label

ANDA PENGUNJUNG KE

Jumaat, 26 Ogos 2016

(Lestary TV3) Sinopsis drama Mariam Alisa

Berikut sinopsis drama Mariam Alisa.

Pelako utama, Elvina dan Ben Amir

Sinopsis:

Drama Mariam Alisa mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tidak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu. Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada.

Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak.

Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika sehingga langsung tidak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yang tidak berada.

Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak.

Adakah Farhan akan berterusan berpura-pura pekak? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Benarkah Farhan bukan lelaki berada? Bagaimana pula dengan permintaan ayah Mariam yang inginkan dirinya berkahwin dengan Ustaz Haiqal.

Sumber: notainfo.com


Antara barisan pelakon yang turut menjayakan Drama Mariam Alisa adalah Amirul Faqeem, Harris Zainudin, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah, Najua PRamlee dan Zalikha Awaluddin.

Saksikan drama Mariam Alisa pada setiap Rabu hingga Jumaat dlm slot Lestary TV3. Udada Ubabye!!



Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...