati. Beliau selalu menyelinap keluar dari istana untuk membantu golongan miskin pada zaman kanak-kanak. 

Konflik bermula apabila Shah Turkan iaitu bekas perempuan simpanan Iltumish muncul bersama dengan anak lelakinya untuk merebut kuasa. Shah Turkan ingin menjadikan anaknya sebagai pewaris takhta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat tersebut dengan mengisytiharkan pemerintah Delhi yang seterusnya akan ditentikan dengan pertarungan. Pemenang tersebut akan menjadi pemerintah kerajaan Delhi baharu. 

Beberapa pertarungan yang hebat telah berlaku sehingga menyaksikan Nasser dan Rukn-Ud-Din yang berlawan untuk takhta pemerintahan Delhi. Sayangnya, Nasser telah dikalahkan oleh Rukn-Ud-Din. Razia mengesyaki Shah Turkan bertanggungjawab ke atas kekalahan abangnya, Nasser. Beliau berusaha untuk membuktikan bahawa Shah Turkan telah menggunakan helah untuk mengalahkan Nasser. 

Tergugat dengan kewujudan Razia dan Naseer, Shah Turkan telah merancang untuk membunuh seluruh keluarga diraja itu bagi memastikan hanya anaknya yang layak menjadi  pewaris takhta kerajaan Delhi. Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta seluruh keluarganya.
Apakah yang akan terjadi kepada Razia? Bagaimana Razia mengatasi kehilangan seluruh ahli keluarganya dan bangkit untuk melawan Shah Turkan dan Rukn-Ud-Din. 

Takdir atau pilihan? Perebutan takhta, pergolakan politik, pengorbanan cinta dan pengkhianatan datang menguji kecekalan dan kebijaksanaan sang Puteri yang ceria, pemurah dan juga seorang pahlawan yang berani menerusi drama bersiri Hindustan ‘Razia Sultan’ yang bakal bersiaran pada 31 Ogos 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang di TV3.

 Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Razia Sultan (85 episod) bermula pada 31 Ogos 2016, setiap hari Isnin – Khamis, pukul 4.00 petang – 5.00 petang hanya di TV3! 
Sumber: galaksi media

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.
Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...